Assalamuaalaikum


Saturday, January 19, 2013

Aku Memilih untuk Berpurdah

Assalamuaalaikum wbt..Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberi segala macam nikmat kepada kita sehingga tak terhitung jumlahnya..Semoga sahabat-sahabat sekalian sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah azawajalla...

Kembali ke topik asal.. Kenapa ana memilih untuk berpurdah sedangkan ianya harus dan ada juga pendapat yang mengatakan ianya wajib..Apapun bergantung kepada setiap individu untuk memegang pendapat mana-mana. Anda boleh menyemak semula di mana-mana sumber yang sohih.. Sebelum ana mengambil keputusan untuk memakainya, ana terlebih dahulu mencari berbagai maklumat mengenainya..  :)



Sebelum itu, ana nak mintak maaf kerana terlewat memberi jawapan, cuma hari ni ana gagahkan juga diri ni untuk menulis di blog jadi untuk menjawab persoalan-persolan dari ramai pihak. Bila ana ke sekolah ramai adik-adik situ tanya "Kenapa kak pakai purdah..?" "Tak rimas ke..?" "Seronok ke pakai..?" dan blablabla.... Ana hanya mampu tersenyum dan memberitahu "saya selesa begini.." :)

Baiklah, ana akan menjawabnya di sini, maaf jika jawapan ana tidak memuaskan.. Ana mulakan dengan lafaz Bismillah...

Seperti yang di ketahui ramai, pakaian ialah melambangkan siapa diri kita.. Di sebalik pakaian itu ada lambang ketaqwaan seseorang. Ana mengaku ana tidaklah sebaik atau sehebat kamu, mungkin kamu lebih baik dari ana. Ana hanyalah seorang hamba Allah yang sedang mencari jalan menuju keredhaan-Nya. Ana mengaku untuk berusaha ke arah itu tidaklah mudah bagi ana, malah tersangat sukar. Jadi apabila ana memilih untuk berpurdah, dalam masa yang sama ana dapat membaiki diri ana sedikit demi sedikit. Seperti yang diberitahu awal tadi, pakaian melambangkan siapa kita.. Jadi bila kita pakai pakaian macam tu kita akan berusaha menjadi sepertimana pakaian kita.

Contohnya, jika seorang lelaki yang memakai serban, jubah dia tak akan berani untuk mengurat perempuan sewenang-wenangnya di tepi jalan kerana pakai tersebut telah mengawalnya dari melakukannya. Dia mungkin berasa malu dan tidak pantas untuk melakukan demikian.. Tetapi jika seorang lelaki yang memakai T-shirt biasa, seluar jeans, seluar pendek or so on.. Dia akan berani untuk berbuat demikian, right..?
Begitu juga lah orang perempuan..
Tapi bukan semua!! Jangan salah faham maksud ana...

Jadi sebab itulah ana memilih untuk berpurdah kerana ana rasa ia dapat mengawal diri ana.. Sesiapa yang mengenali diri ana mungkin mereka tahu macam mana perangai ana ni.. Agak "gila-gila" sikit, almaklumlah perangai remaja tu tetap ada dalam diri..Ana bukan pakai sebab hipokrit tapi ana pakai untuk mengawal perangai ana supaya ana dapat mengawal diri ana dari menjadi gila-gila di khalayak ramai..kehkehkeh..
Di samping betulkan niat kerana Allah bukan kerana sesiapa.. :)

Hah!! Sebelum nak tinggalkan blog ni... Ada ramai yang beranggapan bahawa sesiapa yang berpurdah ni sebenarnya mereka ialah pelajar-pelajar tahfiz.. Jadi ada yang tak berani nak pakai purdah kerana takut orang salah faham.. hoho.. Ana nak jelaskan bahawa berpurdah bukan milik pelajar-pelajar tahfiz tetapi milik kita semua sebagai seorang muslimah.. Insya- Allah.. Kerana ana juga bukan pelajar tahfiz tetapi hanyalah pelajar dari sekolah agama dan sekarang sedang menyambung Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).. Doakan ana..  :)

Wallahu'alam~



Friday, January 11, 2013

Indahnya Iman

Assalamuaalaikum wbt.. Alhamdulillah, kupanjatkan syukur kepada Ilahi kerana antara hamba yang terpilih diberi nikmat Iman dan Islam. Semoga ana dapat menghargai nikmat ini sebaik mungkin..

Ana teringat kembali lebih kurang 2 tahun yang lalu tak silap ana lah.. Ana pergi ke PUSBA atau Pusat Saudara Baru, di mana tempat mualaf-mualaf atau tempat orang yang baru memeluk Islam.. Ana pergi untuk  mendengar kisah-kisah bagaimana mereka mendapat hidayah daripada Allah swt dan bagaimana cara mereka berjuang bermati-matian untuk memelihara kalimah "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" setelah mereka mengucap kata-kata itu di lidah mereka, membenarkan dalam hati mereka serta membuktikan dengan perbuatan, dan mujahadah mereka... Allahu Akhbar!!

Rasulullah saw sendiri tidak boleh memberi hidayah kepada bapa saudaranya dan beliau meninggal dunia dalam keadaan kufur.. Sungguh!! Hidayah itu milik hak mutlak Allah..

Jika di bandingkan cara kita mendapat Islam dan cara mereka (saudara baru) mendapat Islam jauh bezanya. Mereka mendapat Islam dengan susah payah. Setelah mengucap sahaja kalimah "Lailahaillallah" terus mereka di uji. Begitu juga di zaman mula-mula Rasulullah saw datang membawa Islam.. Mereka di siksa, di hina, di pulau oleh keluarga mereka sendiri. Bayangkan sahabat sekalian, Iman yang mereka peroleh itu tidak mudah goyah malah menguatkan lagi mereka untuk berpegang pada tali Allah. Walaupun baru sahaja mengucap kalimah syahadah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah, keyakinan mereka terhadap Allah dah Rasulullah sangat tinggi.. Sedangkan kita yang tiada sebarang ujian atau dugaan sangat tipis keyakinan terhadap Allah dan Rasulullah saw.. Astaghfirullah... :'(

Ayuh sahabat sekalian, sama-sama kita usaha perbaiki diri, tingkatkan iman... Ana masih ingat lagi sebuah nasyid yang berbunyi "..Iman tak dapat di warisi oleh seorang hamba yang bertaqwa..." Nah! Jelaslah di sini bahawa iman itu tidak dapat di warisi oleh nenek moyang kita, bapa kita, ibu kita atau sesiapa pun.. Andai bapa, ibu, nenek atau sesiapa sahaja imannya kuat, belum tentu kita juga begitu jika hanya duduk goyang kaki tanpa berbuat usaha atas iman..

Wallahu'alam~

p/s:maaf andai kata-kata ana ada yang tersalah..mohon dibetulkan,budak masih belajar :)