Assalamuaalaikum


Saturday, February 18, 2012

Siapa Bijak dan Siapa Bodoh??

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam untuk kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)


"Dari Shaddad ibn Aus r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah. (HR Tirmizi)"





Astaghfirullahal'azim....Mari sama-sama kita beristighfar sebentar sambil bermuhasabah amal perbuatan kita..
Adakah Allah redha segala perbuatan kita harian?? Atau Allah menolaknya?? 
Kita sering melakukannya tanpa berfikir panjang.. 
Selepas saja ana membaca hadis tersebut yang telah dipostkan oleh seorang ikhwan, baru ana sedar dimanakah kedudukan ana.? Sama ada tergolong dalam golong orang yang bijak atau orang yang bodoh itu? Na'uzubillah...

Pernah juga di post ana yang lalu ana memberitahu bahawa membuat dosa itu bukanlah satu perkara yang meng'aibkan kerana setiap orang tidak pernah lekang dari berbuat kesilapan..Tetapi yang meng'aibkan itu ialah orang yang melakukan dosa dan tidak ada keinginan bertaubat...Boleh rujuk di post ni...

Sebelum kita tidur marilah sama-sama kita menghisab balik apa yang kita lakukan hari ini.. Allah redha atau tidak? Jika ada yang mencurigakan atau perbuatan kita yang salah sama-samalah kita memohon keampunan dari Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penerima Taubat hamba-hambanya..

Nabi Adam a.s yang telah di buang oleh Allah daripada syurga kerana kesalahan yang mungkin bagi kita cuma kecil tetap juga Allah mengampunkan baginda a.s...

Kita juga sangat beruntung kerana menjadi umat terakhir Nabi Muhammad saw kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk terus bertaubat...Masa yang Allah beri tersangat panjang..Tetapi kita tidak pernah manfaatkannya..Astaghfirullah.. Cuba kita perhatikan semula umat-umat Nabi terdahulu, jika mereka melakukan kesalahan terus Allah azabkan mereka tetapi Allah sangat sayang akan kita kerana memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dahulu..Walaupun kita tetap sombong dan angkuh Allah tetap memberi peluang tersebut untuk kita..

Begitu juga dengan nafsu..Setiap orang mempunyai nafsu..Nafsu memang tidak boleh dibuang tetapi kita perlu mengawalnya..Insya Allah..

Semoga Allah memelihara diri kita sebaiknya..Di sini ana mengingatkan diri ana sendiri yang sering leka dan lalai dengan nikmat dunia dan sering melakukan kesilapan..Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ana dan sahabat sekalian sama ada yang lepas, sekarang dan yang akan datang..Insya Allah, Aminn


p/s: Jika kata-kata ana ada yang tersilap harap dapat dibetulkan..kerana Ana juga manusia yang tidak lekang dari berbuat silap.. (^_^)




Friday, February 17, 2012

Buta Mata, Terang Hati


Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Dialah wanita yang bernama ZINNIRAH!!


 


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.



p/s:sumber by Sesuci Jiwa.. MIntak share ya? Semoga Allah membalas jasa baik saudari atas perkongsian ilmu =)