Assalamuaalaikum


Friday, December 28, 2012

Bingkisan Buat Teman

Assalamuaalaikum wbt.. Sebarkanlah salam di antara kalian.. Memberi salam itu sunat dan menjawabnya itu wajib..tapi hukum boleh berubah mengikut keadaan.. Semoga kalian semua sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.. :)

Ketika sibuk menjelajah laman sosial seperti FaceBook dan Twitter aku melihat ramai teman-teman seperjuanganku ketika di sekolah Maahad sibuk meng'update' status mereka, ada juga yang sedang beramah mesra di laman sesawang itu bersama rakan-rakan mereka.. Entah la sama ada hanya rakan di alam maya atau sebaliknya.. Gembira sekali mereka.. Aku doakan semoga hidup mereka sentiasa gembira dan diredhai Allah kerana mencari redha Allah itu lebih penting dari segalanya.. Andai kita memiliki bumi dan langit ini tetapi tidak mendapat redha-Nya tetap sia-sia.

Jika mereka menghadapi berbagai ujian dalam hidup mereka aku doakan supaya mereka dapat menghadapinya dengan tabah dan ikhlas. Ya! Tidak di nafikan semua orang tidak akan lari dari masalah. Tapi bagaimana cara kita menghadapinya itu penting. Ada yang jatuh tersungkur ketika menghadapi ujian-ujian dari Allah. Ada yang berdiri megah seperti bangunan yang kukuh kerana baginya ujian itu membuatkan dirinya semakin kental. Semua orang berbeza-beza tabiatnya, jalan penyelesaian hanya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Wahai sahabatku yang di sayangi kerana Allah, hadapilah ujian yang menimpamu dengan tabah..Kerana;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286


Percayalah! Setiap ujian itu tanda bahawa Allah sayang kepada kita..;


“Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."(94:5-6)


Sahabatku yang dikasihi,

Hidup ini penuh liku-liku cabaran, hadapilah ia dengan bijaksana. Janganlah kita mudah goyang di tiup angin. Percayalah Allah sentiasa bersama dikala senang dan susah. Sentiasalah bermohon kepadanya, sungguh! Diri kita tidaklah setabah para sahabat r.anhum.. Iman mereka kuat tidak mudah goyang walau ribut yang datang.


Aku tahu selepas habisnya alam persekolahan ini, kita akan hadapi alam yang mana lebih kuat ujian dan cabarannya. Hanya iman yang dapat menjaga diri daripada tipu daya syaitan. Sebagai seorang sabahat, aku merayu kepada diri kalian terutama diri aku yang sangat hina ini, sama-samalah kita jadikan iman sebagai perisai untuk diri kita yang sangat lemah ini ketika berada di "dunia orang".. 


Jadilah orang yang punya prinsip. Tidak mudak terikut dengan budaya luar. Jadikanlah Rasulullah saw, para sahabat dan sahabiah sebagai contoh ikutan kerana itu jauh lebih baik serta memberi sejuta kebaikan di dunia bahkan di akhirat yang kekal abadi.


Kepada kaum hawa, jadilah dirimu seperti srikandi-srikandi islam di zaman Rasulullah saw dan tabi'in, begitu juga kepada kaum adam jadilah dirimu seperti pejuang-pejuang islam yang gugur syahid fi sabilillah.


Tahulah kalian bahawa aku menulis kerana ingin menegur diriku sendiri dan aku juga sedang berusaha menjadi hamba yang diredhai-Nya. Aku mengaku, ianya sangat sukar dan aku juga kerap  kali tersungkur di tengah jalan. Tapi aku yakin Allah itu sentiasa bersama membantu hamba-hambnya yang memerlukan. Dia juga tuhan yang MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG, Dia tidak akan membiarkan hambanya itu dalam keadaan binasa.. Aku bangun semula bagi menghadapi cabaran-cabaran seterusnya. Aku juga mengaku, aku bukanlah wanita yang hebat, terkadang perbuatanku tidaklah seperti apa yang di kata. Oleh itu, doa dari kalian sangat-sangat aku perlukan.


Wallahu'alam...









Istiqamah Itu Lebih Susah

Assalamuaalaikum wbt kepada semua yang begelar umat Nabi Muhammad saw.. Alhamdulillah, segala puji-pujian yang layak hanya untuk-NYA, Tuhan seluruh alam. Kita antara hamba-hamba-Nya yang sangat bertuah kerana terpilih diberi hidayah Iman dan Islam di mana hanya orang-orang tertentu sahaja memperolehinya bukan semuanya.. Kerana nikmat Iman dan Islam itu hak mutlak Allah, terserah kepada siapa Dia ingin memberinya.. Semoga kita dapat menggenggam nikmat ini yang tidak dapat ditukar dengan emas, intan, permata atau wang sekalipun sekuat-kuatnya.. Allahu Akhbar!!

"ISTIQAMAH" sesuatu yang mudah disebut tapi sukar dilakukan. Ya!! Memang benar dan tidak dinafikan sama sekali. Sesungguhnya Allah lebih suka amalan yang berterusan walaupun sedikit..

Pernah aku menangis, merayu sehingga merebah bumi supaya Allah memberi kekuatan kepadaku untuk terus beristiqamah melakukan amal-amal yang di redhai-Nya.. Aku menangis, merayu, sehingga hampir kering air mataku supaya Allah beriku kekuatan untuk meninggalkan segala larangan-Nya. Aku menangis dan terus menangis dihadapan Allah dengan terasa hinanya diri ini.

Tiap kali aku berjanji kepada-Nya untuk menjadi hamba yang di redhai-Nya, tiap kali juga aku di uji oleh-Nya.. Sungguh!! Ujian-ujian dari-Nya ingin melihat sejauh mana kesungguhan aku ingin menjadi hamba yang taat kepada-Nya..

Setelah diberi kekuatan oleh Allah dan Alhamdulillah aku dapat menunaikan janji-janjiku itu..Tapi....itu hanyalah seketika.. Ketika mana syaitan-syaitan berusaha menghasutku akhirnya aku tewas.. Aku sangat lemah untuk menghadapi ujian dari-Nya.. Allah Allah Allah.. Aku terasa diri ini tersangat hina dan malu.. Malu untuk menerima nikmat-nikmat yang Kau anugerahkan pada tiap-tiap hembusan nafasku.. Baruku sedar iman di diri ini tersangat tipis dan mudah dikalahkan oleh nafsu sewenang-wenangnya..Ya!! Aku harus berusaha tingkatkan Iman supaya menjadi lebih kukuh tidak mudah runtuh di tiup angin..

Sesungguhnya Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Dia tidak mahu melihat hamba-Nya itu membinasakan dirinya sendiri. Maka Dia cepat-cepat menyedarkan aku.. Astaghfirullah!! Cepat-cepat istighfar supaya Allah mengampunkan diri yang kotor dengan dosa ini. Pada saat itu aku rasa Allah itu begitu hampir denganku.. Dia sentiasa ada bersamaku. Kadang-kadang aku saja yang tidak menghiraukan-Nya. Seolah-olah aku berada seorang diri.. Tidak!! Tidak sama sekali. Aku tidak pernah bersendirian kerana Allah sentiasa bersamaku cuma aku saja yang lupa pada-Nya.. Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah...

Pernah juga diri ini memberontak dengan ujian-ujian di dunia ini.. Mempersoalkannya seolah-olah tidak redha dengan ketentuan-Nya.. Kenapa Allah terus membenarkanku hidup hingga kini jika hidupku ini penuh dengan maksiat kepada-Nya..? Apa gunanya Allah memberiku kaki, mata dan tangan jika nikmat itu aku gunakan untuk ingkar kepada-Nya..? Apa gunanya fitrah yang dikurniakan Allah jika fitrah itu aku guna dengan mengingkari kepada-Nya..? Apa gunanya lagi aku untuk hidup jika hidup-hidupku ini tidak di redhai-Nya..? Astaghfirullah!!!

Sesungguhnya Allah punya rahsia-Nya tersendiri.. Mengapa Dia lakukan itu dan ini.. Terus aku teringat pada kata-kataNya yang sangat agung itu dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3;
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.












Saturday, December 8, 2012

I am FREE!!

Assalamuaalaikum to all reader...Fuh! bersawang blog ni.. Lama tak cuci-cuci.. c(:
Semoga kawan-kawan semua dalam keadaan sihat wal afiat.. How our iman..??

Alhamdulillah SPM sudah pun tamat 6 December 2012 baru-baru ni..
Bersyukur ke hadrat Ilahi memudahkan sepanjang menjawab peperiksaan SPM ni.. Hope dapat result yang memuaskan.. Insya Allah.. =)

Next year ingat nak sambung STAM pula..tapi dalam hati masih ada perasaan was-was..tapi takpe tetap nak ambil STAM!! c(:

Sekarang cuti ni ramai kawan-kawan yang pergi cari kerja or ada aktiviti apa-apa..but me just duk di rumah saja.. Agak kebosanan.. Minggu depan Insya Allah nak ke Putra Jaya rumah abang di sana.. Pi berjalan sebentar.. ^_^

Apa-apa pun selamat bercuti kepada kawan-kawan semua.. Jaga kesihatan dan diri baik-baik.. =)

p/s:today ada jamuan kelas untuk tahun ni, tapi malas nak pergi..semoga dia orang bahagia.. :)

 (sekadar gambar hiasan)