Assalamuaalaikum


Thursday, January 28, 2010

Perkongsian di neraka...

Sebuah emel dariseorang saudara seagama....sungguh menjijikkan. ..

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya.Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiangungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjaditanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuhseksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera sayameutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam,hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya,ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain,perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangatmenjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka.Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuangair kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai darikejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungilalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yangkuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis laludisuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yangpenuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu nerakaHawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkannanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minumdengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelakibangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu airnanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaandi akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan.Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampakmakanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungicacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makandengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisiAllah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namunkamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, sayamelihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat.Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah,kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorangberilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun iatidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernahmembimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami.Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorangnaqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembahorang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Sayamengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia.Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?
Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalahsaudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintaiperjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Merekamemperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkanfitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan sayasendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, danmuslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya,orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah,bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turutpejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah,kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motorseerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akanmenghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yangsanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadiisterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya." Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya.Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluardaripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalaidaripada mengingati Allah,”

IsLaM ThE WaY oF LiFe...

sebagai peringatan buat sahabat2....

0 comments: