Assalamuaalaikum


Friday, December 28, 2012

Bingkisan Buat Teman

Assalamuaalaikum wbt.. Sebarkanlah salam di antara kalian.. Memberi salam itu sunat dan menjawabnya itu wajib..tapi hukum boleh berubah mengikut keadaan.. Semoga kalian semua sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.. :)

Ketika sibuk menjelajah laman sosial seperti FaceBook dan Twitter aku melihat ramai teman-teman seperjuanganku ketika di sekolah Maahad sibuk meng'update' status mereka, ada juga yang sedang beramah mesra di laman sesawang itu bersama rakan-rakan mereka.. Entah la sama ada hanya rakan di alam maya atau sebaliknya.. Gembira sekali mereka.. Aku doakan semoga hidup mereka sentiasa gembira dan diredhai Allah kerana mencari redha Allah itu lebih penting dari segalanya.. Andai kita memiliki bumi dan langit ini tetapi tidak mendapat redha-Nya tetap sia-sia.

Jika mereka menghadapi berbagai ujian dalam hidup mereka aku doakan supaya mereka dapat menghadapinya dengan tabah dan ikhlas. Ya! Tidak di nafikan semua orang tidak akan lari dari masalah. Tapi bagaimana cara kita menghadapinya itu penting. Ada yang jatuh tersungkur ketika menghadapi ujian-ujian dari Allah. Ada yang berdiri megah seperti bangunan yang kukuh kerana baginya ujian itu membuatkan dirinya semakin kental. Semua orang berbeza-beza tabiatnya, jalan penyelesaian hanya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Wahai sahabatku yang di sayangi kerana Allah, hadapilah ujian yang menimpamu dengan tabah..Kerana;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286


Percayalah! Setiap ujian itu tanda bahawa Allah sayang kepada kita..;


“Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."(94:5-6)


Sahabatku yang dikasihi,

Hidup ini penuh liku-liku cabaran, hadapilah ia dengan bijaksana. Janganlah kita mudah goyang di tiup angin. Percayalah Allah sentiasa bersama dikala senang dan susah. Sentiasalah bermohon kepadanya, sungguh! Diri kita tidaklah setabah para sahabat r.anhum.. Iman mereka kuat tidak mudah goyang walau ribut yang datang.


Aku tahu selepas habisnya alam persekolahan ini, kita akan hadapi alam yang mana lebih kuat ujian dan cabarannya. Hanya iman yang dapat menjaga diri daripada tipu daya syaitan. Sebagai seorang sabahat, aku merayu kepada diri kalian terutama diri aku yang sangat hina ini, sama-samalah kita jadikan iman sebagai perisai untuk diri kita yang sangat lemah ini ketika berada di "dunia orang".. 


Jadilah orang yang punya prinsip. Tidak mudak terikut dengan budaya luar. Jadikanlah Rasulullah saw, para sahabat dan sahabiah sebagai contoh ikutan kerana itu jauh lebih baik serta memberi sejuta kebaikan di dunia bahkan di akhirat yang kekal abadi.


Kepada kaum hawa, jadilah dirimu seperti srikandi-srikandi islam di zaman Rasulullah saw dan tabi'in, begitu juga kepada kaum adam jadilah dirimu seperti pejuang-pejuang islam yang gugur syahid fi sabilillah.


Tahulah kalian bahawa aku menulis kerana ingin menegur diriku sendiri dan aku juga sedang berusaha menjadi hamba yang diredhai-Nya. Aku mengaku, ianya sangat sukar dan aku juga kerap  kali tersungkur di tengah jalan. Tapi aku yakin Allah itu sentiasa bersama membantu hamba-hambnya yang memerlukan. Dia juga tuhan yang MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG, Dia tidak akan membiarkan hambanya itu dalam keadaan binasa.. Aku bangun semula bagi menghadapi cabaran-cabaran seterusnya. Aku juga mengaku, aku bukanlah wanita yang hebat, terkadang perbuatanku tidaklah seperti apa yang di kata. Oleh itu, doa dari kalian sangat-sangat aku perlukan.


Wallahu'alam...









Istiqamah Itu Lebih Susah

Assalamuaalaikum wbt kepada semua yang begelar umat Nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah, segala puji-pujian yang layak hanya untuk-NYA, Tuhan seluruh alam. Kita antara hamba-hamba-Nya yang sangat bertuah kerana terpilih diberi hidayah Iman dan Islam di mana hanya orang-orang tertentu sahaja memperolehinya bukan semuanya.. Kerana nikmat Iman dan Islam itu hak mutlak Allah, terserah kepada siapa Dia ingin memberinya.. Semoga kita dapat menggenggam nikmat ini yang tidak dapat ditukar dengan emas, intan, permata atau wang sekalipun sekuat-kuatnya.. Allahu Akhbar!!

"ISTIQAMAH" sesuatu yang mudah disebut tapi sukar dilakukan. Ya!! Memang benar dan tidak dinafikan sama sekali. Sesungguhnya Allah lebih suka amalan yang berterusan walaupun sedikit..

Pernah aku menangis, merayu sehingga merebah bumi supaya Allah memberi kekuatan kepadaku untuk terus beristiqamah melakukan amal-amal yang di redhai-Nya.. Aku menangis, merayu, sehingga hampir kering air mataku supaya Allah beriku kekuatan untuk meninggalkan segala larangan-Nya. Aku menangis dan terus menangis dihadapan Allah dengan terasa hinanya diri ini.

Tiap kali aku berjanji kepada-Nya untuk menjadi hamba yang di redhai-Nya, tiap kali juga aku di uji oleh-Nya.. Sungguh!! Ujian-ujian dari-Nya ingin melihat sejauh mana kesungguhan aku ingin menjadi hamba yang taat kepada-Nya..

Setelah diberi kekuatan oleh Allah dan Alhamdulillah aku dapat menunaikan janji-janjiku itu..Tapi....itu hanyalah seketika.. Ketika mana syaitan-syaitan berusaha menghasutku akhirnya aku tewas.. Aku sangat lemah untuk menghadapi ujian dari-Nya.. Allah Allah Allah.. Aku terasa diri ini tersangat hina dan malu.. Malu untuk menerima nikmat-nikmat yang Kau anugerahkan pada tiap-tiap hembusan nafasku.. Baruku sedar iman di diri ini tersangat tipis dan mudah dikalahkan oleh nafsu sewenang-wenangnya..Ya!! Aku harus berusaha tingkatkan Iman supaya menjadi lebih kukuh tidak mudah runtuh di tiup angin..

Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Dia tidak mahu melihat hamba-Nya itu membinasakan dirinya sendiri. Maka Dia cepat-cepat menyedarkan aku.. Astaghfirullah!! Cepat-cepat istighfar supaya Allah mengampunkan diri yang kotor dengan dosa ini. Pada saat itu aku rasa Allah itu begitu hampir denganku.. Dia sentiasa ada bersamaku. Kadang-kadang aku saja yang tidak menghiraukan-Nya. Seolah-olah aku berada seorang diri.. Tidak!! Tidak sama sekali. Aku tidak pernah bersendirian kerana Allah sentiasa bersamaku cuma aku saja yang lupa pada-Nya.. Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah...

Pernah juga diri ini memberontak dengan ujian-ujian di dunia ini.. Mempersoalkannya seolah-olah tidak redha dengan ketentuan-Nya.. Kenapa Allah terus membenarkanku hidup hingga kini jika hidupku ini penuh dengan maksiat kepada-Nya..? Apa gunanya Allah memberiku kaki, mata dan tangan jika nikmat itu aku gunakan untuk ingkar kepada-Nya..? Apa gunanya fitrah yang dikurniakan Allah jika fitrah itu aku guna dengan mengingkari kepada-Nya..? Apa gunanya lagi aku untuk hidup jika hidup-hidupku ini tidak di redhai-Nya..? Astaghfirullah!!!

Sesungguhnya Allah punya rahsia-Nya tersendiri.. Mengapa Dia lakukan itu dan ini.. Terus aku teringat pada kata-kataNya yang sangat agung itu dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3;
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.












Saturday, December 8, 2012

I am FREE!!

Assalamuaalaikum to all reader...Fuh! bersawang blog ni.. Lama tak cuci-cuci.. c(:
Semoga kawan-kawan semua dalam keadaan sihat wal afiat.. How our iman..??

Alhamdulillah SPM sudah pun tamat 6 December 2012 baru-baru ni..
Bersyukur ke hadrat Ilahi memudahkan sepanjang menjawab peperiksaan SPM ni.. Hope dapat result yang memuaskan.. Insya Allah.. =)

Next year ingat nak sambung STAM pula..tapi dalam hati masih ada perasaan was-was..tapi takpe tetap nak ambil STAM!! c(:

Sekarang cuti ni ramai kawan-kawan yang pergi cari kerja or ada aktiviti apa-apa..but me just duk di rumah saja.. Agak kebosanan.. Minggu depan Insya Allah nak ke Putra Jaya rumah abang di sana.. Pi berjalan sebentar.. ^_^

Apa-apa pun selamat bercuti kepada kawan-kawan semua.. Jaga kesihatan dan diri baik-baik.. =)

p/s:today ada jamuan kelas untuk tahun ni, tapi malas nak pergi..semoga dia orang bahagia.. :)

 (sekadar gambar hiasan)

Friday, November 9, 2012

Sedang Berperang!!

Assalamuaalaikum wbt to all my readers... Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buatNya.. Tuhan segala bumi dan langit.. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi nikmat Iman dan Islam yang mana nikmat itu hanya orang-orang tertentu sahaja dipilih oleh Allah swt..dan kita juga termasuk dalam golongan tersebut..Supaya Allah hidupkan kita dengan iman dan matikan kita dengan Iman..teruslah istiqamah dijalan yang benar.. =)

Rasanya tersangat-sangatlah lama tidak update blog ni..sibuk kerana nak SPM tahun ni..Ini lah alasan yg selalu diberi oleh calon-calon yang akan menduduki peperiksaan besar kan..??

Before that, saya nak ingatkan kepada diri saya dan rakan-rakan yang akan menduduki SPM atau apa-apa saja peperiksaan..Letakkanlah Allah di hadapan, bergantunglah padaNya..Jangan kita lupa pada diriNya walaupun sesaat.. Jika kita mengalami kesusahan masa menjawap soalan, tadahlah kedua belah tangan,mohonlah padaNya bantuan..kerana Allah sangat segan jika membiarkan tangan hambaNYa itu kosong.. Tapi INGAT!! Jika kita sudah habis usaha semaximum mungkin, dan sentiasa berdoa kepada Allah tapi kita tidak dapat apa yang kita hajati, redhalah, terimalah ia dengan ikhlas kerana Allah punya rahsiaNya tersendiri.. Kerana Allah tidak pernah menzalimi hambaNya dan sentiasa memberi yang terbaik buat hambaNya..Insya Allah ;)

Alhamdulillah sudah 8 paper 4 subjek sudah dijawab..tinggal lagi 11 paper 6 subjek yang belum dijawab.. Sekarang tengah cuti seminggu dan mnggu depan hari isnin 19.11.12 akan sambung dengan paper Syariah.. tolong doakan saya ye..? =)

Setakat ni Alhamdulillah rasanya semua ok..cuma paper 1 Sejarah rasa macam payah sikit.. Harap-harap boleh score lah..Sebelum tu, saya bersyukur sangat-sangat pada Allah kerana memudahkan sepanjang saya menjawap peperiksaan SPM ni..Tak pernah saya rasa semudah tu sebelum-sebelum ni.. Rasa tenang, relax, lega, and macam-macamlah..cuma paper 1 mathematics je yang gelabah sikit takut tak cukup masa..Alhamdulillah, masa cukup-cukup je tapi tak sempat nak semak semula..tapi tak pe lah.. Allah maha berkuasa Dia boleh lakukan apa saja even to us sesuatu tu sangat mustahil...

Antara subjek-subjek yang diambil;-

   1) Bahasa Melayu
   2) Bahasa Inggeris
   3) Bahasa Arab
   4) Matematik
   5) Sains
   6) Sejarah
   7) Pendidikan Syariah Islamiah
   8) Pendidikan Alquran & Assunnah
   9) Ekonomi Asas
  10) Perdagangan

----> Doakan kejayaan saya ye.. Doa kalian amatlah diperlukan.. Sebelum tu, maafkan saya andai sepanjang berloging ada terguris hati mana-mana pihak or ada sakitkan hati sesiapa sama ada kita kenal atau tidak..May Allah bless us =)


p/s: Ya Allah, bantulah kami sepanjang menjawab peperiksaan SPM.. Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah..Kami tidak dapat lakukannya sendiri melainkan dengan bantuanMu..Bantulah kami Ya Allah.. Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Wednesday, May 23, 2012

Kamu Pakai Hijabkah?

Assalamuaalaikum wbt to all my readers...
Alhamdulillah, besyukur kita ke hadrat Ilahi atas nikmat Iman dan Islam yang tersangat-sangat bernilai!!!
Kamu belilah dengan wang ringgit, intan permata, emas dan perak sekalipun, kamu tetap tidak akan dapat membelinya melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah untuk beri kepada mana-mana hambaNya.. 
Oleh itu wahai saudaraku muslimin muslimat, mukminin mukminat yang dirahmati Allah sekalian, peliharalah nikmat tersebuat sebaik-baiknya, Ingat!! Sesungguhnya kita sangat-sangat berutung diberi nikmat tersebut kerana tidak semua hambaNya di muka bumi ini terpilih seperti kita..Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha illaAllah, Allahu Akhbar!!


Pada akhir zaman ini, berbagai-bagai masalah yang kita dengar..Antaranya masalah wanita..


HIJAB!!! Alhamdulillah ramai wanita sekarang sudah mula mengenali dan berjinak-jinak untuk memakai HIJAB..Dalam erti kata lain "Tudung". Artis-artis juga tidak ketinggalan zaman untuk mulakan hidup baru dengan memakai hijab. Alhamdulillah..
Berbagai style hijab yang mula dikeluarkan pada zaman sekarang. Tersangat cantik di pandang! Bermacam-macam warna, corak dan style yang dipakai oleh kaum wanita pada masa kini..Dan sangat porpular di media-media masa dan juga television yang sibuk menggayakan "hijab-hijab" mereka..

Tetapi.......

Sayangnya wahai saudariku muslimat wa mukminat, kita tersalah mentafsirkan apa itu HIJAB. Hijab yang bagaimana di tuntun dalam Islam? Sesungguhnya Islam tidak larang untuk kita berfesyen kerana Islam suka akan kecantikan dan keindahan. Berfesyenlah wahai saudariku yang dikasihi mengikut apa yang digariskan Islam bukan mengikut sesuka hati kita.

Kamu pakai hijab itu bagus! Tapi tengoklah cara pemaikan kamu. Adakah kamu betul-betu pakai atau sama seperti telanjang? Maaf saya katakan!!! Saya tidak berkata tanpa sebab. Dewasa ini, ramai para perempuan remaja, wanita-wanita yang lainnya memakai hijab tetapi sama seperti tidak memakainya.. Kerana antaranya:

1) BAJU LENGAN PENDEK yang menampakkan sebahagian kulit tangan mu.. 
2) MEMAKAI PAKAIN YANG KETAT sehinnga menampakkan bentuk tubuh badanmu.. 
3) MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS sehinnga menampakkan bayang dan warna kulitmu..
4) TUDUNGMU PENDEK sehinnga menampakkan bentuk buah dadamu..
5) TUTUPLAH JUGA KAKIMU DENGAN STOKIN ATAU SARUNG KAKI

Kerana aurat wanita itu seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan..

Kenapa Islam mengajar kita supaya pakai pakaian yang lonngar dan labuh,tidak ketat? kerana  Firman Allah swt:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


Memakai pakaian yang nipis samalah seperti tidak memakai apa-apa atau bertelanjang kerana tetap dapat dilihat apa yang kita tutup itu.Kenapa Islam melarang memakai pakaian yang nipis yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan dari luar pakaian atau warna kulit? Kerana Rasulullah saw bersabda :


“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim


Ramai yang memakai tudung atau hijab tetapi sayangnya mereka memakai atas pada dada.. Sedangkan Allah swt menyuruh supaya melabuhkan tudung hingga ke bawah paras dada.. Tidak kiralah tudung kita itu pendek ataupun labuh, yang penting melepasi bawah dada!!!


