Assalamuaalaikum


Friday, March 25, 2016

Usrah.. Penting ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi terakhir Muhammad s.a.w. Tanpa usaha dan penat lelah baginda yang tidak pernah sedikitpun berputus asa atau merungut, belum tentu kita dapat berada dibawah cahaya petunjuk Ilahi satu-satunya agama yang hanya diterima disisi Allah s.w.t. iaitu ISLAM!

*****************************************
   "Jom petang ni ikut umi pi usrah." 
   "Malas la tak larat.." 
   "Dah jangan banyak alasan ikut ja umi tu.." Tetiba abah menyampuk.

Uhuk teringat zaman kecik-kecik dulu. Umi dan abah memang dok ikut usrah before diorang kahwin dan sampai sekarang. Aku? Sejujurnya TERPAKSA!!

Seingat aku dari aku budak hingusan sampai besar panjang umi selalu bawak aku pi usrah. Maybe masa dalam perut umi lagi? heee~

Masuk sekolah menengah, maahad, memang WAJIB la setiap pelajar ikut usrah, tak kira la hang budak asrama ke berulang ke tetap kena join selepas habis sesi belajar lepas solat zohor. Tak silap aku setiap hari Selasa or Rabu camtu. Sejujurnya jugak aku antara budak yang merungut dan komen itu ini. Tup tup masa naik form 3 or 4 camtu, tak ingat, cikgu lantik aku jadi naqibah! What the? Haha! Maybe sebab salah sorang cikgu di sekolah tu juga satu usrah dengan umi aku and she knows me...huhu

Ok takpe, nak tak nak sekolah tu dapat apa je jawatan memang kau kena terima takde alasan kau nak tolak. Yes! Allah tahu apa yang Dia atur untuk hamba-NYa. Time tu aku rasa semangat la sikit nak ikut umi pastu. Ye la giler apa tak biasa duk cakap tetiba kena lantik jadi naqibah. So dengan follow umi at least aku tahu jugak how to talk and banyak input aku dapat boleh share dengan mad'u (adik-adik usrah yang aku bawak).

Satu hari tu umi ajak aku ikut dia, memang semangat habis la aku. Dengan penuh tekad nak fokus betul-betul apa makcik tu cakap sebab nak ambil isi-isi dia tu.. hihiks~
Seingat aku hari tu la kali pertama hati aku diketuk. Aku tak tau kenapa tetiba rasa sebak padahal makcik tu cakap biasa je, takde nak main tone suara ala-ala muhasabah macam program sekolah tu. huhu~
Seriously aku tak tau kenapa tetiba macam ada orang potong bawang depan muka aku time tu. Aku rasa tu perasaan yang paling nikmat and I miss that moment. :'( 

Mula pada saat tu, aku jatuh cinta dengan USRAH.! :) Setiap minggu bagi aku wajib ada usrah, kalau takde pun cari la pape untuk isi hati. Jangan biar dia kosong. Tidak benda lain yang akan masuk.

Yep! Maybe orang akan rasa bosan tak best, naqib/naqibah cakap ape tah macam syok sendiri. Macam aku rasa mula-mula dulu. haha! So aku memang tak salahkan orang lain kalau rasa macam tu. Sebab? Mungkin diorang tak faham macam aku dulu. So we need to make them understand! :)

Serious la aku cakap, bila kita tahu pentingnya usrah, kita memang takkan tengok HOW they talk tapi kita akan cari APA diorang cakap. Sebab setiap satu perkataan yang keluar dari mulut diorang itu akan TARBIYYAH hati kita. :')

Okey, cukup sampai sini, tak perlu panjang-panjang, macam syok sendiri pulak. Haha! Doakan aku midterm Hadis Lusa. May Allah bless us and protect us from fitnah Dajjal :)