Wednesday, July 29, 2015
Sebarkan Salam
Assalamuaalaikum wbt. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Dah lama tinggal tetiba hari ni baru rasa nak berblogging semula. Tu pun buka tutup buka tutup laptop ni tapi tak ter'taip-taip' lagi. haha! Dulu zaman sekolah boleh la nak hadap menda ni. Bila dah keluar sekolah nak kata sibuk takde la sibuk sangat tapi sebab asyik terperap dalam bilik jadi idea tak berkembang, nak taip apapun no idea. Otak beku. Blurrr~
Ehem! Okey sebenarnya nak share about one hadis ni;-
“Hak muslim pada muslim yang lain ada enam.” Lalu ada yang menanyakan, ”Apa saja keenam hal itu?” Lantas beliau shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya, (2) Apabila engkau diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila engkau dimintai nasehat, berilah nasehat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu dia memuji Allah (mengucapkan ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5) Apabila dia sakit, jenguklah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya (sampai ke pemakaman).” (HR. Muslim no. 2162)
Okey, nak highlight yang pertama tu dulu. "Apabila engkau bertemu, ucapkanlah salam padanya,"
Sekarang ni kita susah sangat nak beri salam pada sesama Muslim yang selisih di tepi jalan ke tengah jalan ke hujung jalan ke mana-mana je lah. Bukan kata nak beri salam pada Muslim yang kita selisish di jalan, pada kawan-kawan kita sendiri pun susah..
"Yo! Wassup?" "Hoi!!" "Weyh nk pi mana?" "Eh, hye!" "Okey bye! Tata titi tutu.."
Haaaa ni antara yang orang suka guna. Betul? Bukan kata orang lain je, aku sendiri pun sama. Huhu...
Sebab apa rasa susah sangat nak keluar ucapan Salam tu dari mulut kita tapi benda-benda yang aku tulis tadi pulak yang cepat keluar, antaranya lah, laju je keluar dari mulut macam telan air liur. Erk ada kaitan ke? Kadang tu otak tak sempat nak fikir berfungsi, mulut dah buka dulu "Hye!".. Mungkin? Ya! Maybe.....kot?
Aku memang respect gila la kat orang luar yang yang datang Malaysia ni. Sebab? Okey, hari tu aku pi main campus UIA kat Gombak. Asal terserempak atau berselisih je dengan foreigner mesti beri salam. [kebanyakan kulit gelap not sure datang dari negara mana sebab aku masih tak dapat nak bezakan lagi antara orang Sudan atau orang lain. Asal jumpa foreigner yang kulit gelap je aku kata from Sudan. Haha! Sorry guys]..
Laju je diorang beri salam,.Kadang-kadang tu aku tak sempat lagi nak buka mulut atau dalam fikiran aku masih was-was nak beri salam ke tak. Hadoyy teruknya perangai..huhuhu
Yelah mungkin ada je kan orang Melayu sendiri atau tak kira lah dari bangsa mana pun yang bergelar rakyat Malaysia ni masih amalkan memberi salam..
Jadi pada hari ni aku menyeru kepada kalian semua dan diri aku sendiri jom sama-sama SEBARKAN SALAM!!! Okey tetiba macam skema pulak ayat -.-"
Insya Allah saya, ana, aku, I dan juga awak, anti, anta, kau, hang, mu, you, kita semua jom usaha amalkan budaya BERI SALAM apabila berselisih dengan sesama Muslim. Takpe kita usaha slow-slow. Mula-mula macam kura-kura lama-lama macam arnab. Erk??
Haa!! Tapi jangan lupa muka tu senyum sikit..Jangan jumpa orang bagi salam tapi muka tu macam nak telan orang. Dan!!! dan.... dan.. kamu yang lelaki jangan nak gatal-gatal bagi salam kat anak dara orang yang comel-comel tak pasal orang cop gatal meqela.
Ok sekian dari saya, diakhiri dengan lafaz Assalamuaalaikum warahmatullahi wabarakatuh. :)
*Maaf penggunaan 'AKU' di sini andai terasa kasar bahasa. :)
Posted by Nuraisyah at 5:55 AM 0 comments
Wednesday, December 17, 2014
Wanita Dambaan Ilahi
Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita yang solehah.
(Riwayat Muslim)
perhiasan ialah wanita yang solehah.
(Riwayat Muslim)
Segala
puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad s.a.w yang telah bersusah payah hingga luka berdarah berkorban
segalanya demi menyebarkan Islam untuk umatnya yang tercinta. Kesyukuran yang
tidak terhingga kerana diberi nikmat Iman dan Islam secara percuma yang mahal
harganya tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit, emas meskipun permata,
sedangkan diluar sana masih ramai yang tercari-cari dan belum mendapatnya.
Kawan-kawan yang disayangi, sebagaimana kita tahu terciptanya Hawa
dari rusuk Adam a.s. ketikamana Adam a.s bosan sendirian berada di dalam syurga
maka Allah s.w.t telah menciptakan Hawa sebagai peneman hidupnya. Siapakah Hawa? Ya sudah tentu seorang
wanita.Kita juga wanita.Wanita pada zahirnya nampak lemah tetapi tahukah kita
siapa orang pertama yang memeluk Islam setelah Nabi Muhammad s.a.w datang
membawa cahaya Islam? Dialah seorang wanita, Saidatina Khadijah r.a. Siapakah
orang yang pertama mati syahid dibunuh kerana mempertahankan akidah islamiyyah?
Dia juga seorang wanita, Sumayyah r.a. Siapakah orang yang disuruh oleh Allah
supaya kita mentaatinya? Juga dari seorang wanita, ibu kita sendiri.Tidakkah
kita merasa bangga terpilih oleh Allah sebagai seorang wanita?
Kawan-kawan,di arus kemodenan ini,
kaum wanita islam lebih seronok dan bangga mengikuti budaya kebaratan malah
merasa malu dengan apa yang telah Islam ajarkan. Tidakkah kita mengimpikan
menjadi seperti wanita-wanita yang hebat seperti di atas? Ayuh! Marilah kita
genggam erat tangan bersama-sama berusaha menjadi wanita dambaan Ilahi.
Wallahu’alam……
Posted by Nuraisyah at 6:35 AM 0 comments
Thursday, August 7, 2014
Smile! It's Sunnah =)
...بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamuaalaikum w.b.t...
Setelah berbulan-bulan tak buka blog ni. Nak buka tadi pun sign in dua tiga kali sebab lupa password.. *nampak sangat lama giler tak buka -.-
Tiba-tiba hari ni rasa nak update blog, rasa nak share something dalam ni. Yelah, sepanjang aku belajar di Asasi UIA ni tak pernah lagi kot update or share apa-apa dalam ni. *cewah! macam ada cerita menarik je kan? haha
OK, sepanjang aku belajar kat sini, hampir setahun lebih dah di sini tak ada la yang menarik sangat.Tapi apa yang menarik bagi aku, course yang aku ambil ni (Bahasa Arab) aku dapat lecturer-lecturer dari luar negara. Paling banyak dari Sudan. dan....agak perghhhh first class aku masuk sebab..susah giler nak faham ^^"
Insya Allah tinggal lagi satu sem untuk aku terbang ke UIA, Gombak..kalau takde apa-apa halangan lah. Semoga Allah permudahkan.
Beberapa hari yang lepas...dari bilik nak ke kelas.
15 minit sebelum kelas mula, aku bergegas ke kelas. Mungkin dari asrama ke kelas di SMWP ambil masa 5 minit tapi kalau yang jalan slow lagi dari aku tak tahu la kan berapa minit? hoho
Keluar je dari bilik aku teringat seorang kata-kata ustaz ni, "........senyum pun sunnah....." jadi aku pun tekad jumpa orang akan senyum..
Lagipun masa aku mula-mula masuk UIA ni, masa Taaruf Week (Minggu Orentasi) kami ditekankan dengan 3S. Sapa, Salam, Senyum.
Akupun try jugak untuk sapa, beri salam. tapi.....failed!! huhuk
Aku mampu beri salam dua tiga orang je lepas tu rasa malu..*tak faham malu bakpe? o.O
So...bermula dari situ aku akan hadiahkan senyuman sahaja kepada sesiapa yang pandang aku. *opss!! girls only..
Dipendekkan cerita..satu hari tu, entah kenapa orang-orang yang aku beri senyuman ni semua pandang aku dengan muka *tak betul ke budak ni? T.T
Tak tahu la kan hari tu muka aku ni hodoh giler ke? hahah
Frustttttt....Tekad!! Mulai hari tu aku tak kan senyum dekat sesiapa lagi. TITIK!!
Balik bilik..kedebuk *jatuhkan badan atas katil, penat...
Sambil baring termenung tengok syiling yang bersawang entah bila aku and roommate rajin nak cuci..
Aku mula terfikir, sebenarnya aku senyum tu kerana siapa? Aku cuba untuk amalkan sunnah Rasulullah s.a.w tapi bila takde balasan dari orang aku down! WHY??!!!
Baiklah, lepas ni tak kisah la orang nak balas ke tak ke senyuman akuyang manis menawan ni *perasantan
Yang penting aku buat sebab cuba amalkan sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana nak tarik perhatian sesiapa. *Always tajdid niat, tu yang penting.
Kalau tak dapat nak amalkan semua sunnah, kita try buat apa yang kita mampu. Jangan tinggal terus semua at least lakukan satu. :)
Posted by Nuraisyah at 3:08 AM 0 comments
Wednesday, November 13, 2013
Hati yang Terluka
Assalamuaalaikum wbt..
Dengan nama Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Hanya kepadaNya aku dikembalikan dan hanya kepadaNya aku memohon keampunan.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu utusan Allah yang dihantar kepada kita, umat Islam untuk menerangi kegelapan jahiliah.
Wahai pemilik segala kejadian di langit dan di bumi,
Dunia ini semakin hari semakin gawat,
Susah sekali untuk merawatnya,
Memerlukan iman yang kuat dalam diri.
Aku melihat umat-umat Islam kini semakin rosak,
Di suntik dengan budaya kebaratan,
Budaya itu telah sebati dalam kehidupan,
Budaya Islam kian dilupakan,
Malah, budaya barat makin diagungkan,
Setelah mana Kau utuskan Sayyidul Anbiya' untuk menerangi kegelapan ini,
Kini.....
Umat akhir zaman ini cuba kembali kepada kegelapan,
Melarikan diri dari cahaya keimanan..
Wahai Yang Maha Pengasih,
Sedih sekali aku melihat saudara-saudaraku yang gagal mengharungi cabaran di dunia ini,
Hatiku sakit,
Sakit kerana tidak mampu melakukan apa-apa,
Sungguh lemahnya diriku ini,
Aku hanya pandai berkata-kata,
Aku hanya pandai mengkritik,
Tetapi...
Aku tidak pandai menasihati,
Aku tidak pandai melakukan sesuatu..
Ya..!
Ada saja yang cuba menasihati,
Tetapi...
Nasihat itu dihentam dengan fitnah-fitnah serta tomahan,
Kata mereka belum sampai seru,
Bukankah Kau telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w supaya menyeru kami mentaati-Mu.?
Wahai sahabatku sekalian,
Aku menulis ini kerana aku sayang kepada kalian,
Aku mahu kita sama-sama menjadi mujahid dan mujahidah Islam suatu hari nanti,
Aku mahu kita menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain,
Aku mahu kita menjadi seorang da'ie di atas muka bumi ini,
Kitalah penyambung risalah Nabi s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w..
Sahabat yang dikasihi,
Aku tidak menyuruhmu untuk tinggalkan dunia ini,
Aku tidak menyuruhmu untuk tinggalkan keseronokan itu,
Cuma, kau hadapilah ia dengan garis panduan,
Yang mana telah Allah tetapkan,
Apakah kerana keseronokan di dunia ini membuatkan engkau ingkar pada arahan-Nya?
Apakah kerana keseronokan di dunia ini kau letakkan Islam yang kau anuti ini sebagai pilihan ke dua?
Apakah kerana hanya ingin mencari redha temanmu yang lain sehingga kau tidak peduli lagi dengan redha-Nya?
Ketahuilah bahawa,
Kau sedang ditipu oleh keseronokan dunia,
Kerana...
Keseronokan dunia hanyalah sementara berbanding keseronokan di sana yang kekal abadi..
Sahabat yang kusayangi,
Kemanakah perginya tarbiah-tarbiah yang telah kita perolehi ketika di sekolah dahulu?
Andai tarbiah itu tidak melekat dihatimu,
Sedarlah bahawa kau punya Tuhan,
Tiada tuhan melainkanNya,
Yang patut kita sembah dan taat,
Tiada benda yang berkuasa selain Dia,
Dari Dia kita datang,
Hanya kepada-Nya juga kita akan kembalikan,
Dialah tuhan yang satu,
Yakni Allah S.W.T....
Ingatlah juga akan usaha baginda s.a.w untuk menyebarkan Islam ini,
Bagaimana teruknya baginda s.a.w dihina dicaci semata-mata membawa cahaya kebenaran kepada kita,
Hargailah penat lelah baginda,
Janganlah kita mengkhianatinya,
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.. :'(
Wahai Yang Maha Pengampun,
Ampunilah kelemahan kami umat akhir zaman ini,
Ampunilah juga aku kerana tidak usaha menyambung usaha baginda s.a.w dalam melakukan dakwah,
Aku tahu,
Kelemahan pada diriku terlalu banyak,
Aku tahu diriku juga belum sempurna,
Adakah dengan menuggu diriku sempurna dahulu baru layak aku menasihati yang lain?
Sampai bilakah diriku ini akan sempurna?
Bukankah setiap manusia itu tidak sempurna kecuali kekasih-Mu, Nabi Muhammad s.a.w.?
p/s: Aku menulis ini bukan hanya untuk kalian, tetapi juga untuk mengingati diriku yang sering alpa dengan tipunya dunia :'(
Posted by Nuraisyah at 7:09 AM 0 comments
Wednesday, October 16, 2013
Jemaah Tabligh?
Assalamuaalaikum wbt... Setelah berbulan-bulan mengabaikan blog
ini, kini terbuka semula hatiku untuk meng'update' ini blog. =)
Sebelum terlupa, marilah sama-sama kita
mengucapkan Alhamdulillah tanda terima kasih kita kepada Dia yang memberi kita
berbagai-bagai nikmat yang tak terhitung banyaknya. Selawat dan salam juga buat
junjungan Nabi Muhammad s.a.w.. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.....
Pada tengah hari ini, dengan cuaca yang
agak mendung. Tenang.... Terdetik dihatiku untuk menulis tentang jemaah
tabligh. Tiba-tiba je terlintas dalam fikiranku.. Semuanya datang dari Allah..
:)
Kenapa dengan mereka? Apa masalah mereka?
No!! Aku tak rasa mereka ada masalah. Masalahnya ialah kita. Masyarakat
sekarang suka menghukum mereka. Sampai ada yang melebelkan mereka sesat!!!!
Pergh!!! Sangat dasyat bunyinya..Kenapa??
Adakah kerana dakwah mereka?
Kerana mereka sering berjubah?
Kerana pakaian mereka yang mengikut sunnah
itu?
Kerana mereka menyimpan janggut?
Kerana mereka tinggalkan anak bini
semata-mata untuk berdakwah?
Kerana mereka sanggup masuk ke dalam
masyarakat untuk amar ma'ruh?
Kerana mereka berani ketuk pintu rumah ke
rumah untuk mengajak ke masjid?
Kenaapa..? Kenapa..? Kenapa...?!!!
Biasalahkan, namapun manusia... Buruk
orang semua nampak.. Kebaikan orang??
Sekurang-kurangnya mereka berani jugak
untuk datang ke rumah orang ajak ke masjid.. Kita ada? Bukan kata nak ajak
jiran sebelah ke masjid, diri sendiripun terasa berat untuk ke masjid. (Khas
untuk lelaki)
Pada pandangan aku la kan... Cuma mereka
yang tidak pernah berasa malu untuk mengamalkan sunnah. Mereka tidak tinggal
untuk solat lima waktu di masjid, mungkin ada lah sebahagian kecil dari mereka yang tak
ke masjid solat lima waktu penuh. Tapi itu mungkin yang baru berjinak-jinak
dengan jemaah tabligh ni.
Teringat kata-kata Sheikh Nuruddin tentang
jemaah tabligh. Mereka berani untuk turun ke dalam masyarakat. Mengajak ke arah
kebaikan. Bukan hanya bercakap dalam masjid. Dalam masjid tu sah-sah lah orang
yang nak ke masjid. Masalahnya orang-orang yang tak ke masjid tu siapa yang nak
tarik mereka? Jemaah tabligh yang kita kutuk-kutuk ni lah!!!!
Aku bukanlah anak dari jemaah tabligh or
sesiapa. Ini cuma pandangan aku... Aku juga tak cakap semua dari mereka itu sempurna. Sedih melihat masih ramai yang berat hati
untuk ke masjid. Terutama anda pemuda-pemuda Islam!!! Sembang pasal Islam,
pergh!!! Bukan main lagi. Nak ke masjid?? Asap motor pun tak nampak..
Maaf andai terkasar bahasa dan penggunaan
"aku" di sini... Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari
diri sendiri.. Sama-samalah kita doakan untuk diri kita dan masyarakat... Maaf
jika ada silap kata, budak masih belajar.. :)
( Erkk? Gambar siapa? Main ambil je kat google..hihii )
Posted by Nuraisyah at 12:23 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)
.jpg)








