Friday, September 24, 2010

Bingkasan Buat Putera & Puteri Islam...



dunia kini dalam kegelapan
jahiliyah mencengkam di mana-mana
banyak jiwa kekosongan
ketandusan iman

sistem Allah manusia ketepikan
sistem ciptaan sendiri
manusia mengagungkannya
( beginikah sifat hamba terhadap Penciptanya )

manusia tunduk kepada thagut
memperendahkan martabat insaniah
yang asalnya mulia
( sudah lupakah ia, siapa sebenar Ilahnya )

haruskah kita berputus asa
dengan realiti yang ada
sedangkan Rasulullah telah menunjukkan
penyelesaian yang sebaik-baiknya
( sesungguhnya dunia amat mengharapkan sebuah cahaya )

bangkitlah wahai putera dan puteri Islam
putera-puteri aqidah
mekarkan cita-cita
bukan membungakan impian semata-mata
segera ayunkan langkah
berjihadlah, pohon kekuatan dari Allah
kejutkan mereka dari lena dan mimpi nan panjang
tanda kita menyakini masa depan
yang gemilang buat Islam



ingatlah wahai putera dan puteri Islam
kita tidak dibentangkan permaidani merah
yang penuh taburan bunga-bunga
di Jalan Da'wah ini
tetapi kita perlu merentasi onak dan ranjau
yang kadangkala tidak terperi sakitnya
di jalan yang panjang ini
teruskan jua sehingga kita bertemu Allah

dari suara hati :
ibn m.k
170886
10:10 mlm

Read more: http://www.myspace.com/kiewhite/blog#ixzz10WIhXF8Y

Cantiknya Kerana Iman dan Taqwa




Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,


Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...


Read more: http://www.myspace.com/kiewhite/blog#ixzz10WI7n9s0

Siapakah Dia....???





Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah


Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah


Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya



Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa


Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari


Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti


Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga


Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Thursday, September 23, 2010

10 Tanda Kiamat

Sepuluh tanda-tanda kiamat yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah tanda-tanda kiamat yang besar yang akan terjadi di atas hampir tibanya hari kiamat. Sepuluh tanda itu ialah:


(1) Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang sepertiselsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan memasuki segalarongga badan orang-orang kafir lalu mereka jadi menggelembung kemudian asap itu keluar semula dari badan mereka.

(2) Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

(3) Binatang besar yang keluar berhampiran bukit Shafa di Makkah yang akanbercakap bahawa manusia sudah tidak mahu beriman lagi kepada ALLAH s.w.t.

(4) Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu ALLAH s.w.t. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

(5) Turunnya Nabi Isa a.s. ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung Pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleh orang-orang Kristian dan beliau juga akan membunuh Dajjal.

(6) Keluar bangsa Ya’juj dam Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan muka bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnian bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

(7) Gempa bumi di Timur

(8) Gempa bumi di Barat.

(9) Gempa bumi di Semenanjung Arab .

(10) Api yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Masyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.


(http://www.darulnuman.com/mkisah/kisah008.html)