Friday, March 11, 2011

Ahlan wa Sahlan..!!!

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi dengan Nikmat Iman dan Islam yg Allah kurniakan buat kita sehingga hari ini..Semoga Iman kita sentiasa mantop (bak kata u.zamri)... :)

Assalamuaalaikum wbt..
First skali, ana nak ucapakan AHLAN WA SAHLAN buat saudara2 baru yg memeluk Agama Islam.Allahu Akhbar...!! Alhamdulillah, sesungguhnya Hidayah itu milik Allah. Hanya Allah yg berhak memberi hidayah buat sesiapa yg Dia mahu dan Allah juga boleh mencabut semula hidayah yg ada pada seseorang itu.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu..

Pada malam Jumaat (10.3.11) ana pegi bersama abah, umi dan juga abang ke PUSBA (Pusat Untuk Saudara Baru)..Ada program yg di anjurkan oleh Haluan. Sebelum ni memang ana teringin sangat nak masuk ke dalam tempat tu, lihat suasana di situ. Bagaimana keadaan saudara2 baru kita di situ. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah mengetahui isi hati hambaNya. Allah izinkan juga ke sana. Malam tu mungkin biasa bg ana kerana ana pun tak kenal lagi dan tak berta'ruf dgn saudara2 di situ (malu la katakan..).

Pada malam tu, ada slot motivasi.hurmm..lebeh kurang muhasabah la. Subhanallah..!! apa yg ana nampak, ramai saudara2 baru yg menangis t'esak2. Sangat2 beruntung mereka kerana di beri hidayah oleh Allah.Dan ke esokkan pagi tu (11.3.11) ada sedikit program untuk saudara2 baru kongsikan pengalaman mereka..

Allahu Akhabar.!! B'bagai2 ujian yg harus mereka tempuh untuk memilih Agama Islam ini. Hati ana betul2 tersentuh. Cerita2 mereka buatkan meremang bulu roma ana,air mata kehinaan turut jatuh membasahi pipi. Lihatlah mereka sanggup hadapi b'bagai2 rintangan demi mencari kebenaran. Mereka dicaci,dihina,dipulau,diancam dan pelbagai ujian yg sangat memeritkan demi mencari tuhan yg satu, mencari agama yg benar, mencari apa itu ISLAM.. Tapi lihatlah bangsa2 kita, yg agamanya Islam dr kecil, tidak pernah nak hargai apa yg Allah kurniakan. Tidak pandai gunakan nikmat yg Allah beri dengan betul.. Malah membuangnya begitu saja.Angkuh, sombong.. Ana sangat kecewa dan sangat malu apabila kebanyakan cerita2 saudara muslim yg mengatakan, orang MELAYU (tak semua) sendiri tidak suka mereka masuk ISLAM, hina mereka, perli mereka.. Malah tidak menunjukkan contoh seorang Muslim yg baik dan tidak memberi sokokngan untuk mereka memeluk ISLAM.tetapi hanya bangga bahawa diorang itu memang sudah ISLAM..

Ingatlah..!! Melayu itu BANGSA bukan ISLAM...dan ISLAM itu AGAMA..ISLAM untuk semua, bukan hanya untuk MELAYU...!!!!

Semoga saudara2 kita tabah menempuh ujian2 yg bakal mereka harungi. Semoga hati mereka tetap dengan iman..
Semoga Allah tetapkan hati2 kita di dalam Agama-Nya..serta kuatkan iman kita..

0 comments: