Assalamuaalaikum


Sunday, December 4, 2011

Sayangnya Rasulullah dekat kita, "Umatnya..."

Assalamuaalaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam buat kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)

Alhamdulillah, hari ni ana nak kongsi sedikit kisah yang sangat menyayat hati.. Kisah betapa kasih dan sayangnya penghulu kita Nabi Muhammad saw yg dirindui..Selawat dan salam buat baginda saw.. Semoga kita mendapat syafaat dari baginda di akhirat kelak.. Insya Allah...
Kisah ni ana ambil dari blog akhwat yg tajuknya "CINTAILAH RASULULLAH KERANA BAGINA SAW SANGAT MENYAYANGI KITA".. Mintak share ye kepada tuan punya blog... Semoga Allah meredhai ukhti.. =)

.....................................................................................................


Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w. Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendara dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.”

Israfil bersuara: “Wahai orang yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibrail a.s berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibrail a.s berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda s.a.w bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.”

Baginda s.a.w bersabda: “Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Baginda s.a.w bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibrail a.s menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”


Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiapkali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya, “Di mana umatku?”

Jibrail a.s berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibrail a.s menyeru: “Tempatmu!” Maka Nabi Isa a.s dan Jibrail a.s menangis. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Mengapa kamu berdua menangis?”

Jibrail a.s berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Dimana umatku?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya: “Wahai Jibrail! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibrail a.s berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!”

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi. “Di mana umat Muhammad s.a.w?”

Jibrail a.s berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibrail a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. “

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku... Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”


Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy Allah s.w.t dan sekali lagi, baginda s.a.w rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Fatimah r.a bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda s.a.w menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat. Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Selamatkan mereka!”





.......................................................................................

p/s: Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad... Allahu Akhabr..Sedihnya baca kisah pengorbanan dan kasih sayang Baginda saw.. =(
Semoga kita dapat bersama-sama baginda di akhirat kelak...Insya Allah

Saturday, December 3, 2011

Salah Siapa..??

Assalamuaalaikum wbt...

Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan peliharaan Allah swt.. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari melakukan perkara-perkara yg dimurkaNya dan tetapkan hati kita dalam agamaNya..



Hurmm...Tadi tinjau-tinjau FB rakan-rakan sekolah..
Allahu Akhbar!!! Cukuplah Allah segala-galanya.. =(
Tak mampu nak kata apa-apa..Cuma sedih je mampu aku rasa...
Erghh!! Tak gunanya diri ni.. Kenapa aku tak mampu lakukan apa-apa..?? Kenapa aku cuma dapat tengok, sedih and benci..??? Kenapa aku tak boleh bertindak sesuatu..?? Kenapa aku tak mampu nak tegur..??
Allahu Rabbi..Lemahnya diriku ini..Maafkan aku Ya Allah...
Sedih~ Salah didikan sekolah ke atau salah keluarga? Parents? Freinds..atau diri sendiri..??
Sedihnya!!!!!
Bekas pelajar sekolah agama dengan tanpa segan silu melakukan sesuatu yg amat memalukan dengan bangga tanpa rasa takut dan malu kepada Allah..??? Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah...
Tolonglah..aku merayu serayunya kepada semua pelajar agama, semua umat islam serta diri aku sendiri... Peliharalah diri dengan baik..Aku tahu semua manusia tak lekang dari buat dosa..Kalau ya pun, jangan la bangga dengan perbuatan yg Allah tak redha tu..Jangan la tunjuk di hadapan orang ramai.. Allah sentiasa tutup aib kita tapi kenapa kita tak jaganya..?? Tak kesian ke kat ibu bapa kita..?? guru-guru yang mendidik kita..?? And terutamanya diri kita..?? Allahu Akhbar!
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun... Maafkan hamba ya Allah..!!!