Selain dari itu, 


----> JANGANLAH apabila kita keluar dari rumah kita memakai wangi-wangian yang terlalu harum sehingga menarik perhatian kaum lelaki ajnabi..
Rasulullah saw besabda :


Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar dan melintasi kaum lelaki ajanabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.” - (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)


----> JANGANLAH berhias berlebih-lebihan ketika keluar rumah..Cukuplah setakat berhias untuk suami kita je..yang masih bersuami macam saya ni, sabar je la ye.Cukuplah ala kadar je. hehee c(:


----> JANGANLAH memakai kasut  bertumit yang berbunyi "keletok keletok" sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi.. Eh!!!! Jangan ingat bunyi kasut pun mereka tak pandang tau? Kerana perempuan ni banyak daya tarikan. (Semoga Allah Melindungi kita)


----> JANGANLAH sengaja jalan dengan melenggang lenggok badan tu.. Jalan tegak-tegak dan tegas..!!!! Tapi macam mana kalau perempuan tu memang style jalan dia macam tu, memang tak boleh ubah dah ni? hehe, nak buat macam mana kan? Bukan dia sengaja.. :)


 [ kan comel macam ni? :) ]






p/s: Maaf jika catatan kali ini agak kasar atau ada yang mengguris hati mana-mana pihak. Andai ada yang salah minta di betulkan. Tunjuk ajar kalian amat diperlukan =]

Wednesday, April 4, 2012

Siapakah Pedang Allah..??

Assalamuaalaikum wbt..
Fuh!! Penatnya cuci-cuci blog ni..Habis bersawang..
Almaklumlah dah lama sangat tak buka..buka-buka..
Ya Allah!! Berhabuk teruk..
kihkihkih..nonsense!! Bilik ada kot berhabuk..

Ops!! lupa nak tanya..
Kawan-kawan apa khabar?? Sihat??
Semoga semuanya sihat-sihat wal afiat dan sentiasa dalam mardhatillah.. =)

Okeyh! Kembali  ke topik asal..? 
Siapakah dia pedang Allah ini..?
Orangnya mesti hebat kan..??
Beliau ni pada mulanya seorang kafir yang sangat memusuhi Rasulullah dan orang Islam..
Tapi dengan hidayah yang Allah bagi, Alhamdulillah beliau di gelar 
PEDANG ALLAH!!            

Jom kita baca dan ambil pengajaran dari cerita ni..
Moga bermanfaat buat kita semua.. (^_^) 

    

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya
peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya
mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid
Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam,
ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera
iaitu anugerah 'Pedang Allah'..
 
Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan
perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran
yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b
Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang
orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.


Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa
dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.
   
Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih
kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat
tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah
dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin
Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang
juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan
menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun
menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana
sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
 
Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnyaberbunyi :

"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan


saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan
kepada orang-orang kafir dan munafik"
 
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi
dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai
tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam
strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan
ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana
kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"
 
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima
musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera
Islam.Mahan telah berkata :

"Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa
dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan   berikan setiap seorang tentera 10 dinar
beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun
depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".


Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab :

"Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana
kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum
darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi,
sebab itulah kami ke mari"
 
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang berteriak dengan kuatnya sambil
bertakbir

"Allahu Akbar!!" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". 

Maka terjadilahpeperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata :

"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang
pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan
kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
 
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a :

"Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW !
Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah

benar". 

Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima
Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George  bertanya :
"Wahai   Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang
merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada
Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada
seseorang pasti dia akan kalah"
 
Khalid b Al-Walid menjawab :
"Tidak"


George bertanya lagi :
"Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"


Khalid b Al-Walid berkata :
"Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul
dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri
termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada
Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
 
George bertanya lagi :
"Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"


Khalid b Al-Walid menjelaskan :
"Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"


George seterusnya berkata :
"Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah

berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
 
Khalid b Al-Walid menjawab :
"Ya, itulah yang lebih utama"
                    
George  berkata :
"Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab :
"Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian
serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam
dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman
dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman
kepada Allah dengan jiwamu"
 

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat
solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan
tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan
cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya
di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun
bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan
orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi
meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut !  

Inimembuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri
sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.

................................................................................


Melepaskan Jawatan.
Selepas pemerintahan khulafa ar Rasyidin berpindah daripada Abu Bakar As Sidiq, kepada Umar Al Khattab, Umar al Khattab telah menghantar surat supaya mengarahkan tugas jeneral/komander tentera Islam berpindah daripada Khalid al Walid r.a kepada orang muda yang hebat iaitu Abu Ubaidah al Jarrah. Hal ini mengakibatkan ramai yang tertanya-tanya, namun bagi Khalid al Walid r.a ianya satu perintah yang harus ditaati dan dipatuhi oleh beliau tanpa berasa ragu-ragu dengan kepimpinan khalifah Umar al Khattab. Lalu, Khalid al Walid r.a dengan senang hati meninggalkan jawatan tersebut dengan kata-katanya yang hebat “aku tidak berperang kerana umar tetapi kerana tuhan umar”…
Apakah yang tersirat disebalik perlucutan jawatan ini? Ianya adalah untuk menunjukkan bahawa setiap perjuangan tentera islam tidak bergantung harap kepada Khalid al Walid r.a semata-mata, bahkan ianya hanyalah semata-mata ketentuan Allah, maka dengan sebab yang sedemikian mengakibatkan Umar al Khattab melakukan perkara yang sedemikian rupa. Ini juga untuk mengelakkan ketaksuban serta fanatic kepada seseorang pemimpin tersebut sehingga mampu gugat akidah umat Islam itu sendiri.
Hal yang demikian tidak sedikitpun “diambil pusing” oleh Khalid al Walid r.a kerana beliau berjuang atas dasar Islam iaitu hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata tanpa mengharapkan sebarang “habuan” didunia yang sementara. Khalid al Walid r.a merasakan berhak keatasnya untuk mentaati pemerintah selagi pemerintah itu tidak lari dari syariat islam yang sebenar.


...............................................................................

p/s: Dari sini kita boleh bezakan bagaimana cara kepempinan Panglima Khalid Al-walid dan juga Pemimpin masa sekaran. Apakah mereka mencontohi beliau atau ada perbezaannya.? Renung-renungkan dan memahaminya.. =)




Saturday, February 18, 2012

Siapa Bijak dan Siapa Bodoh??

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam untuk kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)


"Dari Shaddad ibn Aus r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah. (HR Tirmizi)"





Astaghfirullahal'azim....Mari sama-sama kita beristighfar sebentar sambil bermuhasabah amal perbuatan kita..
Adakah Allah redha segala perbuatan kita harian?? Atau Allah menolaknya?? 
Kita sering melakukannya tanpa berfikir panjang.. 
Selepas saja ana membaca hadis tersebut yang telah dipostkan oleh seorang ikhwan, baru ana sedar dimanakah kedudukan ana.? Sama ada tergolong dalam golong orang yang bijak atau orang yang bodoh itu? Na'uzubillah...

Pernah juga di post ana yang lalu ana memberitahu bahawa membuat dosa itu bukanlah satu perkara yang meng'aibkan kerana setiap orang tidak pernah lekang dari berbuat kesilapan..Tetapi yang meng'aibkan itu ialah orang yang melakukan dosa dan tidak ada keinginan bertaubat...Boleh rujuk di post ni...

Sebelum kita tidur marilah sama-sama kita menghisab balik apa yang kita lakukan hari ini.. Allah redha atau tidak? Jika ada yang mencurigakan atau perbuatan kita yang salah sama-samalah kita memohon keampunan dari Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penerima Taubat hamba-hambanya..

Nabi Adam a.s yang telah di buang oleh Allah daripada syurga kerana kesalahan yang mungkin bagi kita cuma kecil tetap juga Allah mengampunkan baginda a.s...

Kita juga sangat beruntung kerana menjadi umat terakhir Nabi Muhammad saw kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk terus bertaubat...Masa yang Allah beri tersangat panjang..Tetapi kita tidak pernah manfaatkannya..Astaghfirullah.. Cuba kita perhatikan semula umat-umat Nabi terdahulu, jika mereka melakukan kesalahan terus Allah azabkan mereka tetapi Allah sangat sayang akan kita kerana memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dahulu..Walaupun kita tetap sombong dan angkuh Allah tetap memberi peluang tersebut untuk kita..

Begitu juga dengan nafsu..Setiap orang mempunyai nafsu..Nafsu memang tidak boleh dibuang tetapi kita perlu mengawalnya..Insya Allah..

Semoga Allah memelihara diri kita sebaiknya..Di sini ana mengingatkan diri ana sendiri yang sering leka dan lalai dengan nikmat dunia dan sering melakukan kesilapan..Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ana dan sahabat sekalian sama ada yang lepas, sekarang dan yang akan datang..Insya Allah, Aminn


p/s: Jika kata-kata ana ada yang tersilap harap dapat dibetulkan..kerana Ana juga manusia yang tidak lekang dari berbuat silap.. (^_^)




Friday, February 17, 2012

Buta Mata, Terang Hati


Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Dialah wanita yang bernama ZINNIRAH!!


 


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.



p/s:sumber by Sesuci Jiwa.. MIntak share ya? Semoga Allah membalas jasa baik saudari atas perkongsian ilmu =)

Sunday, January 15, 2012

Macam duduk di padang Arafah

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam buat kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)

Wah!! Macam menarik je tajuk entri ni.Korang pernah tengok ke macam mana suasana di padang arafah.?? Saya pun tak pernah. Semalam puluhan ribu rakyat banjiri stadium di Alor Setar sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3. Rugilah tak join. My first brother ada lah pergi dengan geng-geng dia. Nak pergi tapi agak jauh lebeih kurang sejam kot dari sini nak ke Alor Setar. Dengar kata hampit 50 ribu orang eh yang pergi? Subhanallah!! Banyaknya, kata TGNA sebelum bicaranya "Macam duduk di padang Arafah"..
menarik juga apabila DSAI ada cakap "..lepas ni NTR yang akan jadi ketua pembangkang.." (lebih kurang macam ni lah ayat dia..kihkihkih

Oleh kerana saya tak join dan tak boleh cerita banyak pasal tu,korang boleh baca sendiri lah di sini http://www.malaysiakini.com/news/186651

Selamat membaca!! ^_^


p/s: hope pru13 ni dapat tumbangkan UBN.. amin =)

Friday, January 13, 2012

Free Anwar 901 Rally

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam buat kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)

Alhamdulillah, sudah di ketahui ramai and seluruh dunia bahawa Datuk Sri Anwar Ibrahim BEBAS dari tuduhan liwat terbabit..Subhanallah, Alhamdulillah, La illa haillallah, Allahu Akhbar!!!!!! Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang benar..
Agak tidak puas hati ketika pemberita TV3 mengatakan "DSAI bebas tapi tidak bermakna dia tak bersalah.." ?? So stupid right??? huh!! Dah bebas mesti la tak bersalah, kenapa hakim tu *bodoh* sangat ke nak lepas orang yang bersalah macam tu ja? Yang si Saiful muka tak malu memfitnah DSAI liwat dia asal tak datang pada hari tersebut? Tak berani? Kemudian si bapa dia nak buat rayuan? hah? Apa semua ni? haih!! Dunia dunia.. memeningkan ja..Dunia ni tempat persinggahan untuk ke alam sana, di atas dunia ni la orang sibuk menanam benih amal kebaikan tapi *diaorang* sibuk menanam taik? huhu

Apa pun I hope PRU13 ni, Insya Allah akan menang kepada pihak yang betul, kalau tak pun mungkin satu hari nanti kerana Islam akhirnya tetap akan menang.. Allahu Akhbar!!! :)



p/s: Agak lewat m'update..sibuk sangat (peace!!) ^_^

Monday, January 2, 2012

Tektik pecah cermin klinik..??

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam buat kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)

Ops!! Terbaca di sebuah blog katanya "mereka (budak2 mahasiswa yang buat perhimpunan malam tahun baru tu la..) pecahkan cermin klinik dan kononnya mahu menganggap kecederaan itu di lakukan oleh pihak berkuasa dan didapati laporan perubatan Hospital Slim River,Perak orang luar, iaitu Safwan Anang Talib cedera kerana serpihan kaca.." ????
wow!! Menarik je dengar kan..?? Orang-orang Malaysia ni memang ada masalah mental ke..?? Tak pasal-pasal nak cederakan diri sendiri..
Hey!! Kamu tak tengok betul-betul kamu memandai je cakap..
Mereka pecahkan cermin tu keran terdesak tahu tak? Safwan tu agak parah..Ko tengok dulu video tu baru ko cakap banyak..Ni dapat dari sumber hutan mana tah mandai je buat ulasan... Yang ko takut sangat dengan budak-budak mahasiswa tu apasal..?? Dia orang nak kebebasan ja.. Ko takut parti ko hancus..?? (parti mana aku tak tahu la).

p/s: dah guna "aku", "ko", geram sangat nie.. c(:

Keadilan demokrasi.??

Assalamuaalaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah kerana memberi kita nikmat yang tidak terhingga..
Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan redhaNya.. =)

Hari ni ana nak kongsi sedikit video yang ana tonton di youtube,mungkin video ni sudah lama (baru la juga).. Mugkin ada yang sudah tengok dan ada yang belum..Ana baru ja tengok tadi.. Ana nak bagi komen sikit la tentang Muhammad Aiman ni..
Maaf, ana tak faham bagaimana maksudnya dengan "keadilan demokrasi" tu?? Dia cakap demokrasi mahasiswa berkaitan kebebasan akademik, auku dan tentang Adam Adli tu demokrasi haram?? Bukan ke negara kita negara demokrasi..? Bagaimana yang haramnya tu..?
Ana tak nampak salah mereka di mana.. Sebagai rakyat Malaysia kita ada hak untuk bersuara..
And one more wahai Encik Aiman, kenapa kamu cakap Adam Adli turunkan bendera dan pijak-pijak..? Maklumat yang kamu dapat tu benar ke tidak..? Ingat, salah cakap fitnah jadinya..
Adam Adli cuma turunkan kejap je kemudian naikkan balik bendera tu..Dia tak rosakkan langsung.. Maaflah, korang nak demokrasi secara aman kan..? Asal hantar polis kemudian huru hara jadinya.. Dia orang bukan buat kerosakkan pun, tiba-tiba polis datang nak suruh mereka bersurai.. Biarla mereka nak luahkan ketidak puasan mereka sebagai seorang mahasiswa dan juga rakyat dalam negara ni..Dan banyak kali mereka tegaskan mereka tak terlibat dalam mana-mana parti politik!! Mereka bebas.. Kenapa ada sesetengah pihak yang sangat memusuhi mereka..??

Apa pun ana tetap sokong Adam Adli dan perjuangan-perjuangan mereka!!!
May Allah bless you all... =)




Korang dah tengok?? Apa komen korang..?? Entah =)
But I tak setuju langsung dengan dia ni.. (TITIK!!!)

p/s: I tak nak promosi mana-mana parti kat sini, I tunjuk apa yang I rasa betul atau tak je.. Mungkin pendapat korang tak sama dengan I..Not Politik (peace) ^^

Sunday, January 1, 2012

Bagaimana PRU 13 ni..??

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam buat kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)

Agak lama tak update blog ni, tak ada idea kot dan sifat malas melanda diri.. c(:
Pejam celik pejam celik dah masuk 2012 kan..? Alhamdulillah..
Ana pun dah masuk 17 tahun, SPM lah tahun nie.. O.M.A!!! Macam mimpi je, next year dah tamat sekolah and akan jejaki kaki ke mana-mana U atau mana-mana tempat pengajian lah.. Dan akan digelar mahasiswa..
Mahasiswa..?? Sebut pasal Mahasiswa tiba-tiba teringat tragedi malam awal tahun baru 2012..
What Happend..? Ana tak nak la cakap banyak pasal ni, korang just tengok jelah video ni dan masing-masing boleh nilai sendiri.. Kalau nak play here, korang stop la dulu lagu kat bawah tu, nanti bising pula..hehee :D




Ok..Macam mana..?? Dah tengok..So apa comment korang..??
Hurm entah la..Masing-masing ada pendapat sendiri kan..??
Ana bukannya nak kutuk mana-mana parti di sini.. Ops!! Di sini tak ada politik ok? Mereka cuma nak kebebasan akademik.. Just that.. Walaupun ana masih lagi bersekolah ana tetap menyokong mereka dari belakang sebab ana pun akan jadi mahasiswi..Insya Allah if panjang umur.. :)
Eh!! Kenapa tajuk kat atas PRU13 apa kena pula dengan PRU 13 ni..? Korang tak faham ke..?
hehee...buat-buat faham jela.. c(:

p/s:Tiba-tiba update pasal ni..Selera lain dah ke.?? hee~ tak ada la..saja update isu semasa pula, tak salahkan.. (peace) ^^