Thursday, June 16, 2011

ProCAST 2011

Assalamuaalaikum wbt..

Alhamdulillah, sudah masuk minggu ke-2 persekolahan selepas cuti penggal, 2 minggu hari 2..
Result exam pun sudah keluar..Semoga result kawan2 semua bagus2.. :)

Cuti hari 2 mesti ramai yang habiskan masa dengan pergi jalan, ulangkaji pelajaran, balik kampung, qado tidur,and what else..?? hehee...Tak kisah la buat apa pun, yang penting jangan habiskan masa dengan sia-sia..

Okeyh, disini ana nak kongsi masa ana waktu cuti hari 2..Cuti hari 2, ana dan sahabat sekolah ana Ain & Atirah sama2 pergi ke kem ProCAST2011 di Merbok..apa tah nama tempat tu? tak ingat la..huhu
kem tu mula dari 6-8 Jun 2011, 3hari 2malam je..Just untuk form 4..form2 lain pergi kem Kahfi, tempatnya pun dekat dgn kem ProCAST nie..Tema Kem nie, "Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji".
Peserta dia tak ramai pun, terhad 60 orang tapi cuma 28 orang je yang datang. 10 lelaki dan 18 perempuan. Dari sini, terbahagi kepada 5 kumpulan. 2 kumpulan lelaki dan 3 kumnpulan perempuan. Ana jadi ketua kumpulan Fatimah Azzahrah.Atirah jadi ketua kumpulan Summayah.Atirah dan Ain satu kumpulan, ana sesorang kumpulan lain..Sedeyh :'( tp still boleh jumpa..tidur tetap satu khemah.. :)
Kumpulan yang menang bg tempat pertama ialah kumpulan Summayah, ke-2 Salahuddin Al-Ayubi (tak silap), ke-3 Zinirah, ke-4 Fatimah Azzahrah (sedeh jew), dan ke-5 kumpulan Al-Fateh..
Sikit kan pesertanya.? tapi sikit ni la yang seronok sangat!! Dapat merapatkan lagi ukhwah, sekurang-kurangnya takda la kawan dengan kumpulan kita je, dapat kawan dengan semua kumpulan. Walaupun cuma 3 hari berada di kem tersebut, hubungan kami 18 orang ni rapat sangat. Macam 3 tahun berkawan..yaka? heee~

Di kem tersebut bermacam-macam manfaat ana dapat..Antaranya dapat kenal siapa diri kita sebenar melalui ujian Psikologi. Tak sangka yg Sosial ana paling tinggi. Betul ke ana ni seorang yg bersosial.? eh! jangan salah faham ya! Sosial ni bermakna senang dan suka berdamping dengan orang ramai. Tapi kena hati-hati juga, jangan senang berdamping dengan kaum adam sudah la..huhu =,=''
Lagi..hurm...dengan ujian nie juga, kita boleh tahu kerja apa yang sesuai dengan diri kita.. Selain tu, boleh tahu cara-cara yang betul untuk buat study group.. Study Group nie sesuai 3 or 5 org je, tak boleh banyak2 sangat.. faham-faham je la kenapa, nanti bukan study pelajaran, tp study mulut je lebeh :) tapi study group ni kena nombor2 ganjil macam 3 or 5 tu lah..Abang2 fesi dan kakak2 fesi banyak cerita keadaan di IPT yang perlu kita buat persediaan dari sekarang kerana banyak ujian yang akan diharungi disana nanti..Cara-cara menggunakan otak kiri dan juga otak kanan, kemahiran berfikir dan banyak lagi lah pengajaran yg ana dapat di sana, paling penting cara merapatkan ukhwah.. tu paling best.. ^^

Yang bulan Jun ni sesi pertama. Nanti cuti bulan December ada lagi sambungannya sesi yang ke dua. Tak sabar2 nak pergi rasanya. Harap Allah izinkan.. :)
Betapa seronoknya kem nie, kawan2 di sekolah tak habis2 bercerita tentang kem nie di kelas..Entah bila mahu stop cerita nie..hehee~

Apapun semoga sahabat2 di ProCAST sentiasa sihat dan sentiasa dalam mardhatilLah.. :)


(gambar kaum adam di kem bersama abang2 fesi dan pakcik2 urus setia)


(gambar kaum hawa bersama kak2 fesi)



p/s:Sebagai perkongsian dan kenang-kenangan :)

0 comments: