Assalamuaalaikum


Wednesday, December 29, 2010

Cinta: Antara Fitrah dan Fitnah (7)

Cinta: Antara Fitrah dan Fitnah (6)

Cinta: Antara Fitrah dan Fitnah (5)

Cinta: Antara Fitrah dan Fitnah (4)

Cinta: Antara Fitrah dan Fitnah (3)

Cinta: Antara Fitrah dan Fitnah (2)

Friday, December 24, 2010

Cinta: Antara Fitrah dan Fitnah (1)

Tuesday, December 21, 2010

See U Di IPT

IN-TEAM - KU SERAH CINTA (MV) NASYID

Thursday, December 16, 2010

Rahsia Freemason 01

Rahsia Freemason 02

Rahsia Freemason 03

Rahsia Freemason 04

Rahsia Freemason 05

Rahsia Freemason 06

Rahsia Freemason 07

Thursday, December 9, 2010


Assalamuaalaikum w.b.t..Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi....^^

Hari ni ana ada sedikit artikel yg ana baca di Bulettins my space ana untuk di kongsikan bersama..
Selain itu, untuk mengingati diri ana yg jahil ini...

...........................................................................................................

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai
Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup
aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya
memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.




Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah
hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk
paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu
menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat.
Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah
'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib
membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup
bahagian dada mereka.


02.Ada pakai
tudung, tapi pakai
T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa
lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya
mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt
singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok
atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.


03.Ada pakai
tudung, tapi pakai jeans
teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk
bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?


04.Ada yang pakai
tudung, tapi pakai
kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak'
pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah
kadang-kadang paha pun tersembul.


05.Ada yang pakai
tudung, tapi pakai kain
singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah?
Pakailah stokin!!!!!!!


06.Ramai perempuan
pakai tudung, tapi
bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah
menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.


07.Ada perempuan
bertudung, 'merendek'
pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat
beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.


08.Ramai perempuan
suka pakai kasut
bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang,
tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul
bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan
tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja
naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan
perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki
terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula
jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik
syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan
wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis.
Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti
khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah
nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung.
Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita
bertudung tetapi tidak
menutup bahagian sensitif.


Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya
darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh
buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak
ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka
berbogel... Sape yang cakap tu?

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu
selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak
Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam...

Monday, December 6, 2010

Buat Renungan Semua.....

Kadangkala tindakan kecil kita boleh mengubah kehidupan seseorang….
Assalamualaikum semua..
Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang menarik perhatian saya. Kisah ini adalah sebuah kisah dimana tindakan yang kita anggap “kecil” sebenarnya amat bermakna untuk seseorang..
Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain .
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkataAyah! Saya dah bersedia
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah
Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat
Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpanya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
Kata pengarang: saya benarkan anda semua “copy” dan “paste”kan risalah ini untuk disebarkan kepada umum..semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung..