Tuesday, March 5, 2013

Kasih Seorang Ayah

Assalamuaalaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji-pujian untuk Allah kerana diberi nikmat Iman dan Islam kepada kita semua..Semoga kita menggenggam erat dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita semua.. Insya Allah..

****************************************************

   Kringggg!!!! Loceng yang menandakan waktu rehat sudahpun tamat berbunyi.. Semua pelajar masuk ke dalam kelas untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Hari ini datang seorang pelajar baru lelaki,dan kini bilangan pelajar di dalam kelas tingkatan 6 bertambah menjadi 26 orang. Tapi bilangan pelajar lelaki tetap tidak dapat menandingi pelajar perempuan yang hampir tiga per empat ruang kelas itu di rampas mereka.

   "Bangun semua..!!" Arahan dari ketua kelas segera dipatuhi oleh pelajar-pelajar lain apabila ustazah Amal yang mengajar matapelajaran Mustholah telahpun tiba.. Setelah selesai membaca doa kami semua memulakan pelajaran seperti biasa..

   "Fi haza yaum, nata'alam 'an adab tolibal hadis.."(Pada hari ini kita belajar tentang Adab Mempelajari Hadis)
Ustazah Amal mula bersuara.. Ketika semua sedang khusyuk belajar tiba-tiba datang seorang pak cik yang di tangannya membawa sebungkus plastik dan juga kertas sebesar saiz A4.

   "Assalamuaalaikum ustazah.. Saya datang nak mintak derma sikit. Saya dah mintak izin dari pihak sekolah. Saya ada dua orang anak, saya tak sihat, sakit tak mampu nak bekerja untuk sara mereka. Jadi nak mintak derma sikit untuk beli makanan..." Kertas ditangan diserahkan kepada ustazah sebagai bukti.

   Air mata mula bertakung.. Allahu Akhbar!! Tiba-tiba terbayang wajah abah. Bagaimana kalau yang datang itu abahku? Dalam keadaan yang terlebih umur dan uzur sanggup menebalkan muka meminta simpati dari orang ramai demi mengenyangkan perut anak. :(
 
  Di situ jelas menunjukkan pengorbanan seorang ayah. Kasih sayang yang diberikan sangat tak ternilai. Tak mampu dibalas dengan wang ringgit, intan permata, emas perak sekalipun. Seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu atau bapa..Tapi seorang ibu atau bapa mampu menjaga sepuluh orang anak.

   Kadang-kadang kita merungut macam-macam, ayah itu ayah ini, blablabla.. Padahal kita lupa pada jasa-jasa seorang ayah, susah payahnya dia mencari duit untuk menyara hidup kita. Tetapi kita lupa untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar. Kita mensia-siakan harapan kedua ibu bapa kita. Mensia-siakan usaha dan susah payah mereka kepada kita. Kita cuma tahu meminta, meminta dan terus meminta. Selagimana ayah bersama kita,hargailah dia sebaiknya. Cubalah usaha semaksimum yang boleh menjadi anak yang sejuk mata memandang.

  Sama-sama kita doakan Pak Cik tersebut supaya diberi kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezekinya. Hari ini hari dia, mana tahu lepas ni hari kita.. Wallahu'alam...

*********************************************

[Terigat lagu ini, yang mempunyai 1001 maksud]

Satu
kasih nan abadi
Tiada tandaingi dia yg satu

Dua
sayang berpanjangan
Membawa kesyurga
Kasihnya ibu

Tiga
lapar dan dahaga

Rela berpayahan setianya ayah


Empat
mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu
kuingat dahulu menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah

menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa

sayang
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia ingat itu bukan untuk selamanya
Andai kau dlm sengsara ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara










0 comments: