Assalamuaalaikum


Wednesday, November 13, 2013

Hati yang Terluka

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan nama Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Hanya kepadaNya aku dikembalikan dan hanya kepadaNya aku memohon keampunan.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu utusan Allah yang dihantar kepada kita, umat Islam untuk menerangi kegelapan jahiliah.

Wahai pemilik segala kejadian di langit dan di bumi,
Dunia ini semakin hari semakin gawat,
Susah sekali untuk merawatnya,
Memerlukan iman yang kuat dalam diri.

Aku melihat umat-umat Islam kini semakin rosak,
Di suntik dengan budaya kebaratan,
Budaya itu telah sebati dalam kehidupan,
Budaya Islam kian dilupakan,
Malah, budaya barat makin diagungkan,
Setelah mana Kau utuskan Sayyidul Anbiya' untuk menerangi kegelapan ini,
Kini.....
Umat akhir zaman ini cuba kembali kepada kegelapan,
Melarikan diri dari cahaya keimanan..

Wahai Yang Maha Pengasih,
Sedih sekali aku melihat saudara-saudaraku yang gagal mengharungi cabaran di dunia ini,
Hatiku sakit,
Sakit kerana tidak mampu melakukan apa-apa,
Sungguh lemahnya diriku ini,
Aku hanya pandai berkata-kata,
Aku hanya pandai mengkritik,
Tetapi...
Aku tidak pandai menasihati,
Aku tidak pandai melakukan sesuatu..

Ya..!
Ada saja yang cuba menasihati,
Tetapi...
Nasihat itu dihentam dengan fitnah-fitnah serta tomahan,
Kata mereka belum sampai seru,
Bukankah Kau telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w supaya menyeru kami mentaati-Mu.?

Wahai sahabatku sekalian,
Aku menulis ini kerana aku sayang kepada kalian,
Aku mahu kita sama-sama menjadi mujahid dan mujahidah Islam suatu hari nanti,
Aku mahu kita menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain,
Aku mahu kita menjadi seorang da'ie di atas muka bumi ini,
Kitalah penyambung risalah Nabi s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w..

Sahabat yang dikasihi,
Aku tidak menyuruhmu untuk tinggalkan dunia ini,
Aku tidak menyuruhmu untuk tinggalkan keseronokan itu,
Cuma, kau hadapilah ia dengan garis panduan,
Yang mana telah Allah tetapkan,
Apakah kerana keseronokan di dunia ini membuatkan engkau ingkar pada arahan-Nya?
Apakah kerana keseronokan di dunia ini kau letakkan Islam yang kau anuti ini sebagai pilihan ke dua?
Apakah kerana hanya ingin mencari redha temanmu yang lain sehingga kau tidak peduli lagi dengan redha-Nya?
Ketahuilah bahawa,
Kau sedang ditipu oleh keseronokan dunia,
Kerana...
Keseronokan dunia hanyalah sementara berbanding keseronokan di sana yang kekal abadi..

Sahabat yang kusayangi,
Kemanakah perginya tarbiah-tarbiah yang telah kita perolehi ketika di sekolah dahulu?
Andai tarbiah itu tidak melekat dihatimu,
Sedarlah bahawa kau punya Tuhan,
Tiada tuhan melainkanNya,
Yang patut kita sembah dan taat,
Tiada benda yang berkuasa selain Dia,
Dari Dia kita datang,
Hanya kepada-Nya juga kita akan kembalikan,
Dialah tuhan yang satu,
Yakni Allah S.W.T....
Ingatlah juga akan usaha baginda s.a.w untuk menyebarkan Islam ini,
Bagaimana teruknya baginda s.a.w dihina dicaci semata-mata membawa cahaya kebenaran kepada kita,
Hargailah penat lelah baginda,
Janganlah kita mengkhianatinya,
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.. :'(

Wahai Yang Maha Pengampun,
Ampunilah kelemahan kami umat akhir zaman ini,
Ampunilah juga aku kerana tidak usaha menyambung usaha baginda s.a.w dalam melakukan dakwah,
Aku tahu,
Kelemahan pada diriku terlalu banyak,
Aku tahu diriku juga belum sempurna,
Adakah dengan menuggu diriku sempurna dahulu baru layak aku menasihati yang lain?
Sampai bilakah diriku ini akan sempurna?
Bukankah setiap manusia itu tidak sempurna kecuali kekasih-Mu, Nabi Muhammad s.a.w.?


p/s: Aku menulis ini bukan hanya untuk kalian, tetapi juga untuk mengingati diriku yang sering alpa dengan tipunya dunia :'(




0 comments: