Monday, April 4, 2016

Dia Bukan Sahabat atau Kau yang Sampah??

Assalamuaalaikum wbt.

"Weyh kau ada berapa orang sahabat?"
"Jap nanti aku susah aku kira."

........................................................................................

Seriously aku paling BENCI dengan dialog yang orang suka viral sangat ni.
Hello awak!Saya nak tanya, kalau betul kamu tu sahabat apa je yang kamu buat selama ni untuk dia? Apa je yang kamu korbankan untuk persahabatan korang? Tetiba bila susah mengharap orang datang untuk tolong dengan melebel sesuka hati

"Emmmm macam ni la kawan, ada time senang je susah takde."
"Sahabat konon boleh belah!"

Kau pernah tak dengar ayat, kalau kita buat baik Allah balas baik, dan sebaliknya. Mungkin perbuatan kau sebelum tu yang buatkan takde orang nak ingatkan kau?

Oh Pleaseeee la! Sape duk buat ayat macam tu memang aku rasa macam nak penampar je. Kau mengharapkan orang baik-baik je untuk kau sedangkan perangai kau sendiri macam dustbin! Bilik kau takde cermin mungkin? *Jap nah ambil cermin!

Tolong la faham! Kita ni hidup bermasyarakat bukan sorang-sorang. Kalau kau nak orang semua faham kau sorang je susah la camni. Benda remeh temeh nak terasa. Memang kau kena tinggal dalam hutan la. Toleransi tu penting k? Sikit-sikit terasa tu normal la dah hidup dengan manusia bukan binatang dannnn tak payah nak take serious sangat.

One more thing aku paling menyampah this sentence.

" Sombongnya kau lama tak tegur aku."

Weyh weyhh weyhhhh!!! Kalau kau tak sombong pehal kau je tak start tegur dia dulu? Kau pun sama je sombong kata kat orang. Haih?!






0 comments: