Assalamuaalaikum


Tuesday, May 31, 2011

Sesuci Kain Putih

Assalamuaalaikum w.b.t.. Semoga Kalian semua sihat2 saje.. :)

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak untuk Allah..
Syukur masih diberi nikmat iman dan Islam..
Semoga bersabar kepada sesiapa yg sedang menghadapi ujian2 dari Allah swt.. ^_^



Ok, ana baru je pulang dari kampung..Ada kenduri cukur rambut bayi.?
Alhamdulillah, Mak sedara tiri ana telah dikurniakan seorang anak sulung lelaki oleh yg maha esa..
Comel sangat, tapi masa ana ziarah tadi, bayi tu sedang tidur..Tak sedar langsung..Nyenyak sungguh dia tidur, biasala bayi kan..? hehee.. Sebelum terlupa, nama yg di beri "MUHAMMAD"..
Subhanallah!! Namanya sama seperti Rasulullah saw..Semoga dia dapat menteladani sifat2 Rasulullah saw.. ^^

Ketika ummi, mak sedara and makcik2 lain sedang bual2, tiba2 ana terfikir tentang bayi yg baru lahir ni.. Bak kata orang, bayi yang baru lahir ni seperti kain putih yang bersih tanpa dikotori apa2 pun.. Kamu suka ke tengok kain yg putih kosong tanpa ada apa2..? Mesti bosan kan..? So, kita kenalah corakkan di atas kain putih yg kosong tu corak2 yg menarik supaya enak di pandang..Bukan sakit dipandang ye??!! ^^
Awas!! Corak BAIK2..bukan main corak je..kalau coraknye tu tak elok, maka tak elok juga lah hasil yg dapat.. Tetapi jika dicorakkan baik2, elok2, pasti akan terhasil yg baik dan memuaskan..
Begitulah bayi yg baru lahir..Kita kena hiasi dia dengan baik. Seorang budak kecil yg belum tahu apa2 perlu didikan yg baik dan sempurna.
Contohnya sperti;
Mula2 sekali, ajar dia mengenal siapa pencipta semua makhluk di langit dan bumi..
Ajarnya mengenal siapa rasul, para anbiya'.. ect
Tanamkan iman di dalam dirinya, kerana iman itu sangatlah berharga dan penting untuk hadapi sesuatu perkara..
Ajarnya juga untuk mencontohi, meminati dan mengkagumi rasulullah, para sahabat, para syuhada dan parafussalleh.. Bukan mengajarnya untuk meminati, mengkagumi dan mencontohi kartun2 seperti naruto, doraemon, dan lain2 lagi..

Kita beri, kita dapat... So berilah yg baik2 supaya kita dapat yg terbaik.. ^_^


p/s : Sekadar perkongsian yg ada dalam fikiran..Masih belajar untuk terus menulis dan berkongsi ilmu.. Walaupun tak seberapa ilmu yg ana ada, semoga Allah meredhai..
Maaf jika perkongsian ini ada yg tersalah.. -Budak Baru Belajar-


Monday, May 30, 2011

Islam is beautifull

Assalamuaalaikum wbt kepada semua pembaca dan pelawat.. ^^

Alhamdulillah masih diberi nikmat iman dan Islam..
Semoga kalian semua sihat2 sahaja dan iman semakin bertambah.. :)

Ok, kembali kepada topik asal..Islam is beautifull!!
Islam itu sebenarnya indah..Allah mengutuskan Nabi saw untuk membawa kita mengenal Islam dan mengajar kita melakukan apa yg Allah suruh dan meninggalkan apa yg Allah larang..
Islam itu sempurna, semua tentang kehidupan kita seharian, dari kita masih dalam perut sehinggalah kita meninggal dan kembali hidup semula.. Semuanya Islam dah ajar and bagi tahu..

Nabi saw membawa Islam bukannya mudah, bukannya dgn menyampaikan kepada orang ramai, kemudian terus orang ikut..Tidak!! Nabi saw menyeru orang ramai kepada Islam dengan susah payah.. Di maki, di hina, di fitnah and macam2 orang kata kat Nabi saw.. Di mana ketika itu zaman Jahiliah yang sangat pekat..Memang sangat susah untuk orang menerima ajaran baru yang mulia itu pada zaman itu.
Para sahabat dan orang2 yang menerima Islam pada zaman itu, di seksa hidup2 dari segi mental dan fizikalnya..Tapi, walaupun mereka baru sahaja memeluk Islam, iman mereka begitu kuat, mereka tidak sedikit pun goyah terhadap seksaan2 yg mereka terima demi menegakakn kalimah "LAILAHAILLALLAH".. Mereka sanggup hadapi apa jua keadaan demi Islam..

Tapi, kenapa pada masa kini, umat Islam sendiri yg mahu meruntuhkan Islam.?
Mereka sendiri yg memalukan Islam. Mana maruah Islam yg di bela oleh para perjuang Islam.? Kenapa semuanya semakin musnah.? Maruah Islam kian jatuh..
Ayuh umat Islam, sama2 lah kita berjuang menegakkan kembali maruah Islam yg susah payahnya di tegakkan oleh syuhada' yg syahid demi Islam.

Lupakah kita akan pesan Rasulullah saw sebelum baginda wafat..Berpeganglah kepada Al Quran dan As Sunnah, maka kalian tidak akan sesat..

p/s : mahu lakukan semua itu, mmg memerlukan iman yg kuat. ana mengaku, iman ana sendiri tersangat lemah. Tapi insya Allah, ana akan berusaha perlahan-lahan untuk bersama-sama menegakkan kembali agama Islam yg kian runtuh. Ana akan cuba perbaiki iman ana sedikit2..

Maaf kalau ada kata2 ana yang tersalah..masih sedang belajar..
Semoga Allah merahmati umat Islam seluruh alam.. :)

Thursday, May 19, 2011

Hebatkan Wanita??

Assalamuaalaikum wbt..Alhamdulillah kerana diberi nikmat iman dan Islam.

Semoga kalian semua sihat2 saja..Agak lama tak update blog ni, bukan apa, sibuk memanjang..
Sibuk ke..?? Entah!! orang lain pun sibuk..Tak pandai urus masa kot.. =="
Okey, kembali ke tajuk asal.."Hebatkan Wanita..??"
Tadi di Facebook, ada seorang akhwat kongsi tentang wanita ni..Ana baca menarik juga, jadi ana mohon untuk share di blog ni..Bersyukurlah wahai wanita!! Semoga manfaat buat kita semua terutama kaum Wanita.. :)

.............................................................................................................


BETUL KE..WAHAI WANITA..???

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?