Assalamuaalaikum


Sunday, November 13, 2011

Salam Aidil Adha!!!

Assalamuaalaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pijian hanya layak buat-Nya, Tuhan sekalian alam..
Alhamdulillah masih dikekalkan nikmat iman dan Islam untuk kita..Satu-satunya nikmat yang paling mahal dan tidak terhitung nilainya, hanya Allah yang berhak memberi nikmat ini buat hamba-hambaNya yang Dia mahu..
Bagaimana iman kita hari ini.? Semoga baik-baik saja.. =)

Sebelum itu, ana mohon beribu kemaafan kerana tersangat lama tidak m'update blog ini..Tiada masa nak upload, ni pun curi-curi masa je.. =)
Ops!! Tidak lupa juga buat kawan-kawan, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Okey, today, ana nak kongsikan sikit satu artikel tentang korban dari rakan ana yang lain..
Semogo bermanfaat... =)

...............................................................................................

(Gambar Hiasan)

Apakah Makna Hari Raya Aidiladha.. Bilakah umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.. Adakah Hari Raya Aidiladha hanya disambut di mekah.. Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah..

Makna Hari Raya Aidiladha Makna Hari Raya Aidiladha

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Raya Korban Makna Hari Raya Aidiladha

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.