Thursday, June 2, 2016

Thanks for Being My Teachers

Assalamuaalaikum wbt..

Actually nak study nahu, nota semua online, dah downlod nak buka tak boleh tak tahu kenapa. Haih! So terus melencong ke sini. Alang-alang tengah berjinak-jinak supaya tak tidur lepas subuh. Ahaha! 

Tadaaaa! Nak share gambar masa kenduri abang Safwan *actually tak panggil 'abang' pun, dah try panggil abang dia marah kata geli aku pulak panggil dengan nada gediks lagi dia marah. wkaka..!

Abg Aiman, Safwan, Fahmi, Abg Faiz

Okey, yang kiri baju melayu biru tu abang sulong. Abang Aiman. Dia lah tempat aku bermanja. Nak bermanja nak mengada nak mintak tu mintak ni nak merajuk semua dengan dia. Hahaha. Tapi lepas dia dah kahwin lain la sikit jadi, tak boleh dah aku nak buat perangai kebudakan aku kat dia, respect isteri dia kang jeles dengan adik ipar sendiri. kohkoh! Dahpun ada anak dua orang dan bakal dapat yang ke-3 bulan 10 ni, Insya Allah.

Abang number dua yang sebelah kanan baju kemeja biru. Dia ni lain dari lain sikit. Aku tak berapa nak rapat sebab masa zaman dia before kahwin dia lah yang palingggggggg garang. Serius aku sendiri tak berani sangat nak cakap dengan dia. Bukan aku je, abang-abang lain pun sama. Ahaha. Tapi dah kahwin everything berubah. Kalau nak cakap benda serius tanya pasal pelajaran , kerja or something yang serius boleh la ajak bual dengan dia. Dia ni matang cepat dari yang lain. Haaa! Sepanjang aku duk UIA ni rumah dia lah selalu aku balik. Tambah dah ada sorang anak yang comel yang pandai ajak orang bergurau lagi buat aku rinduuuuu nak balik selalu. :)

Haaaa!!! Sebelah dia pulak, yang baju gelap tu abang number tiga. Just call him Fahmi. Tak panggil 'abang' jugak. Aku panggil abang terus dia jadi gediks macam sotong. wkaka! Maybe sebab terrrlalu rapat dengan dia so lagi selesa aku hang ja. Lepas raya ni hang nak pi kerja kat Jepun dah. Uwaaaa!! Takdak dah orang nak mai tengok or ambil aku kat UIA ni nanti. Rindu :'(  
Dia.....Insya Allah tahun depan akan tukar status single ke laki orang. uhuks! Sekarang hang sorang je tak kahwin lagi, masa untuk aku bermanja dengan hang puas-puas before kahwin. Nanti aku dah bertukar matang semua abang-abang dah kahwin. Ceyh! Matang sangat. Ahahahah!

Last one issss yang baju gold tu. Abang number empat, atas aku. Baru je kahwin 29 Mei 2016. Tu lah gambar lepas dia akad nikah. Beza umur aku dengan dia dua tahun je. Okey Safwan hang kahwin time belajar aku pun akan ikut jejak hang. Tak aci hang boleh aku tak boleh. kahkah! Gatal mengada gediks. 

.......................................................................

Thanks for being my heroes, my teachers, my bodyguard and everything. Ahaha! Sebab aku hanya ada abang, tak ada kakak and FOUR brothers, aku rasa lebih selesa berkawan dengan lelaki dari perempuan. Ahaha bukan apa. Bagi aku laki ni simple tak complicated walaupun aku sendiri complicated. Kahkah! 

Diorang banyak ajar aku, pesan kat aku itu ini, nasihat aku itu ini. Walaupun cara diorang tak direct nampak yang diorang cares about me tapi aku dapat rasa... Huhu~

Aku masih ingat, masa awal-awal aku nak masuk alam persekolahan. Darjah Satu. Fahmi selalu pesan,

"Ingat, pi sekolah jangan layan budak laki langsung! Biar depa kata hang jual mahal daripada orang kata hang ni murah." 

Nampak tak betapa bergunanya kata-kata hang buat aku ingat sampai sekarang, padahal hang pesan masa aku umur 7 tahun dan sekarang aku akan masuk 21 tahun bulan 12 ni, insya Allah. 

Masuk sekolah menengah pun hang pesan benda yang sama. Sampai ada orang tanya kawan aku, Aisyah tu bisu or pekak ke? Ahaha! Kalau bisu or pekak aku tak masuk la sekolah tu aku masuk sekolah pendidikan Khas, Bijak!! 

Sebab kita dua je adik-beradik yang sekolah tak duduk asrama, orang lain semua duk asrama so aku banyak habis masa dengan hang. Cerita itu cerita ini dannn perangai aku kasar pun sebab hang! kahkah! Sampai la hang masuk belajar IPT tinggal aku sorang kat rumah. Sobsob..

Hang jugak selalu cek henfon aku, facebook aku and segala social media yang aku ada semua hang cek. Kalau ada chat dengan laki, haaa!! Mati la aku nak menjawab, hang tanya aku habis-habis macam suami jeles bini ada laki lain. Wkaka okey gurau. 

Seriously! Aku rimas gila masa tu, rasa terkongkong sangat. Abah tak sibuk pun pasal aku sebab dia percayakan aku. Ahaha! Tapi hang pulak kan sibuk-sibuk pasal aku. Haih!!! Tapiii bila aku dah jejak kaki masuk UIA ni, hang dah tak peduli dah apa aku buat. Maybe sebab hang rasa hang dah cukup didik aku masa zaman sekolah dulu and sekarang aku dah pandai fikir buat keputusan bagai~ mana baik mana buruk. Aku pulak yang rindu and tertunggu bila masa hang nak chek henfon aku ni? Ahahaha sengal punya adik...

...............................................................

Safwan...Aku dengan dia macam anjing dengan kucing. Sehari mesti ada benda yang tak sekepala nak bergaduh. Sampai rasa tak sempurna hidup kalau tak bergaduh. Ceyh! Ahaha.. Dia ni je macam lain sikit dalam family, jarang bercakap sangat, warak lain macam sikit. Ahaha! bergaduh-gaduh kami pun, aku perasan yang dia selalu tegur aku kalau ada buat benda silap tapi dia tak pernah marah. Dia tegur sekali je aku nak buat taknak buat tu aku punya pasal. Haaa macam tu kot prinsip dia. Yang aku perasan la. Hahaha. Ada satu benda tu aku buat silap hang bagitau Fahmi suruh tegur and marah aku. Hang just diam dengar je aku kena marah dengan Fahmi. Hahaha bergunaaa betul hang ni. Takpe aku terima benda-benda untuk kebaikan ni. Cewah! Kikiki

Selalu kalau aku ada masalah yang agak serius, aku akan whatsapp hang. Bukan nak suruh hang dengar sangat, bukan nak mintak solution dari hang sangat. Sebab aku tau cara hang ni lain that's why aku cari hang dan tak berharap pun untuk hang simpati dengan aku. Ahaha.. Selalu lepas aku cerita hang akan cakap..

"Jaga hubungan dengan Allah. Banyakkan baca quran, solat. Jangan merapu sangat. Join usrah."

Serious, tu je aku nak dengar sebenarnya. Kata-kata tu ja yang kuatkan hati aku yang mudah koyak ni. Huhu. Walaupun tiap kali aku mengadu masalah kat hang, hang akan ulang benda yang sama "Jaga hubungan dengan Allah" sebenarnya tu dah bagi impact besar kat hati aku ni. Sobsob!

Hang selalu pesan..Perempuan solehah tuuu macam ni macam tu...Tapi nasib hang la dapat adik nakal macam aku ni. Susah nak dengar.. kuangkuang!

Hang la beria suruh aku join usrah, tiap kali jumpa. Tak kisah la jumpa time balik rumah atau hang mai melawat aku kat sini, soalan hang mesti tanya "join usrah tak?" Kahkah penat aku nak menjawab. 

............................................................ 

Sebab abang-abang ni jugak lah buat aku lebih berhati-hati dengan lelaki. Buat aku susah nak percaya dengan lelaki dan aku rasa lelaki ni semua nak test je. Ahahaha...Sebab diorang selalu pesan...

"Orang laki ni bukan nak sangatpun sebenarnya, saja nak test je perempuan tu macam mana."

"Orang laki ni kadang rasa tercabar je bila tak dapat perempuan tu, lepas dapat dia tinggal la."

"Orang laki ni kadang dia layan perempuan sama je, perempuan ni kadang mudah tersentuh perasan yang laki tu suka kat dia."

"Orang laki kalau dia betul-betul nak dia berani jumpa parents bukan takat bagi ayat tu ayat ni."

Ahhhhh macam-macam lagi kata-kata depa. Banyak pulak pesanan kat adik depa ni. Haih! So girlss kat luar sana boleh la nak dengar kata-kata depa ni. kahkah!

Ehhh macam banyak pulak aku bebel. Hahah! Okey serious dah hilang ngantuk. Bubyeee~


0 comments: