Wednesday, July 29, 2015

Sebarkan Salam

Assalamuaalaikum wbt. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Dah lama tinggal tetiba hari ni baru rasa nak berblogging semula. Tu pun buka tutup buka tutup laptop ni tapi tak ter'taip-taip' lagi. haha! Dulu zaman sekolah boleh la nak hadap menda ni. Bila dah keluar sekolah nak kata sibuk takde la sibuk sangat tapi sebab asyik terperap dalam bilik jadi idea tak berkembang, nak taip apapun no idea. Otak beku. Blurrr~


Ehem! Okey sebenarnya nak share about one hadis ni;-


Hak muslim pada muslim yang lain ada enam.” Lalu ada yang menanyakan, ”Apa saja keenam hal itu? Lantas beliau shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke pemakaman).” (HR. Muslim no. 2162)


Okey, nak highlight yang pertama tu dulu. "Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya,"
Sekarang ni kita susah sangat nak beri salam pada sesama Muslim yang selisih di tepi jalan ke tengah jalan ke hujung jalan ke mana-mana je lah. Bukan kata nak beri salam pada Muslim yang kita selisish di jalan, pada kawan-kawan kita sendiri pun susah.. 

"Yo! Wassup?" "Hoi!!" "Weyh nk pi mana?" "Eh, hye!" "Okey bye! Tata titi tutu.." 
Haaaa ni antara yang orang suka guna. Betul? Bukan kata orang lain je, aku sendiri pun sama. Huhu...

Sebab apa rasa susah sangat nak keluar ucapan Salam tu dari mulut kita tapi benda-benda yang aku tulis tadi pulak yang cepat keluar, antaranya lah, laju je keluar dari mulut macam telan air liur. Erk ada kaitan ke? Kadang tu otak tak sempat nak fikir berfungsi, mulut dah buka dulu "Hye!".. Mungkin? Ya! Maybe.....kot?

Aku memang respect gila la kat orang luar yang yang datang Malaysia ni. Sebab? Okey, hari tu aku pi main campus UIA kat Gombak. Asal terserempak atau berselisih je dengan foreigner mesti beri salam. [kebanyakan kulit gelap not sure datang dari negara mana sebab aku masih tak dapat nak bezakan lagi antara orang Sudan atau orang lain. Asal jumpa foreigner yang kulit gelap je aku kata from Sudan. Haha! Sorry guys].. 
Laju je diorang beri salam,.Kadang-kadang tu aku tak sempat lagi nak buka mulut atau dalam fikiran aku masih was-was nak beri salam ke tak. Hadoyy teruknya perangai..huhuhu

Yelah mungkin ada je kan orang Melayu sendiri atau tak kira lah dari bangsa mana pun yang bergelar rakyat Malaysia ni masih amalkan memberi salam..

Jadi pada hari ni aku menyeru kepada kalian semua dan diri aku sendiri jom sama-sama SEBARKAN SALAM!!! Okey tetiba macam skema pulak ayat -.-"

Insya Allah saya, ana, aku, I dan juga awak, anti, anta, kau, hang, mu, you, kita semua  jom usaha amalkan budaya BERI SALAM apabila berselisih dengan sesama Muslim. Takpe kita usaha slow-slow. Mula-mula macam kura-kura lama-lama macam arnab. Erk??

Haa!! Tapi jangan lupa muka tu senyum sikit..Jangan jumpa orang bagi salam tapi muka tu macam nak telan orang. Dan!!! dan.... dan.. kamu yang lelaki jangan nak gatal-gatal bagi salam kat anak dara orang yang comel-comel tak pasal orang cop gatal meqela. 

Ok sekian dari saya, diakhiri dengan lafaz Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. :)

*Maaf penggunaan 'AKU' di sini andai terasa kasar bahasa. :)