Thursday, December 9, 2010


Assalamuaalaikum w.b.t..Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi....^^

Hari ni ana ada sedikit artikel yg ana baca di Bulettins my space ana untuk di kongsikan bersama..
Selain itu, untuk mengingati diri ana yg jahil ini...

...........................................................................................................

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai
Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup
aurat.

Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya
memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.




Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah
hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk
paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu
menarik pandangan setiap mata di sekitarmu..

01.Ada yang pakai tudung singkat.
Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah
'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib
membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup
bahagian dada mereka.


02.Ada pakai
tudung, tapi pakai
T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa
lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya
mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt
singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok
atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.


03.Ada pakai
tudung, tapi pakai jeans
teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk
bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?


04.Ada yang pakai
tudung, tapi pakai
kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak'
pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah
kadang-kadang paha pun tersembul.


05.Ada yang pakai
tudung, tapi pakai kain
singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah?
Pakailah stokin!!!!!!!


06.Ramai perempuan
pakai tudung, tapi
bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah
menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.


07.Ada perempuan
bertudung, 'merendek'
pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat
beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.


08.Ramai perempuan
suka pakai kasut
bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang,
tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul
bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan
tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja
naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan
perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki
terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula
jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik
syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan
wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis.
Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti
khatib Jumaat itu.

Pandai-pandailah
nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke?

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung.
Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita
bertudung tetapi tidak
menutup bahagian sensitif.


Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya
darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh
buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak
ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka
berbogel... Sape yang cakap tu?

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu
selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak
Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam...

0 comments: