Assalamuaalaikum


Wednesday, December 17, 2014

Wanita Dambaan Ilahi


Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik 
perhiasan ialah wanita yang solehah. 
(Riwayat Muslim)

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah hingga luka berdarah berkorban segalanya demi menyebarkan Islam untuk umatnya yang tercinta. Kesyukuran yang tidak terhingga kerana diberi nikmat Iman dan Islam secara percuma yang mahal harganya tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit, emas meskipun permata, sedangkan diluar sana masih ramai yang tercari-cari dan belum mendapatnya.

Kawan-kawan yang disayangi, sebagaimana kita tahu terciptanya Hawa dari rusuk Adam a.s. ketikamana Adam a.s bosan sendirian berada di dalam syurga maka Allah s.w.t telah menciptakan Hawa sebagai peneman hidupnya.  Siapakah Hawa? Ya sudah tentu seorang wanita.Kita juga wanita.Wanita pada zahirnya nampak lemah tetapi tahukah kita siapa orang pertama yang memeluk Islam setelah Nabi Muhammad s.a.w datang membawa cahaya Islam? Dialah seorang wanita, Saidatina Khadijah r.a. Siapakah orang yang pertama mati syahid dibunuh kerana mempertahankan akidah islamiyyah? Dia juga seorang wanita, Sumayyah r.a. Siapakah orang yang disuruh oleh Allah supaya kita mentaatinya? Juga dari seorang wanita, ibu kita sendiri.Tidakkah kita merasa bangga terpilih oleh Allah sebagai seorang wanita?

Apabila datangnya cahaya Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w maka martabat wanita itu diangkat, sedangkan sebelum datangnya Islam kedudukan wanita itu ditaraf yang paling bawah.Wanita dijadikan barang dagangan, tidak dihormati malah dicaci dan dimaki, wanita dianggap pembawa sial, begitu hinanya kedudukan seorang wanita sebelum datangnya Islam. Tetapi Islam telah mengangkat martabat wanita, disuruhnya wanita menutup aurat kerana ingin menjaga kehormatan diri, Islam menyuruh untuk melindung kaum wanita bukan menindas mereka.

          Kawan-kawan,di arus kemodenan ini, kaum wanita islam lebih seronok dan bangga mengikuti budaya kebaratan malah merasa malu dengan apa yang telah Islam ajarkan. Tidakkah kita mengimpikan menjadi seperti wanita-wanita yang hebat seperti di atas? Ayuh! Marilah kita genggam erat tangan bersama-sama berusaha menjadi wanita dambaan Ilahi. Wallahu’alam……