Friday, March 8, 2013

Aku Curang!!

   Dengan nama-Mu ya Allah yang Maha Pengampun lagi Mengasihani..Ampunilah hambaMu ini yang penuh dilumuri dengan dosa.

   Malam ini lain dari malam-malam sebelum ni. Jam di skrin menunjukkan 1.45am.. Mata ini seolah-olah degil untuk lelap walaupun kepalaku sudah menjerit kesakitan menahan keletihan atas kesibukan dunia yang sementara ini. Tidak seperti sebelum ini, tepat saja jarum pendek menunjukkan angka sembilan dan jarum panjanng tepat berdiri pada angka dua belas otakku terus memberi syarat untuk merehatkan tubuh yang  lemah ini, mataku juga tidak pernah ingkar atas arahan tersebut. Tapi malam ini tidak! Dia sangat ingkar! Sama seperti ingkarnya diri ini kepada Pemilik jiwaku..

   Dengan ditemani air mata kehinaan, aku gagahkan hati ini untuk terus-terus istighfar. Menebalkan mukaku ini di hadapan-Nya untuk mengemis secebis keampunan. Aku mengaku ini bukan kali pertama aku mengemis, menangis meratap di hadapanNya persis seorang pengemis kelaparan malah lebih teruk dari itu kerana aku bukan mengemis kerana kelaparan tetapi mengemis dek kerana keangkuhanku kepadaNya. Tak terhitung kali ke berapakah aku datang mengemis keampunan dariNya.

   Aku lupa akan janji-janjiku dengan-Nya. Ya!! Janji yang telah aku lakukan bersamaNya. Apabila ditanya siapakah tuhanmu.? Aku dengan yakinnya menjawab Engkaulah (Allah) Tuhanku.

   Qolu alastu birobbikum..bala syahidna..

Tetapi setelah diberi nikmat kemewah aku seakan-akan lupa pada janji-janjiku dengan-Nya. Setiap kali di dalam solatku, aku tanpa rasa bersalah terus-terusan mengadakan janji dengan-Nya. Tapi aku khianati!! Aku bukan terlupa tetapi sengaja buat-buat lupa supaya aku boleh terus nikmati dunia ini tanpa mengingati siapa pemberinya.

   Sesungguhnya solatku, hidupku,matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan sekalian alam..

   Malam yang sepi ini, dimana semua manusia sedang menikmati di atas tilam empuk mereka, atau ada sahaja hamba-hambaNya yang tidak jemu-jemu mengabdikan diri kepada sang Khalid, hatiku diketuk kuat. Hampir saja pecah kilang air mataku. Mungkin itu teguran dari si Dia yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNya. Aku bersyukur kerana Dia masih mengingatiku walaupun aku telah melupakan Dia. Aku malu untuk datang kepadaNya. Malu kerana keegoaanku tempoh hari. Aku juga takut!! Takut jika malam ini aku meminta kepada-Nya dan pada hari kemudiannya aku kembali lupa kepadaNya.

   Andai diberi pilihan.Aku ingin malam ini berpanjangan. Supaya manusia-manusia lain tidak bangun memberi ujian kepadaku. Aku takut andai esok harinya aku tidak dapat menempuhi ujian-ujian tersebut. Aku takut andai esok hari aku lupa kepadaNya kerana kenikmatan duniawi yang telah dianugerahkan kepadaku.

 
   Aku rindu...Rindu pada diriku yang dahulu.. Rindu saat-saat aku bersama denganNya. Tiada yang lebih indah selain dapat membuktikan kecintaaku kepadaNya. Tapi....aku telah jatuh, rebah.Tiada siapa yang datang menghulurkan tangannya kepadaku supaya aku bangkit semula. Dia telah menguji kesetiaanku. Sejauh mana cintaku kepadaNya.. AKU TELAH CURANG!!!! Aku dikaburi dengan kenikmatan-kenikmatan yang langsung tidak memberiku ketengan! Setiap kali aku mengingati saat-saat aku bersamaNya. Aku seakan-akan fobia, takut jika aku kembali curang pada Dia..kerana....aku sudah berlaku curang beribu kali kepadaNya..bukan sekali dua..Aku sendiri tidak tahu bilakah waktunya aku akan menjadi hambaNya yang setia. 

  Walau aku tahu Dia itu Maha Pemaaf..Aku takut andai maafku ini terlambat..Tiada ruang lagi untukNya memaafkan diriku... :'(
   


    



2 comments:

fyumie said...

masih belum terlambat, aisyah sayang :)

tiada istilah 'terlambat' bgi seorang mu'min yg meminta ampun padaNya, kcuali mati dan qiamat tiba.

teruskanlah memohon, klu xpuas ckap dgn Dia, fahamkan diri, tadabbur sendiri.. apa yg Dia dah kata pada kita..(Quran) ya? :')

jgn rasa diri hina sgt, tpi jiwailah kita ada Allah yg Maha Mulia. menangislah, ada Allah yg tetap akn setia mdgr, menguji kita! <3

Nuraisyah said...

fyumie...insyaAllah..syukran :')