Aku sedar diri aku terlalu lemah, tersangat hina di hadapan Allah..Aku juga manusia yang tak sempurna dan tersangat tidak sempurna..Sentiasa melakukan kesalahan..Aku sangat-sangat mohon supaya aku sentiasa dalam peliharaan Allah..Supaya Allah jauhkan and lindungi aku dari perkara-perkara yang tak diredhaiNya..

p/s: sedih tengok gambar2 ex-student n student sekolah agama di *Muka Buku* .. Smoga Allah mengampuni kita semua :(

Penghayun Pedang Perang

Assalamuaalaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji-pujian buatNya Tuhan seluruh alam yg Maha Pemurah lagi Penyayang.. Sudah lama tak update blog ni, entah sibuk ke atau tak ada idea nak update apa.?
Semoga sahabat-sahabiah semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmatNya.. :)

Cuba tengok tajuk entry ni..?? Macam menarik je kan..?? (bagi ana la ^_^ )
Tadi duk ziarah-ziarah blog sahabat ni ada satu kisah seorang wanita yang tersangat hebat.. Subhanallah..Sesuailah untuk kita sebagai seorang Muslimah mengambil pengajaran dari kisah tersebut..Insya Allah...

Jadi ana fikir nak kogsikan ceritanya bersama sahabat-sahabiah sekalian.. Ilmu tu tak boleh kedekut kan..?? kena kongsi-kongsi dengan orang lain.. Betul tak..?? hehee (peace)

Ana mohon share ye kepada penulis kisah nie ^__^
.......................................................................................

~Khaulah Al-Azwar~


Oleh: Ustazah Hanisah Harun

Kelihatan Kelibat seseorang yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh, bertempur dengan handal dan cermat mempamerkan kehandalannya berkuda dan bertempur dengan tombak.

Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombaknya, lalu meluncur pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.

Siapakah gerangan pejuang ini? Dialah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,,siapa sangka seorang wanita tangkas bertempur dan berkuda…dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...

Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman rasulullah saw. Beliau adik kepada Dhirar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda.Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat.

Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.

Dalam perang Yarmuk, perang utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat Bahkan, beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.

Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Lantas, Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Raafe bin Umaira, panglima skuad sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
Kagum terhadap pemandangan yang menakjubkan tersebut, pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu, kecuali bahwa dia adalah postur seorang anak muda dan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera Romawi.

Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi kelompok Rafi yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid, semangat yang ditunjukkan Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah medan perang dengan semangat juang yang tinggi.

Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Romawi ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentara Romawi.


Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “ Wahai pejuang yang mulia, ketuamu telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormat selayaknya.” Sang penunggang kuda kembali pergi seolah dengan sengaja merahasiakan identitinya.

Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berlalu di sisi Khalid, yang menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti, Khalid bertanya : “ Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah kamu ?”

Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng, kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. “ Wahai ketua, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu, sebab kamu seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan karena hatiku terbakar dan aku sangat sedih.

Khalid kagum dengan Al-Azwar, yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani, baik lelaki mahupun perempuan. “ Kalau begitu bergabunglah bersama kami” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang, dan tidak lagi berada di barisan belakang sebagai merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.

Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani, yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera Romawi. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya?

Siapa kata wanita itu lemah..sirah telah membuktikan bahawa wanita bukanlah insan yang lemah..tangan-tangan wanitalah yang akan menggoncang dunia..Bidadari besi ini wajar dijadikan contoh dalam kehidupan..mampukah kita??tepuk dada tanyalah iman..wallahuaalam =)

Sunday, November 13, 2011

Salam Aidil Adha!!!

Assalamuaalaikum wbt..

Alhamdulillah, segala puji-pijian hanya layak buat-Nya, Tuhan sekalian alam..
Alhamdulillah masih dikekalkan nikmat iman dan Islam untuk kita..Satu-satunya nikmat yang paling mahal dan tidak terhitung nilainya, hanya Allah yang berhak memberi nikmat ini buat hamba-hambaNya yang Dia mahu..
Bagaimana iman kita hari ini.? Semoga baik-baik saja.. =)

Sebelum itu, ana mohon beribu kemaafan kerana tersangat lama tidak m'update blog ini..Tiada masa nak upload, ni pun curi-curi masa je.. =)
Ops!! Tidak lupa juga buat kawan-kawan, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Okey, today, ana nak kongsikan sikit satu artikel tentang korban dari rakan ana yang lain..
Semogo bermanfaat... =)

...............................................................................................

(Gambar Hiasan)

Apakah Makna Hari Raya Aidiladha.. Bilakah umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.. Adakah Hari Raya Aidiladha hanya disambut di mekah.. Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah..

Makna Hari Raya Aidiladha Makna Hari Raya Aidiladha

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Raya Korban Makna Hari Raya Aidiladha

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Monday, September 5, 2011

Datangnya Syawal, Perginya Ramadhan

Assalamuaalaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan nikmat iman dan islam buat kita semua..
Semoga nikmat-nikmat yang Allah kurniakan ini dapat digunakan oleh kita sebaik mungkin..
Semoga kalian semua sihat2 aje. Yang mana tak sihat tu, sabar ye dengan ujian Allah.. Sesungguhnya kesabaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat indah.. =)

Sedar tak sedar sekarang dah pun masuk 8 Syawal kan..?? Alhamdulillah di panjangkan usia sehingga hari ini. Datangnya Syawal Perginya Ramadhan, itulah yang sedang kita hadapi sekarang ni. Ada yang sedih dengan kepergian Ramadhan, ada juga yang gembira dengan hadirnya Syawal.. Bagaimana pula dengan kita.? =)

Syawal...Kita akan mera'ikannya selepas kita berjaya hadapi bulan Ramadhan yang penuh barakah. Bila difikir-fikirkan semula, adakah kita guna sebaiknya bulan Ramadhan dengan beribadah kepada Allah..?? Atau Ramadhan kita sama aje dengan bulan2 yg lain..? tak terasa kemanisan Ramadhan tu pun..hurmm, menyesal mula menyelubungi diri.. Perkataan "KENAPA" mula muncul dalam fikiran...

Kenapalah aku tak solat2 sunat sebaik mungkin pada bulan Ramadhan..??
Kenapalah aku tak buat solat taraweh sedangkan setahun sekali je..??
Kenapalah bulan Ramadhan aku langsung aku tak gunakan sebaiknya malah hal dunia yang aku sibukkan..??
Kenapalah aku tak sibukkan diri dengan qiamullai sambil mencari malam lailatul qadar..??
Kenapalah...Kenapalah n kenapalah....semuanya menjadi persoalan dalam diri kita...

Tahun depan belum tentu lagi kita bertemu dengan bulan Ramadhan lagi atau pun tak.. Rahsia Allah tiada siapa yang tahu..Semoga Allah panjangkan umur kita supaya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya..

Tanpa disedari juga, tiap kali Ramadhan ramai orang berebut-rebut melakukan amal ibadat sebanyak-banyaknya..Alhamdulillah...Tapi, apa yang sedihnya, kita tidak beristiqamah dengan amalan kita..habisnya Ramadhan, habislah amalan2 kita..Di masjid sekrang pun mula renggang, tapi masa solat tarawe hari tu, Masha Allah!! betapa ramainya jamaah yang datang sampai tak muat masjid, tapi sekrang satu saf pun tak sampai..Sedangkan solat fardhu itu dituntut berjamaah di masjid bagi lelaki...tapi terbalik pula,,solat sunat orang ramai, solat fardhu tidak pula..

Pada Hari Rayanya pula, cara Hari Raya..Kaum perempuan pakainya terlalu tabaruj..maaf ana kata kan disini..berpakaian semata-mata demi kecantikan, aurat semuanya dah tak kira..
Bermacam-macam fesyen...Tak salah nak berfesyen selagi mana tak menyalahi syarak.. Berfesyenlah tetapi menutup aurat, sesuai dengan tuntutan syarak..tu kan lagi manis di lihat..?=) Bukan ke sudah sebulan kita berperang melawan hawa nafsu..? tak kan habis Ramadhan kita kalah pula dengan hawa nafsu kita..?? Memang setiap manusia punya nafsu, dan nafsu memang tak boleh dibuang melainkan dikawal.. =)

Kenapa jadi macam ni ye..?? Kerana kita tak dapat kemanisan Ramadhan ke..?? atau iman kita lemah..?? atau.....atau......atau......??? Jawapan masing2 ada pada diri sendiri... =)

Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah supa Allah pertemukan kita lagi pada bulan Ramadhan Tahun depan dan kita dapat jadikan Ramadhan tahun depan lebih baek dari tahun ini..Sama2 lah kita berjanji pada diri masing..Insya Allah ^_^

p/s; maaf ada tersilap kata, terkasar bahasa or apa2 yang tidak menyenangkan kalian.. sedang belajar untuk kebaikan..andai ada keburukan, mohon ditegur dan di maafkan =)