Assalamuaalaikum


Wednesday, May 23, 2012

Kamu Pakai Hijabkah?

Assalamuaalaikum wbt to all my readers...
Alhamdulillah, besyukur kita ke hadrat Ilahi atas nikmat Iman dan Islam yang tersangat-sangat bernilai!!!
Kamu belilah dengan wang ringgit, intan permata, emas dan perak sekalipun, kamu tetap tidak akan dapat membelinya melainkan dengan rahmat dan kasih sayang Allah untuk beri kepada mana-mana hambaNya.. 
Oleh itu wahai saudaraku muslimin muslimat, mukminin mukminat yang dirahmati Allah sekalian, peliharalah nikmat tersebuat sebaik-baiknya, Ingat!! Sesungguhnya kita sangat-sangat berutung diberi nikmat tersebut kerana tidak semua hambaNya di muka bumi ini terpilih seperti kita..Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha illaAllah, Allahu Akhbar!!


Pada akhir zaman ini, berbagai-bagai masalah yang kita dengar..Antaranya masalah wanita..


HIJAB!!! Alhamdulillah ramai wanita sekarang sudah mula mengenali dan berjinak-jinak untuk memakai HIJAB..Dalam erti kata lain "Tudung". Artis-artis juga tidak ketinggalan zaman untuk mulakan hidup baru dengan memakai hijab. Alhamdulillah..
Berbagai style hijab yang mula dikeluarkan pada zaman sekarang. Tersangat cantik di pandang! Bermacam-macam warna, corak dan style yang dipakai oleh kaum wanita pada masa kini..Dan sangat porpular di media-media masa dan juga television yang sibuk menggayakan "hijab-hijab" mereka..

Tetapi.......

Sayangnya wahai saudariku muslimat wa mukminat, kita tersalah mentafsirkan apa itu HIJAB. Hijab yang bagaimana di tuntun dalam Islam? Sesungguhnya Islam tidak larang untuk kita berfesyen kerana Islam suka akan kecantikan dan keindahan. Berfesyenlah wahai saudariku yang dikasihi mengikut apa yang digariskan Islam bukan mengikut sesuka hati kita.

Kamu pakai hijab itu bagus! Tapi tengoklah cara pemaikan kamu. Adakah kamu betul-betu pakai atau sama seperti telanjang? Maaf saya katakan!!! Saya tidak berkata tanpa sebab. Dewasa ini, ramai para perempuan remaja, wanita-wanita yang lainnya memakai hijab tetapi sama seperti tidak memakainya.. Kerana antaranya:

1) BAJU LENGAN PENDEK yang menampakkan sebahagian kulit tangan mu.. 
2) MEMAKAI PAKAIN YANG KETAT sehinnga menampakkan bentuk tubuh badanmu.. 
3) MEMAKAI PAKAIAN YANG NIPIS sehinnga menampakkan bayang dan warna kulitmu..
4) TUDUNGMU PENDEK sehinnga menampakkan bentuk buah dadamu..
5) TUTUPLAH JUGA KAKIMU DENGAN STOKIN ATAU SARUNG KAKI

Kerana aurat wanita itu seluruh badan kecuali muka dan pergelangan tangan..

Kenapa Islam mengajar kita supaya pakai pakaian yang lonngar dan labuh,tidak ketat? kerana  Firman Allah swt:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)


Memakai pakaian yang nipis samalah seperti tidak memakai apa-apa atau bertelanjang kerana tetap dapat dilihat apa yang kita tutup itu.Kenapa Islam melarang memakai pakaian yang nipis yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan dari luar pakaian atau warna kulit? Kerana Rasulullah saw bersabda :


“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” – Riwayat Bukhari dan Muslim


Ramai yang memakai tudung atau hijab tetapi sayangnya mereka memakai atas pada dada.. Sedangkan Allah swt menyuruh supaya melabuhkan tudung hingga ke bawah paras dada.. Tidak kiralah tudung kita itu pendek ataupun labuh, yang penting melepasi bawah dada!!!


Selain dari itu, 


----> JANGANLAH apabila kita keluar dari rumah kita memakai wangi-wangian yang terlalu harum sehingga menarik perhatian kaum lelaki ajnabi..
Rasulullah saw besabda :


Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar dan melintasi kaum lelaki ajanabi, agar mereka mencium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.” - (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)


----> JANGANLAH berhias berlebih-lebihan ketika keluar rumah..Cukuplah setakat berhias untuk suami kita je..yang masih bersuami macam saya ni, sabar je la ye.Cukuplah ala kadar je. hehee c(:


----> JANGANLAH memakai kasut  bertumit yang berbunyi "keletok keletok" sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi.. Eh!!!! Jangan ingat bunyi kasut pun mereka tak pandang tau? Kerana perempuan ni banyak daya tarikan. (Semoga Allah Melindungi kita)


----> JANGANLAH sengaja jalan dengan melenggang lenggok badan tu.. Jalan tegak-tegak dan tegas..!!!! Tapi macam mana kalau perempuan tu memang style jalan dia macam tu, memang tak boleh ubah dah ni? hehe, nak buat macam mana kan? Bukan dia sengaja.. :)


 [ kan comel macam ni? :) ]






p/s: Maaf jika catatan kali ini agak kasar atau ada yang mengguris hati mana-mana pihak. Andai ada yang salah minta di betulkan. Tunjuk ajar kalian amat diperlukan =]

Wednesday, April 4, 2012

Siapakah Pedang Allah..??

Assalamuaalaikum wbt..
Fuh!! Penatnya cuci-cuci blog ni..Habis bersawang..
Almaklumlah dah lama sangat tak buka..buka-buka..
Ya Allah!! Berhabuk teruk..
kihkihkih..nonsense!! Bilik ada kot berhabuk..

Ops!! lupa nak tanya..
Kawan-kawan apa khabar?? Sihat??
Semoga semuanya sihat-sihat wal afiat dan sentiasa dalam mardhatillah.. =)

Okeyh! Kembali  ke topik asal..? 
Siapakah dia pedang Allah ini..?
Orangnya mesti hebat kan..??
Beliau ni pada mulanya seorang kafir yang sangat memusuhi Rasulullah dan orang Islam..
Tapi dengan hidayah yang Allah bagi, Alhamdulillah beliau di gelar 
PEDANG ALLAH!!            

Jom kita baca dan ambil pengajaran dari cerita ni..
Moga bermanfaat buat kita semua.. (^_^) 

    

Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya
peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya
mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid
Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam,
ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera
iaitu anugerah 'Pedang Allah'..
 
Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan
perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran
yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.
Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b
Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang
orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.


Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa
dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.
   
Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih
kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat
tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah
dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin
Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang
juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan
menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun
menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana
sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.
 
Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad.
Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnyaberbunyi :

"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan


saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan
kepada orang-orang kafir dan munafik"
 
Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi
dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai
tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam
strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan
ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana
kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"
 
Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima
musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera
Islam.Mahan telah berkata :

"Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa
dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan   berikan setiap seorang tentera 10 dinar
beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun
depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".


Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab :

"Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana
kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum
darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi,
sebab itulah kami ke mari"
 
Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang berteriak dengan kuatnya sambil
bertakbir

"Allahu Akbar!!" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". 

Maka terjadilahpeperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.
Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata :

"Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang
pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan
kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"
 
Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a :

"Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW !
Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah

benar". 

Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.
Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima
Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George  bertanya :
"Wahai   Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang
merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada
Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada
seseorang pasti dia akan kalah"
 
Khalid b Al-Walid menjawab :
"Tidak"


George bertanya lagi :
"Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"


Khalid b Al-Walid berkata :
"Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul
dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri
termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada
Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya.
Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"
 
George bertanya lagi :
"Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"


Khalid b Al-Walid menjelaskan :
"Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"


George seterusnya berkata :
"Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah

berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"
 
Khalid b Al-Walid menjawab :
"Ya, itulah yang lebih utama"
                    
George  berkata :
"Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab :
"Kami hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian
serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam
dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman
dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman
kepada Allah dengan jiwamu"
 

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat
solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan
tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.
Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan
cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya
di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang kedua pun
bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan
orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi
meminumnya. Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut !  

Inimembuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri
sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.

................................................................................


Melepaskan Jawatan.
Selepas pemerintahan khulafa ar Rasyidin berpindah daripada Abu Bakar As Sidiq, kepada Umar Al Khattab, Umar al Khattab telah menghantar surat supaya mengarahkan tugas jeneral/komander tentera Islam berpindah daripada Khalid al Walid r.a kepada orang muda yang hebat iaitu Abu Ubaidah al Jarrah. Hal ini mengakibatkan ramai yang tertanya-tanya, namun bagi Khalid al Walid r.a ianya satu perintah yang harus ditaati dan dipatuhi oleh beliau tanpa berasa ragu-ragu dengan kepimpinan khalifah Umar al Khattab. Lalu, Khalid al Walid r.a dengan senang hati meninggalkan jawatan tersebut dengan kata-katanya yang hebat “aku tidak berperang kerana umar tetapi kerana tuhan umar”…
Apakah yang tersirat disebalik perlucutan jawatan ini? Ianya adalah untuk menunjukkan bahawa setiap perjuangan tentera islam tidak bergantung harap kepada Khalid al Walid r.a semata-mata, bahkan ianya hanyalah semata-mata ketentuan Allah, maka dengan sebab yang sedemikian mengakibatkan Umar al Khattab melakukan perkara yang sedemikian rupa. Ini juga untuk mengelakkan ketaksuban serta fanatic kepada seseorang pemimpin tersebut sehingga mampu gugat akidah umat Islam itu sendiri.
Hal yang demikian tidak sedikitpun “diambil pusing” oleh Khalid al Walid r.a kerana beliau berjuang atas dasar Islam iaitu hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata tanpa mengharapkan sebarang “habuan” didunia yang sementara. Khalid al Walid r.a merasakan berhak keatasnya untuk mentaati pemerintah selagi pemerintah itu tidak lari dari syariat islam yang sebenar.


...............................................................................

p/s: Dari sini kita boleh bezakan bagaimana cara kepempinan Panglima Khalid Al-walid dan juga Pemimpin masa sekaran. Apakah mereka mencontohi beliau atau ada perbezaannya.? Renung-renungkan dan memahaminya.. =)




Saturday, February 18, 2012

Siapa Bijak dan Siapa Bodoh??

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam untuk kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)


"Dari Shaddad ibn Aus r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah. (HR Tirmizi)"





Astaghfirullahal'azim....Mari sama-sama kita beristighfar sebentar sambil bermuhasabah amal perbuatan kita..
Adakah Allah redha segala perbuatan kita harian?? Atau Allah menolaknya?? 
Kita sering melakukannya tanpa berfikir panjang.. 
Selepas saja ana membaca hadis tersebut yang telah dipostkan oleh seorang ikhwan, baru ana sedar dimanakah kedudukan ana.? Sama ada tergolong dalam golong orang yang bijak atau orang yang bodoh itu? Na'uzubillah...

Pernah juga di post ana yang lalu ana memberitahu bahawa membuat dosa itu bukanlah satu perkara yang meng'aibkan kerana setiap orang tidak pernah lekang dari berbuat kesilapan..Tetapi yang meng'aibkan itu ialah orang yang melakukan dosa dan tidak ada keinginan bertaubat...Boleh rujuk di post ni...

Sebelum kita tidur marilah sama-sama kita menghisab balik apa yang kita lakukan hari ini.. Allah redha atau tidak? Jika ada yang mencurigakan atau perbuatan kita yang salah sama-samalah kita memohon keampunan dari Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penerima Taubat hamba-hambanya..

Nabi Adam a.s yang telah di buang oleh Allah daripada syurga kerana kesalahan yang mungkin bagi kita cuma kecil tetap juga Allah mengampunkan baginda a.s...

Kita juga sangat beruntung kerana menjadi umat terakhir Nabi Muhammad saw kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk terus bertaubat...Masa yang Allah beri tersangat panjang..Tetapi kita tidak pernah manfaatkannya..Astaghfirullah.. Cuba kita perhatikan semula umat-umat Nabi terdahulu, jika mereka melakukan kesalahan terus Allah azabkan mereka tetapi Allah sangat sayang akan kita kerana memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dahulu..Walaupun kita tetap sombong dan angkuh Allah tetap memberi peluang tersebut untuk kita..

Begitu juga dengan nafsu..Setiap orang mempunyai nafsu..Nafsu memang tidak boleh dibuang tetapi kita perlu mengawalnya..Insya Allah..

Semoga Allah memelihara diri kita sebaiknya..Di sini ana mengingatkan diri ana sendiri yang sering leka dan lalai dengan nikmat dunia dan sering melakukan kesilapan..Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ana dan sahabat sekalian sama ada yang lepas, sekarang dan yang akan datang..Insya Allah, Aminn


p/s: Jika kata-kata ana ada yang tersilap harap dapat dibetulkan..kerana Ana juga manusia yang tidak lekang dari berbuat silap.. (^_^)




Friday, February 17, 2012

Buta Mata, Terang Hati


Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik.

Dialah wanita yang bernama ZINNIRAH!!


 


Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.



p/s:sumber by Sesuci Jiwa.. MIntak share ya? Semoga Allah membalas jasa baik saudari atas perkongsian ilmu =)

Sunday, January 15, 2012

Macam duduk di padang Arafah

Assalamuaalaikum wbt..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat-Nya, Tuhan seluruh alam...
Kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah kerana mengurniakan nikmat iman dan islam buat kita, Semoga kita dapat memeliharanya dengan sebaik mungkin.. Insya Allah =)

Wah!! Macam menarik je tajuk entri ni.Korang pernah tengok ke macam mana suasana di padang arafah.?? Saya pun tak pernah. Semalam puluhan ribu rakyat banjiri stadium di Alor Setar sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3. Rugilah tak join. My first brother ada lah pergi dengan geng-geng dia. Nak pergi tapi agak jauh lebeih kurang sejam kot dari sini nak ke Alor Setar. Dengar kata hampit 50 ribu orang eh yang pergi? Subhanallah!! Banyaknya, kata TGNA sebelum bicaranya "Macam duduk di padang Arafah"..
menarik juga apabila DSAI ada cakap "..lepas ni NTR yang akan jadi ketua pembangkang.." (lebih kurang macam ni lah ayat dia..kihkihkih

Oleh kerana saya tak join dan tak boleh cerita banyak pasal tu,korang boleh baca sendiri lah di sini http://www.malaysiakini.com/news/186651

Selamat membaca!! ^_^


p/s: hope pru13 ni dapat tumbangkan UBN.. amin =)