Assalamuaalaikum


Monday, September 28, 2015

Hati Busuk VS Daie

Assalamuaalaikum wbt...

Alhamdulillah today 28 September 2015, jam 7:03PM aku masih mampu bernafas, melihat, mendengar, merasa walaupun nikmat tu Allah s.w.t tarik sedikit sebab demam, jika nak dibandingkan dengan orang yang lebih teruk dari aku. Kifarah dosa mungkin. Dah lama tak demam dan dosapun makin bertimbun dari hari ke hari saat ke saat. heh! Astaghfirullah :'(

Tak lupa juga selawat dan salam buat junjungan mulia, kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Tanpa pengorbanan susah payah penat lelah baginda dalam menyebarkan Islam mungkin aku atau kamu tak rasa nikmat yang sangat mahal tak ternilai ini. Ya, nikmat Islam! :')

Nak sambung perjuangan baginda s.a.w bukan senang. Bukan calang-calang orang mampu buat. Semangat futur semangat futur mungkin benda biasa. Ya mungkin kamu penyambung, pejuang-pejuang agama sudah merasainya, Nak contohi akhlak baginda s.a.w juga bukan mudah. Bukan calang-calang orang juga mampu ikut, kadang jadi persis seperti malaikat, kadang persis iblis, Iman sentiasa naik turun naik turun. Tapi...Allah itu ar-rahim.. Beribu kali kita jatuh, lupa pada Dia, lawan Dia, tapi Dia sentiasa ingat pada kita, kasih pada kita. :')

2 September 2015...Hari pendaftaran aku, kawan-kawan dan orang lain masuk UIA. Dulu masa matrikulasi UIA tempat tu kecil, aku tak nampak sangat bermacam jenis orang. Bila masuk main campus UIA aduhaiiii berjenis-jenis orang ada. Perangai baik tu ramai dan mungkin agak normal sebab slalu jumpa, yelaaa budak-budak UIA semua baik-baik kot. Haha!! Tapi ada jugak rupanya jenis perangai pentingkan diri sendiri, mengamuk tiba-tiba takda angin ribut ataupun taufan, kejap okey kejap macam orang kena sawan, Ok kejam sangat. Sorry! Okey bila jumpa orang perangai macam ni aku rasa macam nak sumbat kasut je dalam mulut. Memang anoyying gileeee!! Kalau kau nak berperangai macam tu duk la bilik yang ada kau sorang je, ni hostel kot duk ramai-ramai, kena jaga hati orang sama bukan harap orang je yang kena faham kau, Okey stop! Aku dah mula emo..Haha! :D

So pointnya di sini...Sebenarnya bila fikir-fikir balik..Sebenarnya...Sebenarnya..Mungkin Allah sengaja pertemukan aku ataupun kamu ataupun siapa-siapa sahaja yang jumpa orang perangai macam tu atau lebih teruk macam tu. Ya! Semua Allah dah aturkan. Mungkin....Allah sengaja nak tengok kita ni macam mana, Sabar atau tak.. Akhlak kita pula nak layan dia macam mana. Sama-sama syaitan or macam mana, Kalau Allah hantar orang macam tu sikit je kita tak mampu nak hadapi, so jangan sembang kencang sangat la pasal perjuangan untuk agama ni. Baru di uji sikit dah melalak. Okey ayat ni aku tuju untuk aku sorang je. Bukan kamu atau sesiapa. Huhu..

Sentiasa bersihkan hati, kalau ada benci kat orang tanpa sebab tu cepat-cepat tampar muka berkali-kali. Agak tak berkesan hentak kepala kat dinding biar orang kata kau gila asal hati kau bersih. Haha! Okey gurau...Aku pernah dengar, salah satu nak bersihkan hati, cuci benda kotor supaya kau rasa betapa hinanya diri ini, Contohnya kau cuci tandas guna tangan k. Bukan mop. Ulang suara... Guna Tangan! Aku dengar je lah ni, tapi mungkin betul..kan?? Okey selamat mencuba ;)