Assalamuaalaikum


Thursday, May 20, 2010

HARI JUMAAT YANG MULIA

HARI JUMAAT YANG MULIA

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. (Riwayat Muslim)

Ulasan Hadis:

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. .“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada ALLAH sesuatu kebaikan melainkan ALLAH memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan ALLAH melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa ALLAH akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada ALLAH SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh ALLAH pada hari Jumaat

Bermula khamis malam Jumaat, terdapat keistimewaan yang tertentu, antaranya ialah hari untuk umat Islam mempergandakan amal ibadah, berselawat atas Nabi, berdoa kerana di dalamnya ada satu waktu yang dikabulkan doanya, malah kita juga di galakkan untuk memenuhkan masa dengan perkara-perkara kebaikan dan ketaatan serta hindari dari melakukan maksiat. Sesungguhnya memuliakan perkara yang ALLAH muliakan nescaya ianya akan dimuliakan oleh ALLAH SWT.


Sama-samalah kita meraikan sepanjang hari Jumaat agar hari-hari yang lain jua dalam kebaikan. Sentiasa memperhatikan dan mennempatkan diri pada urusan dan perkara yang ALLAH dan RASUL cinta, moga kita sentiasa dalam pilihan yang terpilih olehNYA. WALLAHU’ALAM