Friday, June 24, 2011

Wanita sekarang..??

Assalamuaalaikum wbt..
Semoga para pembaca sentiasa dalam keadaan sihat. Kepada yg kurang sihat tu, semoga sentiasa bersabar dengan ujian yg Allah beri.. :)
Alhamdulillah, kesyukuran yg tidak terhingga kepada Robb kerana dikurniakan nikmat Iman dan Islam.. ^^,


Baiklah, tadi ana pergi ke Super Market Giant bersama abah beli-beli barang sikit dan hadiah buat sahabat yg sudah 4 tahun bersamanya, Alhamdulillah. Time nak bayar barang-barang yang kami beli tu, tiba-tiba abah terpandang seorang perempuan yg memakai tudung tetapi kain di anggota2 lain SANGAT tidak cukup!! Kalian fahamkan maksudnya..? huhuuu

(Sekadar gambar hiasan)








Rasa sedih bila lihat umat Islam sendiri seperti ini? Adakah agama yg ajar kita seperti ini? TIDAK sama sekali!! Agama Islam itu sangat indah, sempurna. Dalam al-Quran, Allah sendiri menjelaskan tentang aurat wanita. Ingatlah!! Aurat itu bukan cuma rambut tetapi seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan).



Sedih juga rasanya kerana wanita-wanita sekarang yangg memakai tudung kebanyakannya hanyalah untuk berfesyen, bukan kerana ingin memenuhi perintah Ilahi. Pakai tudung itu hendaklah melabuhkannya sehingga ke paras dada. Tapi sekarang kebanyakannya pakai tudung baju ketat, seluar ketat, lengan pendek, tudung terlalu pendek just menutup rambut,? Astaghfirullah..



Iman terlalu lemah sehingga tidak dapat menegur kesalahan-kesalahan yang semakin berleluasa. Apa yang boleh lakukan cuma lihat, diam dan merungut di belakang tanpa membuat apa-apa.



Kembali kepada abah tadi. Waktu dalam kereta ontheway nak balik rumah abah bersuara. "Lain kali pergi tegur ja terus orang macam tu. Bagitahu kakak tu, lebih baik tak payah pakai tudung kalau berpakaian macam tu, nak tutup apa pun kita tak tahu.." Ana cuma diam dan tersenyum. Kali ni abah menyoal pula, "apa yg perlu kita buat, keadaan sekrang sudah semakin teruk. Kalau agama lain tak pakai apapun kita tak kisah kerana mereka memang tak ada dosa pahala, agama mereka pun tak da ajar macam tu. Tapi yg hairan dan geramnya umat Islam sendiri, agama yg bersistem. " Tiba-tiba ana terfikir kisah Imam Hassan Al Banna.



Di mana ketika dia mahu menegur kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh umat Islam di zaman dan kawasannya ketika umurnya belasan tahun. Dia menegur dengan mengedarkan risalah-risalah kepada orang ramai dengan menggunakan nama samarannya.



Abah pun ada cakap, lain kali bagi je risalah tentang etika pakaian menurut Islam kepada wanita-wanita sekarang yang berpakaian tak cukup kain. Jangan cakap apa-apa, just bagi suruh mereka baca..



Hurmm..bila difikir-fikirkan ok jugakkan..?? Tapi nak buat macam tu la kena mujahdah sikit. Haih!! lemah betul iman ni. Kalau asyik macam ni terus, sampai bila nak nampak perubahan dari semua ni.? ye tak..?


Eh!! kenapa cakap pasal perempuan sorang tu je ya? memang perempuan2 lain pakaian mereka semua sudah lengkap dengan apa yg Islam suruh..?? Sebenarnya tidak. Memang ramai lagi perempuan-perempuan sedemikian situ, cumanya perhatian kami tertumpu pada perempuan tersebut kerana pakaian dia agak keterlaluan.. =="

Wallahu'alam

p/s : Sekadar perkongsian yg tersirat di hati..maaf if ada kata-kata ana yg agak kasar, keterlaluan or salah.. Budak baru belajar dan ingin sangat hidup dalam keadaan yg bersistemkan Islam sepenuhnya.. ^^,"

0 comments: