Assalamuaalaikum


Thursday, March 31, 2011

Aku Mencintainya....


Aku sedang menanti dia Seorang lelaki yang akan bergelar suami Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah Dia seorang lelaki yang tegas dan berani Dia tidak pernah takut untuk berkata benar..

Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah Dia selalu menghiburkan aku Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran Dengan zikir-zikir munajat Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi Dia menasihati ku supaya mengingati mati..

Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa Dia memang sentiasa kelihatan penat Matanya penat kerana membaca Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir Badannya letih kerana bermunajat di malam hari..

Dia sentiasa mengingati mati Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata Kita hambaNYA adalah pelakon Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam..

Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula Sejadah imannya yang terkoyak Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya..

Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W. Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI..

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga Dia ingin mengajak aku ke sana sekali Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki..

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha pencipta..
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia..

Siapakah dia..??? Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu Doaku, semoga dia tercipta untuk ku Semoga aku bertemu jodoh dengan dia Kerana.. Dia pilihan ku..
YANG KU DAMBAKAN... Aku MENCINTAI orang yang MENCINTAI ALLAH..

BelajarLah..!!!


Belajarlah…
Bahwa tidak selamanya hidup ini indah.
Kadang Allah mengijinkan kita melalui derita.
Tapi ketahuilah, bahwa Dia tidak pernah meninggalkan kita.
Sebab itu belajarlah menikmati hidup ini dengan berSYUKUR.

Belajarlah…
bahwa tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan.
kadang Allah membelokkan rencana kita.
Tapi ketahuilah.. bahwa itu lebih baik dari apa yang kita rencanakan.
Sebab itu belajarlah menerima semua itu dengan IKHLAS.

Belajarlah…
bahawa cubaan itu pasti datang dalam hidup.
Sebab itu belajarlah menghadapainya dengan SABAR.

Maka itu…

Belajarlah dengan berSYUKUR, IKHLAS dan SABAR dalam segala hal.

Dan sikap itulah yang membuat sihat jiwa dan raga…..
” Sesungguhnya Allah mencela sikap lemah. Kerana itu, kamu harus bertindak cerdas dan cekatan, dan ( setelah itu ) kalau kamu dikalahkan oleh suatu urusan ( tidak berhasil menghadapinya ), katakanlah , ” Hasbiyallah” ( Cukuplah Allah bagiku ) ” ( H.R. Abu Daud )

Sebuah Renungan


(Sebuah Renungan buat HAWA)

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Membuka tabir rahsia,
Suami yang menikahi kamu,
Tidaklah semulia Muhammad, Tidaklah setaqwa Ibrahim,
Tidak pula setabah Isa atau Ayub,
Atau pun segagah Musa, apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang soleh..
Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah Nakoda kapal, Kamu navigatornya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamulah penonton kenakalannya,
Saat Suami menjadi Raja, Kamu nikmati anggur singasananya,
Seketika Suami menjadi bisa, Kamulah penawar ubatnya,
Seandainya Suami sinis yang lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun Perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukan pula Hajar ataupun Mariam, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman, yang berusaha menjadi solehah … Amiiin


(Sebuah Renungan buat ADAM)

Pernikahan atau perkahwinan, Menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Dan tidak pula setabah Fatimah …
Justeru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Menjadi solehah…
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama …
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyid (pembimbing)-nya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya …
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, ber-hati²lah meluruskannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa …
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Isteri yang tak sehebat mana,
Justeru kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Muhammad Rasulullah atau Isa As,
bukanlah pula Sayyidina Ali Ra,
Cuma suami akhir zaman, yang berusaha menjadi soleh … Amiiin

Ya Rabbi.!!!!!


Bismillah…

Duhai Robbi…

Ajarkan aku tentang erti Cinta

Cinta hanya untukMu dan kekasihMu

Cinta yang tulus suci tak terperi

Cinta yang putih bersih bak salju

Cinta yang bercahaya seperti mentari

Rabb…

Cinta itu kan terus kucari dan pasti kan kudapati

kerana ku yakin, semakin kudekati maka Kau pun kan berlari

Robb..

Jangan biarkan cinta ini pudar

Dengan beriringnya waktu yang terus berputar

Teguhkan cinta ini agar terus bersinar

Bersinar seperti indahnya terbit fajar

Ya Malik…

Bantu aku untuk meninggikan Cinta-Mu

Diatas cinta yang lainnya

kerana aku merasa nikmat bersama-Mu

Cinta-Mu yang putih bersih

Ya Rahim…

Bantu aku untuk terus belajar mencintai kasih-Mu

Kekasih yang sering aku lupakan

Kirimkan salamku untuk beliau

Salam seorang ummat yang mencuba terus mengikuti langkahnya

Sungguh…

Tatkala aku mengingatnya,

Betapa malu diri ini terhadapnya

Membandingkan diriku yang selalu alpa dari ajarannya

Yang selalu lalai akan Sunnahnya

Duhai Allah,

Jangan Kau biarkan aku lebih mencintai orang lain daripada-Mu

Jadikan aku selalu mencintai-Mu, Rasul-Mu, Jihad, Dakwah..

Lalu orangtuaku..

Segala Puji hanya bagi-Mu

Wahai Tuhan yang mencintai setiap hamba-hambaNya

Selawat Salam kusampaikan untukmu ya Habibi…

Wahai Kekasih Allah yang mencintai ummatnya..

Sunday, March 13, 2011

Beramal Kerana Allah

Assalamuaalaikum wbt..
Semoga kalian sentiasa sihat walafiat dan sentiasa dalam mardhotillah.. :)
Alhamdulillah kerana di beri keizinan dr Allah untuk kita meneruskan lg kehidupan kita sehingga ke hari ini. Semoga hidup kita ini di lalui dengan penuh manfaat dan kesyukuran buat Allah swt. Semoga hidup kita di dunia ini tidak sia-sia.

Walaupun agak letih hari ini, hati tetap gembira. Alhamdulillah..
hurmm.. Letih kenapa ya ? Letih seharian di sekolah hari ni, kena urus makanan untuk peserta-peserta "KEM ANAK SOLEH".

Beramal kerana Allah..? Apa itu beramal kerana Allah. ? Kita kena la lakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. Apa-apa pun, letakkan Allah di hadapan dan yg lainnya di belakang. Ini menunjukkan niat kerana Allah itu amat penting.

Jika kita niat kerana Allah, insya Allah, Allah akan kurniakan buat kita ganjaran yg susah untuk didapati di mana-mana.? Apa ganjarannya.? Ganjarannya ialah pahala yg di beri oleh Allah. Tapi, lakukan sesuatu perbuatan yg niat kerana Allah tu mestilah perbuatan yg baik ya. Yg buruk JANGAN!!! Sudah la buat perbuatan buruk kemudian mahu niat kerana Allah pulak..!! eh, tak malu ke.!?? Mintak jauhkan la ye.. :)

Jika kita niat sesuatu kerana Allah juga, insya Allah, kita tidak akan rasa perbuatan kita itu sesuatu yg sia-sia. Kepenatan juga tidak terasa kerana niat kita yg betul itu. Jadi, jangan lupa sebelum mulakan sesuatu itu mestilah NIAT KERANA ALLAH ya kawan-kawan!!

Selamat beramal.!! Semoga amalan kita diredhai Allah dan mendapat keberkatan dr Allah swt.


Friday, March 11, 2011

Ahlan wa Sahlan..!!!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan Nikmat Iman dan Islam yg Allah kurniakan buat kita sehingga hari ini..Semoga Iman kita sentiasa mantop (bak kata u.zamri)... :)

Assalamuaalaikum wbt..
First skali, ana nak ucapakan AHLAN WA SAHLAN buat saudara2 baru yg memeluk Agama Islam.Allahu Akhbar...!! Alhamdulillah, sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Hanya Allah yg berhak memberi hidayah buat sesiapa yg Dia mahu dan Allah juga boleh mencabut semula hidayah yg ada pada seseorang itu.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu..

Pada malam Jumaat (10.3.11) ana pegi bersama abah, umi dan juga abang ke PUSBA (Pusat Untuk Saudara Baru)..Ada program yg di anjurkan oleh Haluan. Sebelum ni memang ana teringin sangat nak masuk ke dalam tempat tu, lihat suasana di situ. Bagaimana keadaan saudara2 baru kita di situ. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah mengetahui isi hati hambaNya. Allah izinkan juga ke sana. Malam tu mungkin biasa bg ana kerana ana pun tak kenal lagi dan tak berta'ruf dgn saudara2 di situ (malu la katakan..).

Pada malam tu, ada slot motivasi.hurmm..lebeh kurang muhasabah la. Subhanallah..!! apa yg ana nampak, ramai saudara2 baru yg menangis t'esak2. Sangat2 beruntung mereka kerana di beri hidayah oleh Allah.Dan ke esokkan pagi tu (11.3.11) ada sedikit program untuk saudara2 baru kongsikan pengalaman mereka..

Allahu Akhabar.!! B'bagai2 ujian yg harus mereka tempuh untuk memilih Agama Islam ini. Hati ana betul2 tersentuh. Cerita2 mereka buatkan meremang bulu roma ana,air mata kehinaan turut jatuh membasahi pipi. Lihatlah mereka sanggup hadapi b'bagai2 rintangan demi mencari kebenaran. Mereka dicaci,dihina,dipulau,diancam dan pelbagai ujian yg sangat memeritkan demi mencari tuhan yg satu, mencari agama yg benar, mencari apa itu ISLAM.. Tapi lihatlah bangsa2 kita, yg agamanya Islam dr kecil, tidak pernah nak hargai apa yg Allah kurniakan. Tidak pandai gunakan nikmat yg Allah beri dengan betul.. Malah membuangnya begitu saja.Angkuh, sombong.. Ana sangat kecewa dan sangat malu apabila kebanyakan cerita2 saudara muslim yg mengatakan, orang MELAYU (tak semua) sendiri tidak suka mereka masuk ISLAM, hina mereka, perli mereka.. Malah tidak menunjukkan contoh seorang Muslim yg baik dan tidak memberi sokokngan untuk mereka memeluk ISLAM.tetapi hanya bangga bahawa diorang itu memang sudah ISLAM..

Ingatlah..!! Melayu itu BANGSA bukan ISLAM...dan ISLAM itu AGAMA..ISLAM untuk semua, bukan hanya untuk MELAYU...!!!!

Semoga saudara2 kita tabah menempuh ujian2 yg bakal mereka harungi. Semoga hati mereka tetap dengan iman..
Semoga Allah tetapkan hati2 kita di dalam Agama-Nya..serta kuatkan iman kita..

Oh Tuhanku...



Kau yg menciptakn cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia

DiribaanMu terhimpun harapan

Impian tulus setiap insan..


Kau yang mengutuskan duka

dan Engkaulah yang mengirimkan hampa

Namun padaMu jua diadukn

Merebahkan keresahan dan tangisan..


Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

dan ku tahu tiap yang terbaik untukku

Tak semuanya yang ku mahu..


Munculah hangat nafas yg terhela

Ada dingin saat menyebut namaMu

Terarah segala ronda rasa

Pada damainya dakapanMu (ya ALLAH)..


Aku tahu inilah kasihMu

Aku tahu inilah cintaMu

dan ku tahu disegenap ruang rasaku

Telah Kau titipkn kekuatan..

oh Tuhanku..