Assalamuaalaikum


Thursday, March 21, 2013

Telah Tiba Saat yang Ditunggu-tunggu!!

Assalamuaalaikum wbt..
Tiada kata-kata yang paling indah dapat dilafazkan selain memuji-muja kebesaran-Nya..
Subhanallah! Alhamdulillah! La illaha illallah! Allahu Akhbar!!

Setelah sekian lama manantikan saat yang mendebarkan bagi sesiapa saja yang menduduki Tingkatan Lima, telahpun terjawab pada tanggal 21 Mac 2013.. Akhirnya, usaha penat lelah kita terpapar pada sekeping kertas berwarna putih yang dinamakan slip SPM, di situ menunjukkan setakat mana kemampuan kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di sekolah menengah..

Alhamdulillah, result  saya walaupun tak sehebat pelajar-pelajar lain, sangat-sangat bersyukur kepada Allah, kerana sangat-sangat tak sangka. Sejujurnya, saya bukanlah pandai sangat seperti anda-anda semua, target saya untuk SPM walaupun tak dapat semua A cukuplah setakat semua kredit.. Dengan kuasa Allah Dia boleh lakukan apa saja. Alhamdulillah, bukan setakat semua kredit, malah lebih dari itu yang Dia kurniakan.. Tapi sedikit sedih subjek yang mana target A dapat B+.. Apapun redha jelah, maybe ada hikmah di sebalik tu....

Tak lupa juga kepada umi dan abah banyak berkorban untuk saya.. Terima kasih umi, abah!!! To abah, yang banyak korbankan masa tenaga tanpa penat lelah dan jemu hampir setiap hari menghantar dan mengambil saya ke sekolah yang perjalanan lebih kurang pi dan balik sejam!! Kadang-kadang tengok abah bawa kereta sambil mengantuk, balik penat, rehat pun tak cukup dek kerana urusan dunia yang terrrrrlalu banyak..! T_T

To umi, terima kasih..Tak pernah jemu mendoakan saya, siapakan segala keperluan saya ke sekolah, menyambut saya balik dari sekolah..Sentiasa mengejutkan saya bangun untuk study, memberi banyak sokongan ketika saya hampir jatuh.. :')

Cikgu-cikgu MMKM!!!! Syukran Jazillah 'alaikum!!! Tanpa jemu mengorbankan masa sendiri untuk mendidik kami dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima!! Kepada cikgu Rusni, Ustazah Latifah and Teacher Syatirah.. Saya mintak maaf sangat-sangat tak dapat memperolehi A dalam subjek kalian.. saya dah cuba semampu yang boleh, tapi itu saja yang saya dapat.. maafkan saya :'(

Sebelum tu, Tahniah kepada kawan-kawan yang telahpun menerima slip SPM..apapun keputusannya, terima denga ikhlas dan redha.. kepada adik-adik yang ambil SPM tahun ni, Good Luck!! Do the best okey! ;)

Insya Allah, setakat ni saya akan habiskan STAM, takda plan nak ke mana-mana U walaupun umi ada juga suruh masuk sana..Maaf ya umi :)

















Friday, March 8, 2013

Aku Curang!!

   Dengan nama-Mu ya Allah yang Maha Pengampun lagi Mengasihani..Ampunilah hambaMu ini yang penuh dilumuri dengan dosa.

   Malam ini lain dari malam-malam sebelum ni. Jam di skrin menunjukkan 1.45am.. Mata ini seolah-olah degil untuk lelap walaupun kepalaku sudah menjerit kesakitan menahan keletihan atas kesibukan dunia yang sementara ini. Tidak seperti sebelum ini, tepat saja jarum pendek menunjukkan angka sembilan dan jarum panjanng tepat berdiri pada angka dua belas otakku terus memberi syarat untuk merehatkan tubuh yang  lemah ini, mataku juga tidak pernah ingkar atas arahan tersebut. Tapi malam ini tidak! Dia sangat ingkar! Sama seperti ingkarnya diri ini kepada Pemilik jiwaku..

   Dengan ditemani air mata kehinaan, aku gagahkan hati ini untuk terus-terus istighfar. Menebalkan mukaku ini di hadapan-Nya untuk mengemis secebis keampunan. Aku mengaku ini bukan kali pertama aku mengemis, menangis meratap di hadapanNya persis seorang pengemis kelaparan malah lebih teruk dari itu kerana aku bukan mengemis kerana kelaparan tetapi mengemis dek kerana keangkuhanku kepadaNya. Tak terhitung kali ke berapakah aku datang mengemis keampunan dariNya.

   Aku lupa akan janji-janjiku dengan-Nya. Ya!! Janji yang telah aku lakukan bersamaNya. Apabila ditanya siapakah tuhanmu.? Aku dengan yakinnya menjawab Engkaulah (Allah) Tuhanku.

   Qolu alastu birobbikum..bala syahidna..

Tetapi setelah diberi nikmat kemewah aku seakan-akan lupa pada janji-janjiku dengan-Nya. Setiap kali di dalam solatku, aku tanpa rasa bersalah terus-terusan mengadakan janji dengan-Nya. Tapi aku khianati!! Aku bukan terlupa tetapi sengaja buat-buat lupa supaya aku boleh terus nikmati dunia ini tanpa mengingati siapa pemberinya.

   Sesungguhnya solatku, hidupku,matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam..

   Malam yang sepi ini, dimana semua manusia sedang menikmati di atas tilam empuk mereka, atau ada sahaja hamba-hambaNya yang tidak jemu-jemu mengabdikan diri kepada sang Khalid, hatiku diketuk kuat. Hampir saja pecah kilang air mataku. Mungkin itu teguran dari si Dia yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNya. Aku bersyukur kerana Dia masih mengingatiku walaupun aku telah melupakan Dia. Aku malu untuk datang kepadaNya. Malu kerana keegoaanku tempoh hari. Aku juga takut!! Takut jika malam ini aku meminta kepada-Nya dan pada hari kemudiannya aku kembali lupa kepadaNya.

   Andai diberi pilihan.Aku ingin malam ini berpanjangan. Supaya manusia-manusia lain tidak bangun memberi ujian kepadaku. Aku takut andai esok harinya aku tidak dapat menempuhi ujian-ujian tersebut. Aku takut andai esok hari aku lupa kepadaNya kerana kenikmatan duniawi yang telah dianugerahkan kepadaku.

 
   Aku rindu...Rindu pada diriku yang dahulu.. Rindu saat-saat aku bersama denganNya. Tiada yang lebih indah selain dapat membuktikan kecintaaku kepadaNya. Tapi....aku telah jatuh, rebah.Tiada siapa yang datang menghulurkan tangannya kepadaku supaya aku bangkit semula. Dia telah menguji kesetiaanku. Sejauh mana cintaku kepadaNya.. AKU TELAH CURANG!!!! Aku dikaburi dengan kenikmatan-kenikmatan yang langsung tidak memberiku ketengan! Setiap kali aku mengingati saat-saat aku bersamaNya. Aku seakan-akan fobia, takut jika aku kembali curang pada Dia..kerana....aku sudah berlaku curang beribu kali kepadaNya..bukan sekali dua..Aku sendiri tidak tahu bilakah waktunya aku akan menjadi hambaNya yang setia. 

  Walau aku tahu Dia itu Maha Pemaaf..Aku takut andai maafku ini terlambat..Tiada ruang lagi untukNya memaafkan diriku... :'(
   


    



Tuesday, March 5, 2013

Kasih Seorang Ayah

Assalamuaalaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji-pujian untuk Allah kerana diberi nikmat Iman dan Islam kepada kita semua..Semoga kita menggenggam erat dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita semua.. Insya Allah..

****************************************************

   Kringggg!!!! Loceng yang menandakan waktu rehat sudahpun tamat berbunyi.. Semua pelajar masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Hari ini datang seorang pelajar baru lelaki,dan kini bilangan pelajar di dalam kelas tingkatan 6 bertambah menjadi 26 orang. Tapi bilangan pelajar lelaki tetap tidak dapat menandingi pelajar perempuan yang hampir tiga per empat ruang kelas itu di rampas mereka.

   "Bangun semua..!!" Arahan dari ketua kelas segera dipatuhi oleh pelajar-pelajar lain apabila ustazah Amal yang mengajar matapelajaran Mustholah telahpun tiba.. Setelah selesai membaca doa kami semua memulakan pelajaran seperti biasa..

   "Fi haza yaum, nata'alam 'an adab tolibal hadis.."(Pada hari ini kita belajar tentang Adab Mempelajari Hadis)
Ustazah Amal mula bersuara.. Ketika semua sedang khusyuk belajar tiba-tiba datang seorang pak cik yang di tangannya membawa sebungkus plastik dan juga kertas sebesar saiz A4.

   "Assalamuaalaikum ustazah.. Saya datang nak mintak derma sikit. Saya dah mintak izin dari pihak sekolah. Saya ada dua orang anak, saya tak sihat, sakit tak mampu nak bekerja untuk sara mereka. Jadi nak mintak derma sikit untuk beli makanan..." Kertas ditangan diserahkan kepada ustazah sebagai bukti.

   Air mata mula bertakung.. Allahu Akhbar!! Tiba-tiba terbayang wajah abah. Bagaimana kalau yang datang itu abahku? Dalam keadaan yang terlebih umur dan uzur sanggup menebalkan muka meminta simpati dari orang ramai demi mengenyangkan perut anak. :(
 
  Di situ jelas menunjukkan pengorbanan seorang ayah. Kasih sayang yang diberikan sangat tak ternilai. Tak mampu dibalas dengan wang ringgit, intan permata, emas perak sekalipun. Seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau bapa..Tapi seorang ibu atau bapa mampu menjaga sepuluh orang anak.

   Kadang-kadang kita merungut macam-macam, ayah itu ayah ini, blablabla.. Padahal kita lupa pada jasa-jasa seorang ayah, susah payahnya dia mencari duit untuk menyara hidup kita. Tetapi kita lupa untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Kita mensia-siakan harapan kedua ibu bapa kita. Mensia-siakan usaha dan susah payah mereka kepada kita. Kita cuma tahu meminta, meminta dan terus meminta. Selagimana ayah bersama kita,hargailah dia sebaiknya. Cubalah usaha semaksimum yang boleh menjadi anak yang sejuk mata memandang.

  Sama-sama kita doakan Pak Cik tersebut supaya diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezekinya. Hari ini hari dia, mana tahu lepas ni hari kita.. Wallahu'alam...

*********************************************

[Terigat lagu ini, yang mempunyai 1001 maksud]

Satu
kasih nan abadi
Tiada tandaingi dia yg satu

Dua
sayang berpanjangan
Membawa kesyurga
Kasihnya ibu

Tiga
lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah


Empat
mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu
kuingat dahulu menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah

menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa

sayang
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dlm sengsara ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara