Assalamuaalaikum


Friday, April 8, 2011

Tetapkan Pendirian Kita

Assalamuaalaikum wbt..
Agak lama rasanya tak update blog ni..
Alhamdulillah kerana di panjangkan usia hingga ke hari ini, serta diberi nikmat iman dan islam..
Semoga kita semua dalam keredhaan-Nya..

Tiba-tiba teringat tazkirah yang di sampaikan oleh seorang ustaz (tak ingat pula nama dia, lupa nak catat) time pergi Ijtima' 25/3/11 yg lepas di Tikam Batu...
Alhamdulillah, sempat la catat sikit kata2 beliau..

Pada mukadimahnya, ustaz tu bercakap soal mati..
Kita sedia atau tidak, kita tetap akan menemui Allah.
Kita tak tahu bila kita akan mati, di mana kita akan mati. Tapi tu bukan persoalannya. Persoalannya ialah, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi mati ? Adakah kita sudah bersedia menemui Allah, bersedia menjawab persoalan2 malaikat di kubur ?
Kebanyakan orang sering fikir, orang tua2 lah yang akan dulu menemui Allah sedangkan di usia muda sibuk dengan hal lain, sibuk dengan dunia.. Bila ditanya pada remaja2, orang2 muda. Kenapa suka enjoy2 ? kenapa tak solat berjemaah di masjid ? kenapa tidak menutup aurat ?
Kebanyakannya jawapan mereka sangat menyedihkan..
"ala...waktu sekarang la nak enjoy..hidup untuk enjoy..tua nanti mana boleh ejoy..tua nanti bertaubat la.."
huh!!?? macam2 jawapannya...tapi....bukan semua ya!!

Ok, ni baru nak kongsikan tajuk tersebut, yg tadi tu mukadimah baru.
Tajuknya, "Tetapkan Pendirian Kita"..
Orang Islam ni seperti Pohon Kurma. Akar pohon kurma itu seperti akidah yang kuat. Umbuk seperti hati, putih suci dan lembut. Daunnya seperti Istiqamah. Dari pucuk sampai akar semua ada gunanya. Begitu juga dengan Umat Islam, yg sentiasa berguna untuk semua orang.
Kita ialah sebaik umat. Kita juga perlulah menjadi sebagai contoh buat agama2 lain. Bagaimana mahu jadi contoh buat agama2 lain jika diri kita belum sempurna ? Memang manusia itu tidak sempurna, tapi biarlah ketidak sempurnaan itu tidak dilihat oleh orang. Maka itu, kita perbaikilah perlahan-lahan.
Jalan ke neraka itu di pagari dengan syahwat (keseronokan) manakala jalan ke syurga itu pula di pagari dengan duri2. Jadi, jika kita mahu ke syurga, kita harus tempuh pelbagai ujian. Kita perlu iman yg kuat untuk mengawal nafsu dan hasutan2 yg lain. Manakala jalan untuk menuju ke neraka itu sangat mudah. Buat lah apapun yg kita suka tanpa ada batasnya.
Nafsu dan syaitan itu berbeza. Nafsu dia akan suruh kita buat benda yg sama berulang kali..Tetapi syaitan dia akan suruh kita buat benda yg baru. Jadi berhati-hatilah.
Ingat kata2 Ustaz Zahazan, "Nafsu tak boleh buang tetapi perlu dikawal" :)

Jika kita lihat, orang yg dapat hidayah Allah ni, kemudian di tinggalkannya, lebih susah untuk kita mengajaknya semula kepada Allah berbanding orang yg belum pernah mendapat hidayah Allah swt. Contohnya, if kita pergi ziarah dia, bawa buah-buahan ke, apa2 ke, dia mesti cakap dalam hati dia..
"ala..ni bawak buah2 ni, nak ajak pergi usrah la ni.. ni nak ajak aku pergi program agama la ni.."
heheee ^__^
maybe ada org cakap macam 2...itulah bezanya orang yg pernah ke usrah, ceramah2 or program2 agama or apa2 je berkaitan dengan agama ni.. :)

Tidak lupa juga, menceritakan sirah2 Islam pd zaman dahulu. Zaman ketika Rasulullah saw masih ada dan selepas ketiadaan baginda, zaman sahabat2 baginda, para fusolleh dan sebagainya..Kita dapat perhatikan bagaimana kehidupan mereka berbanding dengan kita sekarang. Kita juga dapat melihat betapa kuatnya iman mereka. Betapa takutnya mereka kepada yg Esa. Tapi kita...???? wallahu'alam.. Iman kita seperti air pasang surut, sekejap naik, sekejap turun, tak seperti mereka sentiasa meningkat dan terus meningkat. Tetapi Allah itu maha pengampun dan pengasih. Bak kata orang, selagi mana nyawa belum sampai di kerongkong, selagi itulah pintu taubat masih terbuka untuk kita.

Antara perkara-perkara yg menghalang untuk kita terus berdakwah @ berusaha melakukan kerja2 agama :-

1. Kerana dosa yg kita lakukan..

membuat dosa bukanlah sesuatu yg mengaibkan kerana menusia itu tidak pernah lekang dr membuat kesalahan. Tetapi yg mengaibkan ialah apabila kita buat dosa tanpa meminta keampunan dr Allah swt.

2. Lemah hubungan dengan Allah swt.

3. Cintakan pada dunia.

4. Benci @ takut pada kematian.

5. Fitnah anak, suami, isteri, saudara mara or kawan2...


.......................................................................................................


Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah Kami
Seorang yang cukup kuat mengetahui kelemahan diri kami
Berani menghadapi kala kami takut
yang bangga dan tidak tunduk dalam kekalahan yang tulus
serta rendah hati dan penyantun dalam kemenangan

Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami
Seseorang yang tahu akan adanya Engkau
dan mengenal diri kami sebagai dasar segala pengetahuan

Ya Allah, ya Rabbi, bimbinglah kami
Bukan dijalan yang senang dan mudah
tetapi dijalan penuh desakan, tantangan dan kesukaran
Ajarilah kami, agar kami sanggup berdiri teguh ditengah badai
dan belajar mengasihi mereka yang tidak berhasil

Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami
Seseorang yang berhati suci, bercita-cita luhur
sanggup memerintah diri kami sebelum memimpin orang lain
mengejar masa depan tanpa melupakan masa lalu

Ya Allah, ya Rabbi
Rahmatilah kami dengan rasa humor
sehingga serius tak berlebihan
berilah kerendahan hati, kesederhanaan dan kesabaran

Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami
Seseorang yang beriman dan bertaqwa
dijalan yang lurus dan Engkau ridhoi
Hingga kami tidak tersesat dijalan yang Engkau murkai


Ini semua Ya Allah
dari kekuatan dan keagungan Asma-Mu
jika sudah demikian ya Allah
beranilah kami berkata
" Tak sia-sia Aku hidup sebagai hamba-Mu "