Thursday, August 7, 2014
Smile! It's Sunnah =)
...بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamuaalaikum w.b.t...
Setelah berbulan-bulan tak buka blog ni. Nak buka tadi pun sign in dua tiga kali sebab lupa password.. *nampak sangat lama giler tak buka -.-
Tiba-tiba hari ni rasa nak update blog, rasa nak share something dalam ni. Yelah, sepanjang aku belajar di Asasi UIA ni tak pernah lagi kot update or share apa-apa dalam ni. *cewah! macam ada cerita menarik je kan? haha
OK, sepanjang aku belajar kat sini, hampir setahun lebih dah di sini tak ada la yang menarik sangat.Tapi apa yang menarik bagi aku, course yang aku ambil ni (Bahasa Arab) aku dapat lecturer-lecturer dari luar negara. Paling banyak dari Sudan. dan....agak perghhhh first class aku masuk sebab..susah giler nak faham ^^"
Insya Allah tinggal lagi satu sem untuk aku terbang ke UIA, Gombak..kalau takde apa-apa halangan lah. Semoga Allah permudahkan.
Beberapa hari yang lepas...dari bilik nak ke kelas.
15 minit sebelum kelas mula, aku bergegas ke kelas. Mungkin dari asrama ke kelas di SMWP ambil masa 5 minit tapi kalau yang jalan slow lagi dari aku tak tahu la kan berapa minit? hoho
Keluar je dari bilik aku teringat seorang kata-kata ustaz ni, "........senyum pun sunnah....." jadi aku pun tekad jumpa orang akan senyum..
Lagipun masa aku mula-mula masuk UIA ni, masa Taaruf Week (Minggu Orentasi) kami ditekankan dengan 3S. Sapa, Salam, Senyum.
Akupun try jugak untuk sapa, beri salam. tapi.....failed!! huhuk
Aku mampu beri salam dua tiga orang je lepas tu rasa malu..*tak faham malu bakpe? o.O
So...bermula dari situ aku akan hadiahkan senyuman sahaja kepada sesiapa yang pandang aku. *opss!! girls only..
Dipendekkan cerita..satu hari tu, entah kenapa orang-orang yang aku beri senyuman ni semua pandang aku dengan muka *tak betul ke budak ni? T.T
Tak tahu la kan hari tu muka aku ni hodoh giler ke? hahah
Frustttttt....Tekad!! Mulai hari tu aku tak kan senyum dekat sesiapa lagi. TITIK!!
Balik bilik..kedebuk *jatuhkan badan atas katil, penat...
Sambil baring termenung tengok syiling yang bersawang entah bila aku and roommate rajin nak cuci..
Aku mula terfikir, sebenarnya aku senyum tu kerana siapa? Aku cuba untuk amalkan sunnah Rasulullah s.a.w tapi bila takde balasan dari orang aku down! WHY??!!!
Baiklah, lepas ni tak kisah la orang nak balas ke tak ke senyuman akuyang manis menawan ni *perasantan
Yang penting aku buat sebab cuba amalkan sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana nak tarik perhatian sesiapa. *Always tajdid niat, tu yang penting.
Kalau tak dapat nak amalkan semua sunnah, kita try buat apa yang kita mampu. Jangan tinggal terus semua at least lakukan satu. :)
Posted by Nuraisyah at 3:08 AM 0 comments
Wednesday, November 13, 2013
Hati yang Terluka
Assalamuaalaikum wbt..
Dengan nama Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Hanya kepadaNya aku dikembalikan dan hanya kepadaNya aku memohon keampunan.
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w itu utusan Allah yang dihantar kepada kita, umat Islam untuk menerangi kegelapan jahiliah.
Wahai pemilik segala kejadian di langit dan di bumi,
Dunia ini semakin hari semakin gawat,
Susah sekali untuk merawatnya,
Memerlukan iman yang kuat dalam diri.
Aku melihat umat-umat Islam kini semakin rosak,
Di suntik dengan budaya kebaratan,
Budaya itu telah sebati dalam kehidupan,
Budaya Islam kian dilupakan,
Malah, budaya barat makin diagungkan,
Setelah mana Kau utuskan Sayyidul Anbiya' untuk menerangi kegelapan ini,
Kini.....
Umat akhir zaman ini cuba kembali kepada kegelapan,
Melarikan diri dari cahaya keimanan..
Wahai Yang Maha Pengasih,
Sedih sekali aku melihat saudara-saudaraku yang gagal mengharungi cabaran di dunia ini,
Hatiku sakit,
Sakit kerana tidak mampu melakukan apa-apa,
Sungguh lemahnya diriku ini,
Aku hanya pandai berkata-kata,
Aku hanya pandai mengkritik,
Tetapi...
Aku tidak pandai menasihati,
Aku tidak pandai melakukan sesuatu..
Ya..!
Ada saja yang cuba menasihati,
Tetapi...
Nasihat itu dihentam dengan fitnah-fitnah serta tomahan,
Kata mereka belum sampai seru,
Bukankah Kau telah mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w supaya menyeru kami mentaati-Mu.?
Wahai sahabatku sekalian,
Aku menulis ini kerana aku sayang kepada kalian,
Aku mahu kita sama-sama menjadi mujahid dan mujahidah Islam suatu hari nanti,
Aku mahu kita menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain,
Aku mahu kita menjadi seorang da'ie di atas muka bumi ini,
Kitalah penyambung risalah Nabi s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w..
Sahabat yang dikasihi,
Aku tidak menyuruhmu untuk tinggalkan dunia ini,
Aku tidak menyuruhmu untuk tinggalkan keseronokan itu,
Cuma, kau hadapilah ia dengan garis panduan,
Yang mana telah Allah tetapkan,
Apakah kerana keseronokan di dunia ini membuatkan engkau ingkar pada arahan-Nya?
Apakah kerana keseronokan di dunia ini kau letakkan Islam yang kau anuti ini sebagai pilihan ke dua?
Apakah kerana hanya ingin mencari redha temanmu yang lain sehingga kau tidak peduli lagi dengan redha-Nya?
Ketahuilah bahawa,
Kau sedang ditipu oleh keseronokan dunia,
Kerana...
Keseronokan dunia hanyalah sementara berbanding keseronokan di sana yang kekal abadi..
Sahabat yang kusayangi,
Kemanakah perginya tarbiah-tarbiah yang telah kita perolehi ketika di sekolah dahulu?
Andai tarbiah itu tidak melekat dihatimu,
Sedarlah bahawa kau punya Tuhan,
Tiada tuhan melainkanNya,
Yang patut kita sembah dan taat,
Tiada benda yang berkuasa selain Dia,
Dari Dia kita datang,
Hanya kepada-Nya juga kita akan kembalikan,
Dialah tuhan yang satu,
Yakni Allah S.W.T....
Ingatlah juga akan usaha baginda s.a.w untuk menyebarkan Islam ini,
Bagaimana teruknya baginda s.a.w dihina dicaci semata-mata membawa cahaya kebenaran kepada kita,
Hargailah penat lelah baginda,
Janganlah kita mengkhianatinya,
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.. :'(
Wahai Yang Maha Pengampun,
Ampunilah kelemahan kami umat akhir zaman ini,
Ampunilah juga aku kerana tidak usaha menyambung usaha baginda s.a.w dalam melakukan dakwah,
Aku tahu,
Kelemahan pada diriku terlalu banyak,
Aku tahu diriku juga belum sempurna,
Adakah dengan menuggu diriku sempurna dahulu baru layak aku menasihati yang lain?
Sampai bilakah diriku ini akan sempurna?
Bukankah setiap manusia itu tidak sempurna kecuali kekasih-Mu, Nabi Muhammad s.a.w.?
p/s: Aku menulis ini bukan hanya untuk kalian, tetapi juga untuk mengingati diriku yang sering alpa dengan tipunya dunia :'(
Posted by Nuraisyah at 7:09 AM 0 comments
Wednesday, October 16, 2013
Jemaah Tabligh?
Assalamuaalaikum wbt... Setelah berbulan-bulan mengabaikan blog
ini, kini terbuka semula hatiku untuk meng'update' ini blog. =)
Sebelum terlupa, marilah sama-sama kita
mengucapkan Alhamdulillah tanda terima kasih kita kepada Dia yang memberi kita
berbagai-bagai nikmat yang tak terhitung banyaknya. Selawat dan salam juga buat
junjungan Nabi Muhammad s.a.w.. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.....
Pada tengah hari ini, dengan cuaca yang
agak mendung. Tenang.... Terdetik dihatiku untuk menulis tentang jemaah
tabligh. Tiba-tiba je terlintas dalam fikiranku.. Semuanya datang dari Allah..
:)
Kenapa dengan mereka? Apa masalah mereka?
No!! Aku tak rasa mereka ada masalah. Masalahnya ialah kita. Masyarakat
sekarang suka menghukum mereka. Sampai ada yang melebelkan mereka sesat!!!!
Pergh!!! Sangat dasyat bunyinya..Kenapa??
Adakah kerana dakwah mereka?
Kerana mereka sering berjubah?
Kerana pakaian mereka yang mengikut sunnah
itu?
Kerana mereka menyimpan janggut?
Kerana mereka tinggalkan anak bini
semata-mata untuk berdakwah?
Kerana mereka sanggup masuk ke dalam
masyarakat untuk amar ma'ruh?
Kerana mereka berani ketuk pintu rumah ke
rumah untuk mengajak ke masjid?
Kenaapa..? Kenapa..? Kenapa...?!!!
Biasalahkan, namapun manusia... Buruk
orang semua nampak.. Kebaikan orang??
Sekurang-kurangnya mereka berani jugak
untuk datang ke rumah orang ajak ke masjid.. Kita ada? Bukan kata nak ajak
jiran sebelah ke masjid, diri sendiripun terasa berat untuk ke masjid. (Khas
untuk lelaki)
Pada pandangan aku la kan... Cuma mereka
yang tidak pernah berasa malu untuk mengamalkan sunnah. Mereka tidak tinggal
untuk solat lima waktu di masjid, mungkin ada lah sebahagian kecil dari mereka yang tak
ke masjid solat lima waktu penuh. Tapi itu mungkin yang baru berjinak-jinak
dengan jemaah tabligh ni.
Teringat kata-kata Sheikh Nuruddin tentang
jemaah tabligh. Mereka berani untuk turun ke dalam masyarakat. Mengajak ke arah
kebaikan. Bukan hanya bercakap dalam masjid. Dalam masjid tu sah-sah lah orang
yang nak ke masjid. Masalahnya orang-orang yang tak ke masjid tu siapa yang nak
tarik mereka? Jemaah tabligh yang kita kutuk-kutuk ni lah!!!!
Aku bukanlah anak dari jemaah tabligh or
sesiapa. Ini cuma pandangan aku... Aku juga tak cakap semua dari mereka itu sempurna. Sedih melihat masih ramai yang berat hati
untuk ke masjid. Terutama anda pemuda-pemuda Islam!!! Sembang pasal Islam,
pergh!!! Bukan main lagi. Nak ke masjid?? Asap motor pun tak nampak..
Maaf andai terkasar bahasa dan penggunaan
"aku" di sini... Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari
diri sendiri.. Sama-samalah kita doakan untuk diri kita dan masyarakat... Maaf
jika ada silap kata, budak masih belajar.. :)
( Erkk? Gambar siapa? Main ambil je kat google..hihii )
Posted by Nuraisyah at 12:23 AM 0 comments
Wednesday, May 15, 2013
Nak jadi apa??
Assalamuaalaikum wbt..!!
Setelah sekian lama menyepi kini rasa ringan hati untuk kembali ber'bloging'... Hope you all sihat walafiat.. :)
Nak jadi apa? Mestilah semua nak jadi hamba Allah yang beriman right? Yep!! But maksud di sini adalah tentang "Nak jadi apa bila besar nanti?" Ala-ala cerita Upin Ipin pula..Hihihi
Tiba-tiba terlintas nak tulis tajuk ni.. Tulis ke? Lebih kurang la.. Sebabnya aku baru habis interview IPG.. Cewah! Bakal guru..ops!! belum tentu lagi lulus or tidak..huhu.. So nak cerita sikit la pengalaman time interview pada 13 Mei 2013 yang lepas...
Masa interview dalam group tu, penyarah ada tanya tentang kenapa minat nak jadi guru? Hah!! Aku dah mula cari idea nak kelentong..kahkah! Tipu sunat takpe kot? Hehee.. Tapi apa aku cerita tu betullah cuma aku skip sikit je kat pensyarah tu.. Nak tahu? Ada dua orang pensyarah yang soal aku, yang paling buat aku terpegun sorang pensyarah tu, janggut dia.. Pergh!! Panjang gila, aku sempat curi-curi dengar dia cakap kat kawan dia masa kami kena tengok satu video untuk jawab soalan-soalan seterusnya tentang video tu..Eh jap! bukan curi-curi dengar, but TERDENGAR..hehee.. He said "Janggut ana nak sama panjang dengan tie ni dah." Wow! aku sempat pandang dia, memang betul... Cayalah tuan..kikiki...
Ok, back to the topic.. Aku pun jawab lah "saya memang minat untuk jadi guru dari saya kecil hinggalah sekarang........blablabla..." kahkah! Betul ke? Yup! Memang betul.. Sebelum tu meyh nak cerita kisah sebenar...
Kecil-kecil dulu aku memang nak jadi guru..NAK SANGAT LAH!!! Aku suka jadi guru sebab aku suka budak-budak. Masa aku darjah 6 kot, aku dah tukar cita-cita aku untuk menjadi seorang ahli politik.. Wow! Agak menarik, tapi masalahnya aku tak suka sangat ambil tahu isu-isu semasa..Aduhai!! Mana boleh nak jadi ahli politik tapi tak tahu isu-isu semasa.Aku nak jadi ahli politik sebab time tu nak dekat pru12 kalau tak silap. Faham-faham je la kan..Nak dekat PRU ni, macam-macam keluar dalam berita. So dari situ,otak aku sudah mula bergerak memikir dan buat andaian entah betul atau tak. "Hanya ahli politik yang boleh tentukan masa depan negara sama ada nak ikut cara Islam atau sebaliknya." Itulah yang bermain difikiranku. So aku mati-mati nak jadi ahli politik, kononnya nak ubah negara ke arah lebih baiklah.. Cewah! Besor cita-cita kau bah! kehkeh!
Jeng-jeng~ Aku ingat memang nak jadi ahli politik dah besar nanti but bila form 4, aku wajib ambil pelajaran Syariah. Itulah pelajaran yang paling aku cinta!! kihkih.. Sayangnya time SPM agak susah untuk aku nak cari jawapan yang tepat..hoho. Masa form 4 lah cita-cita aku mula bertukar untuk menjadi seorang Peguam Syari'ie.. Siapa-siapa tanya cita-cita apa? Aku dengan yakinnya menjawab "Nak jadi Peguam Syar'ie".. Sampailah satu hari tu, sekolah aku ada buat program apa tah, hala tuju kerjaya ka apa benda tah, aku pun dah tak ingat. Semua kena masuk bilik kerja masing-masing. Aku pun pi la cari bilik untuk jadi lawyer ni.. Pergh!! penuh dengan form 5 saja. Form-form lain cuma 3,4 orang je...Rasa bangga gila duk dalam bilik tu, macam duk dalam kelas kat IPT untuk belajar tentang lawyer ni..kihkih..Stop berangan!! Masa balik sekolah tu, aku pun semangatlah cerita kat umi abah aku.. Nah!! Ambil kau! Abah aku tentang.. Dia tak izinkan dengan alasan kerja tu agak tak sesuai dengan perempuan. He said "Hang tu perempuan, sesuai jadi guru ka pensyarah ka, sesuai mengajaq ja..Nanti hang dah kahwin nak kena urus suami, anak-anak..Dok qeja susah-susah nak urus rumah tangga pun susah.." Aku hanya diam saja. Ada betul juga. Tapi aku tetap degil.! Orang tanya apa aku tetap jawab nak jadi lawyer!! Rupa-rupanya, abang and umi aku pun tak izinkan. Macam-macam lah alasan depa. Padan muka!! So...aku pasrah saja lah.
Bila habis SPM cita-cita aku bertukar untuk menjadi seorang pendidik balik macam cita-cita aku kecik-kecik dulu. Mungkin Allah dah makbul doa aku kecil-kecil dulu.. (aku pun tak tau aku doa nak jadi guru ke tak masa kecil-kecil dulu -..-) Sekarang fokus aku bukan nak jadi pendidik kat peringkat sekolah je, insya Allah aku akan sambung belajar untuk jadi seorang pensyarah. Kalau mampu nak sambung sampai ke peringkat ph.D dalam bidang Bahasa Arab.. Insya Allah..hihi
Sebenarnya, kerja apa pun tak apa. Yang penting kerja kita mestilah ikhlas dan ada tujuan masing-masing. Tujuan utama mestilah nak cari keredhaan Allah. Semoga cita-cita awak semua tercapai..
Nak tahu tetang interview IPG hari tu? Nanti-nanti rajin saya cerita..kehkeh ;))
Doakan yang terbaik untuk saya..Jazakumullah khairan kasiran!! ^^"
Posted by Nuraisyah at 6:51 AM 3 comments
Thursday, March 21, 2013
Telah Tiba Saat yang Ditunggu-tunggu!!
Assalamuaalaikum wbt..
Tiada kata-kata yang paling indah dapat dilafazkan selain memuji-muja kebesaran-Nya..
Subhanallah! Alhamdulillah! La illaha illallah! Allahu Akhbar!!
Setelah sekian lama manantikan saat yang mendebarkan bagi sesiapa saja yang menduduki Tingkatan Lima, telahpun terjawab pada tanggal 21 Mac 2013.. Akhirnya, usaha penat lelah kita terpapar pada sekeping kertas berwarna putih yang dinamakan slip SPM, di situ menunjukkan setakat mana kemampuan kita dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di sekolah menengah..
Alhamdulillah, result saya walaupun tak sehebat pelajar-pelajar lain, sangat-sangat bersyukur kepada Allah, kerana sangat-sangat tak sangka. Sejujurnya, saya bukanlah pandai sangat seperti anda-anda semua, target saya untuk SPM walaupun tak dapat semua A cukuplah setakat semua kredit.. Dengan kuasa Allah Dia boleh lakukan apa saja. Alhamdulillah, bukan setakat semua kredit, malah lebih dari itu yang Dia kurniakan.. Tapi sedikit sedih subjek yang mana target A dapat B+.. Apapun redha jelah, maybe ada hikmah di sebalik tu....
Tak lupa juga kepada umi dan abah banyak berkorban untuk saya.. Terima kasih umi, abah!!! To abah, yang banyak korbankan masa tenaga tanpa penat lelah dan jemu hampir setiap hari menghantar dan mengambil saya ke sekolah yang perjalanan lebih kurang pi dan balik sejam!! Kadang-kadang tengok abah bawa kereta sambil mengantuk, balik penat, rehat pun tak cukup dek kerana urusan dunia yang terrrrrlalu banyak..! T_T
To umi, terima kasih..Tak pernah jemu mendoakan saya, siapakan segala keperluan saya ke sekolah, menyambut saya balik dari sekolah..Sentiasa mengejutkan saya bangun untuk study, memberi banyak sokongan ketika saya hampir jatuh.. :')
Cikgu-cikgu MMKM!!!! Syukran Jazillah 'alaikum!!! Tanpa jemu mengorbankan masa sendiri untuk mendidik kami dari tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima!! Kepada cikgu Rusni, Ustazah Latifah and Teacher Syatirah.. Saya mintak maaf sangat-sangat tak dapat memperolehi A dalam subjek kalian.. saya dah cuba semampu yang boleh, tapi itu saja yang saya dapat.. maafkan saya :'(
Sebelum tu, Tahniah kepada kawan-kawan yang telahpun menerima slip SPM..apapun keputusannya, terima denga ikhlas dan redha.. kepada adik-adik yang ambil SPM tahun ni, Good Luck!! Do the best okey! ;)
Insya Allah, setakat ni saya akan habiskan STAM, takda plan nak ke mana-mana U walaupun umi ada juga suruh masuk sana..Maaf ya umi :)
Posted by Nuraisyah at 11:42 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)











.jpg)








