Sunday, April 3, 2016

Thanks Allah T_T

Assalamuaalaikum wbt.....Salam Subuh guys! ;)

Uhuk! Rasa macam bahagia giler semalam dapat tengok Habib Ali Zainal Abidin depan-depan. kiki. Thanks Syikin sebab ajak I pegi majlis ta'lim habib dekat masjid UIA. heee~

Dua orang ustaz yang nakkkkkk sangat aku jumpa depan-depan. Habib Ali Zainal Abidin dengan Ustaz Ebit Lew. Memang terharu habis dapat tengok face to face. haha! Habib Ali sebelum ni duk tengok kat TV je, siaran apatah petang-petang tu sebab aku tak follow sangat kadang-kadang terbuka je ada duduk tengok sebab aku ni bukan jenis yang suka tengok TV. Selalu tengok video Habib Ali dalam youtube je yang Darul Murtadza tu. hihi. Dulu masa kat CFS IIUM teringin jugak nak pegi dengar tapi sebab dia buat malam and aku perempuan takde laki yang boleh temankan. Lol! So youtube pun jadi lah. Dannnnnnnnn malam semalam Alhamdulillah Allah atur aku dapat pergi pengajian Habib pasal Tafsir Quran dan Kitab Safinah an-Najah. Tafsir Quran tu aku tak pasti Habib baca surah apa ayat berapa sebabnya aku sampai masjid lewat dan majlis dahpun start. huhu~

Okey, sebab apa banyak-banyak ustaz, dua orang ni yang aku teringinnnn sangat nak jumpa. Sebabnya....cara penyampaian diorang lembut sangat. Walaupun cara penyampaian diorang lembut dan suara agak slow takde nak jerkah-jerkah what so ever dia tetap menusuk ke hati dan aku rasa macam penyampain dan teguran diorang tu betul-betul dari hati sebab orang cakap selalu dari hati ni akan sampai ke hati. cewah! mandai je aku kan..haha! Bukan nak kata ustaz-ustaz lain tak cakap dari hati, ye lah siapa laaa aku ni pandai-pandai nak baca hati orang. Tapi, feeling dia tu lain je bila dengar, jadi macam cepat tersentuh hati aku yang keras bagai kulit kerang ni. Erkk.?

Seriosly aku tak suka jenis sentap-sentap ni. Tarbiyyah Sentap or pape je la something like that. Ok, aku mengaku, dulu aku pun suka menyentap orang tambah-tambah update status dalam FB, perghhhh bukan main berapi and memang best habis menyentap sana-sini. Tapiiii!!! Bila aku start join satu consultant Islam ni pegi sana sini masuk dalam masyarakat, bergaul dengan orang jenis itu ini, baru aku tahu how they feel. huhu. Dan pendapat aku sangat tak sesuai untuk guna sentap-sentap ni. Memang bila kita masuk dengan diorang, kita sendiri akan rasa BERDOSANYA aku, buka diorang. Why? Sebab kita hanya pandai pongpang sana pongpang sini tapi apa usaha kita? Takat di maya boleh la type itu ini cuba hadapi sendiri depan-depan. Kita sendiri akan tahu kita ni kuat atau lemah. Pernah tak kita cuba untuk ambil tahu pasal diorang, kenapa diorang maca tu sebelum kita nak hentam diorang, hentap hati diorang *kononnya la. Kadang bila bersama diorang aku sendiri yang rasa nak nangis. Nak nangis sebab..Ya Allah! Teruknya aku, lemahnya aku sebab tak mampu nak buat pape, aku rasa aku je bagus aku je cuba taat pada Kau tapi aku biar orang lain ingkar pada Kau. Kononya sayang Nabi, nak teruskan perjuangan Nabi s.a.w tapi takdepun yang aku buat untuk menerusakan dakwah baginda s.a.w.  Nabi Muhammad s.a.w dulu dakwah ajak orang kenal Allah, taat pada Allah sampai kena caci, hina, luka, berdarah. Isteri kesayangan baginda, Khadijah r.a dari kaya jadi miskin sebab infak seluruh hartanya untuk agama. Tapi aku? Nothing!! T.T

Eh, dah 7 lebih, k nak siap-siap pegi kelas pukul 8.30 pagi japgi. Bye uolls, Salam 'alaik! :')




0 comments: