Friday, December 28, 2012

Bingkisan Buat Teman

Assalamuaalaikum wbt.. Sebarkanlah salam di antara kalian.. Memberi salam itu sunat dan menjawabnya itu wajib..tapi hukum boleh berubah mengikut keadaan.. Semoga kalian semua sihat dan sentiasa dalam rahmat Allah.. :)

Ketika sibuk menjelajah laman sosial seperti FaceBook dan Twitter aku melihat ramai teman-teman seperjuanganku ketika di sekolah Maahad sibuk meng'update' status mereka, ada juga yang sedang beramah mesra di laman sesawang itu bersama rakan-rakan mereka.. Entah la sama ada hanya rakan di alam maya atau sebaliknya.. Gembira sekali mereka.. Aku doakan semoga hidup mereka sentiasa gembira dan diredhai Allah kerana mencari redha Allah itu lebih penting dari segalanya.. Andai kita memiliki bumi dan langit ini tetapi tidak mendapat redha-Nya tetap sia-sia.

Jika mereka menghadapi berbagai ujian dalam hidup mereka aku doakan supaya mereka dapat menghadapinya dengan tabah dan ikhlas. Ya! Tidak di nafikan semua orang tidak akan lari dari masalah. Tapi bagaimana cara kita menghadapinya itu penting. Ada yang jatuh tersungkur ketika menghadapi ujian-ujian dari Allah. Ada yang berdiri megah seperti bangunan yang kukuh kerana baginya ujian itu membuatkan dirinya semakin kental. Semua orang berbeza-beza tabiatnya, jalan penyelesaian hanya kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Wahai sahabatku yang di sayangi kerana Allah, hadapilah ujian yang menimpamu dengan tabah..Kerana;

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(2:286


Percayalah! Setiap ujian itu tanda bahawa Allah sayang kepada kita..;


“Karena Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."(94:5-6)


Sahabatku yang dikasihi,

Hidup ini penuh liku-liku cabaran, hadapilah ia dengan bijaksana. Janganlah kita mudah goyang di tiup angin. Percayalah Allah sentiasa bersama dikala senang dan susah. Sentiasalah bermohon kepadanya, sungguh! Diri kita tidaklah setabah para sahabat r.anhum.. Iman mereka kuat tidak mudah goyang walau ribut yang datang.


Aku tahu selepas habisnya alam persekolahan ini, kita akan hadapi alam yang mana lebih kuat ujian dan cabarannya. Hanya iman yang dapat menjaga diri daripada tipu daya syaitan. Sebagai seorang sabahat, aku merayu kepada diri kalian terutama diri aku yang sangat hina ini, sama-samalah kita jadikan iman sebagai perisai untuk diri kita yang sangat lemah ini ketika berada di "dunia orang".. 


Jadilah orang yang punya prinsip. Tidak mudak terikut dengan budaya luar. Jadikanlah Rasulullah saw, para sahabat dan sahabiah sebagai contoh ikutan kerana itu jauh lebih baik serta memberi sejuta kebaikan di dunia bahkan di akhirat yang kekal abadi.


Kepada kaum hawa, jadilah dirimu seperti srikandi-srikandi islam di zaman Rasulullah saw dan tabi'in, begitu juga kepada kaum adam jadilah dirimu seperti pejuang-pejuang islam yang gugur syahid fi sabilillah.


Tahulah kalian bahawa aku menulis kerana ingin menegur diriku sendiri dan aku juga sedang berusaha menjadi hamba yang diredhai-Nya. Aku mengaku, ianya sangat sukar dan aku juga kerap  kali tersungkur di tengah jalan. Tapi aku yakin Allah itu sentiasa bersama membantu hamba-hambnya yang memerlukan. Dia juga tuhan yang MAHA PENGAMPUN lagi PENYAYANG, Dia tidak akan membiarkan hambanya itu dalam keadaan binasa.. Aku bangun semula bagi menghadapi cabaran-cabaran seterusnya. Aku juga mengaku, aku bukanlah wanita yang hebat, terkadang perbuatanku tidaklah seperti apa yang di kata. Oleh itu, doa dari kalian sangat-sangat aku perlukan.


Wallahu'alam...









0 comments: