Tuesday, October 13, 2015

Salam Maal Hijrah..!

Assalamuaalaikum wbt...
Finally, baru rasa rajin nak update blog. Sebelum ni selalu buka tapi sign in je blog terus rasa malas. haha! okey siapa je peduli kan? *hambar~

Yeah, Alhamdulillah, aku kau kita semua sudahpun masuk ke tahun baru. Salam Maal Hijrah 1437 hijrah semua! Thanks Allah, thanks the Prophet Muhammad s.a.w. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.. :)

Okey, banyak-banyak tahun aku rasa tahun ni memang lain sangat-sangat. Sebab?

Pertama, aku tak pernah rasa se'excited' macam ni bila nak masuk tahun baru. Ni kali pertama aku rasa nak sambut tahun baru macam nak sambut hari raya. Yelah, macam mana kita semua beriya nak sambut Tahun Baru masihi macam tu lah aku rasa sekarang ni. Tadi nak pergi masjid ada kuliyah Tahun Baru Hijrah by Ustaz Zamri pun aku rasa macam nak pi solat Taraweh. haha! *Seriusly over.

Kedua, ni jugak kali pertama aku sambut tahun baru Hijrah di UIA. Sebelum ni selalu di rumah dengan umi, abah, family baca doa akhir tahun dan awal tahun sama-sama. Dan...dan...orang pertama aku ucap ialah abah! Call abah, mula-mula agak cuak yelah tak pernah-pernah macam ni, tetiba call cakap "Abah selamat tahun baru, Dibah mintak maaf, doakan Dibah mudah belajar bla3..." hiks
Dah try call umi banyak kali tapi asyik voice mail je. Sedih. Uwaaaa!!! Sebab umi kat kampung duk jaga tokwan masuk wad. Semoga Allah permudahkan semua. :')

Okey, takde la apa yang best sangat. Aku sorang je ter'over' excited. Padahal takde apapun.

Baiklah, daripada aku buang masa buka benda ni, alang-alang dah on ni kan beter share la sikit something yang berfaedah. Entah la faedah ke tak, tapi faedah la jugak. Okey ayat entah pape.

Ha! Semalam ada pi Kuliyyah Tazkiyatun Nafs di Kuliyah Engineering by Bro Norazman. Memang best kot namapun Tazkiyatun Nafs kan. Penyucian Diri lebih kurang gitu lah, Tapi lebih kepada hati. So, siapa-siapa di sini budak UIA boleh la join lepas ni setiap Isnin pukul 9 malam. Cewah promote jap. haha!

Dalam banyak-banyak dia cakap ada satu jelah aku nak share and sangat menyentuh hati ni. sob sob..! Hati kita ni betul-betul ke dah sembah Allah? dan...kita ni betul-betul hamba Allah ke hamba siapa? Benda yang paling kita takut kita tak rasa diri kita ni dahpun futur, Kita rasa aku dah okey, amalan banyak, usrah banyak sangat dah pergi, tak pernah miss. Padahal hakikatnya kita dah futur.. Allahu!! T.T

Haaa... nanti share lain pasal KTN tu dah lewat ngantuk. Huhu~ Seriusly KTN memang best. Betul-betul menyucikan hati yang busuk berkulat berkarat ni. uhuk!

Eh before tu.. Kadang-kadang kita buat dosa kita tak rasa apa-apa sebab..hati kita ni bercampur dengan karat-karat jahiliyyah. The end~ Night guys. Salam 'alailk! :)

0 comments: