Assalamuaalaikum


Tuesday, December 6, 2011

Cinta Sejati..

Assalamuaalaikum sahabat-sahabiah pengunjung blog ana..

Semoga sihat-saihat selalu dan sentiasa dalam RedhaNya.. =)

Ana nak kongsi tip-tip bagaimana nak memelihara cinta sejati..?? Betul ke..?? Ehem-ehem, bukan nak menggatal, just perkongsian.. ;)
Ops!! Before that, Cinta sejati and cinta yang kekal tu cuma satu je taw!! Iaitu Cinta kepada ALLAH.. <3
Here I mean love someone.. ^^
This tips I got from one blog also,share ye wahai tuan punya blog.. (peace)


1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: "Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.

2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.

3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, 'saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik," percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; 'adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.'

4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.

5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.

6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.

7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.

8. Mr . Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.

9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.

10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya.


P/S; Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya.. <3
Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan..=)
Sememangnya hidup bencinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh.. :')


Ku Serahkan Semuanya Pada-Mu

Assalamuaalaikum wbt..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Ku serahkan jiwa dan ragaku padaNya yang lebih memahami..
Ke serahkan semua hidupku padaNya yang lebih mengetahui..


Aku lakukan semua ni kerana Dia... Aku yakin Dia tak kan sia-siakan harapanku malah Dia pasti menolongku..Tiada daya upaya melainkan dengan kasih dan pertolonganNya.. :')
Aku tak kan berpatah balik dengan keputusanku..Walaupun setiap hari, jam, minit, saat jiwaku tersekasa..Hatiku seperti dicucuk-cucuk dengan jarum..Masha Allah betapa sakit hanya Engkau saja yang mengetahui keadaanku.. T_T

Aku yakin semuanya dari petunjukMu.. Semua terjadi atas kehendakMu dan Kau tak kan mengecewakan dan merosakkan hambaMu melainkan aku sendiri yang merosakkan diriku dan mencari kekecewaan itu.. Aku bersyukur kau menyedarkan ku terlebih awal.. Alhamdulillah.. :')

Teringat kata-kataMu..Boleh jadi sesuatu yang kita suka tu sebenarnya buruk untuk kita dan boleh jadi sesuatu yang kita tak suka tu baik untuk kita..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

Ya Allah!!! Padamu kuserahkan segala-galanya..Sesungguhnya aku lakukan semua ini kerana Mu, untuk mencari RedhaMu..Kuatkanlah aku, bantukanlah aku...Redhakanlah segala kehidupanku dan amalan-amalanku...

p/s; Kita wanita KUAT!!! Ya, aku yakin...Don't be sad..Allah ma'ana right..??? :')

Sunday, December 4, 2011

Rahsia Wanita


Merebut perhatian dan cinta dari wanita pujaan adalah mimpi dari setiap lelaki tetapi bagaimana mewujudkan impian itu. Berikut adalah sebahagian rahsia wanita yang yang harus lelaki ketahui....

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja gagang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. Senjata wanita adalah airmata!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


p/s:Bukan nak ajar you all untuk pikat wanita ya..Just kongsi..Jangan salah guna maklumat ye?? (peace) ^___^

Buat Dirinya...


Aku mencintaimu kerana Allah...
Adakah namamu yang tertulis di Luf Mahfuz sana...
Ya Allah tabahkan hatiku
menghadapi ujian dan cabaran yang mendatang...

Sedang aku terfikir...
adakah hebatnya cintamu bila ku berikan hati ini..
Adakah engkau bisa memberikan cinta yang hebat seperti cintaNya?
Apa kelebihanmu jika aku ingin jatuh cinta kepadamu..
Apakah engkau bisa membahagiakanku
seperti mana DIA membahagiakanku
dengan cintanya yang sentiasa mewangi?
Adakah cukup bagimu memberiku bahagia
dengan jalan yang tidak diredhaiNya?
Ya Allah janganlah engkau pesongkan hatiku
untuk mencintai yang lain selainMu..
Hanya cintaMu yang ku damba..


Bukanlah aku membenci cinta antara kita..
tetapi aku ada matlamat lebih utama dalam menggapai cinta..
mencari cinta yang tidak ada bandingnya..
Bukanlah aku tidak ingin mencintaimu..
Bukanlah aku tidak ingin cinta darimu..
tetapi aku ingin merasai nikmat cinta hakiki..
sebelum cintaku dijaja..
Aku ingin menjadi wanita yang bahagia..
sebelum aku merasa cinta suci dari engkau di dunia..

Tidaklah aku mahu engkau kecewa..
melihat aku sudah berpunya..
Dipunya oleh Sang Pencipta..
Yang Maha Hebat cintaNYa..

Tidaklah aku mendamba engkau mencintaiku..
seperti mana cinta Muhammad kepada Khadijah..
Cinta Yusuf dan Zulaikha..
Bukan jugak cinta Shah Jehan dan Mumtaz
Di agungkan dengan Taj Mahalnya..
Tetapi aku mendamba cintamu tulus
dari hati yang inginkan redha illahi..


YA!! Aku mencintaimu kerana Allah
Kerana cinta itu tulus dari hati yang suci
mendamba yang hakiki..
Ku mengharap engkau mengerti..
Kerana diri ini sudah di miliki..

Tetapi jika engkau meredhai..
aku pasti menjadi milikmu nanti..
hingga jannah kekal mewangi..
Disirami cinta yang hakiki..
Syukran ya Habibi~


P/S: "..aku mencintaimu kerana semangat perjuangan agama yang ada padamu..Jika hilang semangat perjuangan agama padamu, maka hilanglah cintaku padamu.."

Sayangnya Rasulullah dekat kita, "Umatnya..."

Assalamuaalaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam buat kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)

Alhamdulillah, hari ni ana nak kongsi sedikit kisah yang sangat menyayat hati.. Kisah betapa kasih dan sayangnya penghulu kita Nabi Muhammad saw yg dirindui..Selawat dan salam buat baginda saw.. Semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat kelak.. Insya Allah...
Kisah ni ana ambil dari blog akhwat yg tajuknya "CINTAILAH RASULULLAH KERANA BAGINA SAW SANGAT MENYAYANGI KITA".. Mintak share ye kepada tuan punya blog... Semoga Allah meredhai ukhti.. =)

.....................................................................................................


Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w. Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendara dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”

Israfil bersuara: “Wahai orang yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibrail a.s berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibrail a.s berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.”

Baginda s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Baginda s.a.w bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibrail a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”


Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiapkali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya, “Di mana umatku?”

Jibrail a.s berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibrail a.s menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s dan Jibrail a.s menangis. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Mengapa kamu berdua menangis?”

Jibrail a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Dimana umatku?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya: “Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibrail a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi. “Di mana umat Muhammad s.a.w?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibrail a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. “

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku... Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”


Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy Allah s.w.t dan sekali lagi, baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Fatimah r.a bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat. Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!”





.......................................................................................

p/s: Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad... Allahu Akhabr..Sedihnya baca kisah pengorbanan dan kasih sayang Baginda saw.. =(
Semoga kita dapat bersama-sama baginda di akhirat kelak...Insya Allah