Assalamuaalaikum


Saturday, February 27, 2010

Sukarkah Menjadi Isteri Yang Solehah?

Rasulullah s.a.w memuji seorang
wanita yang solehah yang telah memainkan peranan yang patut dicontohi oelh
semua wanita pada akhir zaman. Allah muliakan dia dengan memberi anugerah
wanita pertama memasuki syurga. Sedangkan dia adalah seorang yang miskin.

Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah s.a.w memberitahu
anaknya Fatimah bahawa ada seorang wanita miskin tinggal di hujung kota Madinah
sebagai wanita termulia di sisi Allah akan masuk syurga lebih dahulu daripada
Fatimah. Mendengar cerita itu Sayidatina Fatimah sangat berkeinginan untuk
melihat dan berkenalan dengan wanita solehah yang dimaksudkan oleh ayahandanya.

Apakah
amalan yang telah dilakukan sehingga mendapat penghormatan yang begitu tinggi
daripada Allah. Setelah mendapt penerangan tentang tempat tinggal wanita itu
Sayidatina Fatimah pun pergi ke rumah wanita tersebut setelah mendapat keizinan
daripada Sayidina Ali. Setibanya Sayidatina Fatimah di rumah wanita tersebut
beliau begitu terperanjat kerana wanita itu tidak membenarkan beliau masuk ke
rumah kerana belum mendapat izin daripada suaminya yang telah keluar bekerja.

Sayidatina
Fatimah pulang dan akan datang esok kerana dia akan meminta kebenaran dari
suaminya untuk membenarkan Fatimah masuk ke ruamh sekiranya diberi izin oleh
suaminya. Pada keesokan harinya Sayidatina Fatimah datang lagi tapi kali ini
bersama dengan dua orang anaknya Hassan dan Hussin. Sekali lagi beliau
terperanjat kerana wanita itu menolak kedatangannya.

Kata
wanita itu “Saya hanya diberi izin oleh suami saya untuk puan seorang sahaja
sedangkan bersama-sama puan ada dua orang lagi yang belum diizinkan oleh suami
saya.”

Wanita itu
memohon berbanyak-banyak maaf kerana tidak dapat membenarkan Sayidatina Fatimah
dan dua orang anaknya masuk ke rumahnya. Terpaksalah Sayidatina Fatimah pulang
sekali lagi dengan perasaan terharu melihat kejujuran wanita itu menjaga amanah
suaminya, lebih-lebih lagi menjaga amanah Allah yang menyuruh taat kepada
suami. Pada kali ketiga kedatangan Sayidatina Fatimah barulah beliau disambut
dengan baik oleh wanita itu dan beliau tidak putus-putus meminta maaf atas apa
yang berlaku dengan katanya: “Sesungguhnya saya sekali-kali tidak pernah
melanggar perintah suami saya.”

Dia
melayan Sayidatina Fatimah dengan baik, menyediakan hidangan yang termampu
olehnya. senyum ramah menjadi perhiasan hidupnya. Walaupun dia miskin harta
tetapi kaya dengan budi bahasa. Rumahnya teratur, bersih dan kemas. Memang
sedap dipandang walaupun tiada perabot mewah dan harta yang menimbun
.

0 comments: